----------Sifat yang perlu ada utk jadi usahawan yang berjaya---------
1.   Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai  keperluan  untuk berjaya dengan cemerlang  
dalam hidup. Dia sedar hidup  yang  berjaya adalah hidup yang bermakna.
2.  Hasrat untuk menerima  risiko
Seseorang usahawan  adalah pengejar risiko. Namun, risiko  yang  
dipilihnya adalah yang  sederhana. Dia sukakan cabaran dan  kejayaannya 
 mengatasi cabaran akan  memberi kepuasan kepadanya.
3.  Bebas dari aspek fikiran dan  tindakan
Usahawan tidak menjadikan  dirinya terkongkong oleh  perkara yang akan  
membantutkan cita-citanya.  Dia merancang dan  melakukan sendiri apa 
yang  sebaik-baiknya patut  dilakukan.
4.  Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan  akan cuba  menyelesaikan masalah dengan cepat dan  
sebaik mungkin. Dia  tidak  membiarkan masalah itu bertimbun-timbun  
hingga gagal  diselesaikan. Dia  mengambil masalah dan memecahkannya  
kepada masalah  kecil, kemudian  menyelesaikannya satu persatu.
5.  Sering  mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan  sentiasa  mempunyai harapan yang positif mengenai masa  
depannya. Dia  sering  berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh 
 dia akan beroleh   kejayaan.
6. Mencari persekitaran yang  baik
Untuk  menjamin bahawa dia tidak terpengaruh  oleh gejala negatif,  
usahawan  mencari persekitaran yang baik dan dapat  membantunya  
menjayakan  cita-citanya.
7.  Keupayaan mempraktikkan sesuatu
Satu  formula  terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang   
dirancang. Dia  tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha   
bersungguh-sungguh  untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.
8.   Tampuk kawalan
Seorang usahawan adalah seorang ketua  yang  berwibawa dalam organisasi 
 perniagaannya. Dia sedar mengenai   kepentingan pengurusan manusia dan 
 da¬pat mengurus pekerjaannya dengan   baik. Dia disukai serta dihormati
  pekerjanya dan mereka bekerja dengan   bersemangat penuh kesetiaan. 
Dia  berkebolehan untuk mengawal   perniagaannya dengan teratur dan  
memastikannya berjalan lancar serta   memperoleh keuntungan.
9. Kepercayaan  timbal balik dengan  orang lain
Asas bagi perniagaan  ialah saling mempercayai.  Seseorang usahawan 
perlu  percaya kepada  kebolehan pekerjanya, percaya  kepada pembekalnya
 serta  pembelinya.  Namun, dia harus menangani  perkara ini dengan 
penuh  kebijaksanaan.
10.  Keyakinan  terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini  sifat yang amat  penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang  
 usahawan menjadi  berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan 
  inilah dia mampu  bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit 
atau   tiada bantuan  langsung.
11. Kesediaan  menerima tanggungjawab
Usahawan  itu bertanggungjawab  terhadap apa yang dilakukan. Jika dia  
membuat  kesilapan, dia akan  bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu
  dan  menjadikannya pengajaran  serta bertekad tidak mahu mengulanginya
  lagi  pada masa akan datang.
12.  Keupayaan mencuri peluang
Usahawan  bijak mengenal  pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan  
me¬ngaut  keuntungan atau  peluang baru bagi memajukan perniagaannya.  
Keupayaan  mengenal pasti  peluang, merebut dan melaksanakannya adalah  
kualiti  pen¬ting seseorang  usahawan berjaya.
13. Mempunyai  cita-cita  lebih tinggi
Kebiasaannya manusia akan  berhenti di zon selesa  dan tidak lagi  
memasang cita-cita untuk lebih  maju. Usahawan berjaya  sentiasa  
menetapkan matlamat yang lebih tinggi  apabila cita-citanya  selama ini 
 telah dicapai.
14.  Konsep diri yang positif
Seorang  usahawan berfikir  secara positif. Dengan cara ini dia  
berkebolehan  me¬lihat sesuatu  masalah sebagai peluang, berbeza 
daripada  ramai insan  yang menganggap  peluang sebagai masalah.
15. Belajar  dari  keputusan
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu  mengetahui sejauh  manakah dia  
berjaya melaksanakan tugasnya. Dia  sentiasa mahu  mendapatkan maklum  
balas mengenai pencapaiannya. Maklum  balas ini  membolehkan dia 
merangka  strategi baru untuk memajukan  perniagaan atau  membuat 
keputusan  penting.
16.  Berperasaan tidak puas hati  dan mahu berubah
Usahawan  berfikir bahawa sebenarnya dia  boleh melakukan lebih baik  
daripada  sebelumnya. Dia sentiasa mencari  jalan bagi memperbaiki cara 
 mengurus  perniagaan atau produk yang  dihasilkannya. Dia melakukan 
semua  ini untuk  memajukan lagi  perniagaannya.
17.  Berorientasikan perancangan
Usahawan  menyusun  strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan 
sesuatu   projek. Dia perlu  mengambil kira kemungkinan yang akan 
berlaku dan   mengambil langkah untuk  meminimumkan kemungkinan 
kegagalan pada perkara   yang boleh dikawal oleh  dirinya. Dia juga 
mengenal pasti perkara di   luar kawalan yang mungkin  berlaku dan 
membuat persediaan awal   mengelakkan sebarang akibat buruk  yang akan 
menimpa dirinya. Paling   penting pada seorang usahawan ialah  merancang
 masa kerana inilah kunci   segala perancangan.
18.  Menyedari keperluan menggunakan  agensi dan maklumat
Usahawan  memerlukan seberapa banyak maklumat  yang terkini dan berguna 
 untuk  membolehkan dia merancang serta  membuat keputusan dalam  
perniagaannya.  Oleh itu, seorang usahawan  sentiasa mencari maklumat  
terbaru dan  menggunakan khidmat agensi  sebaik mungkin.
19.  Menetapkan matlamat
Usahawan fokus  pada pencapaian  matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai  
nilai dalam  hidup. Dia akan  melakukan pelbagai usaha yang dirancang  
rapi untuk  matlamatnya itu.  Dengan fokus inilah usahawan dapat  
melakukan sesuatu  dengan cara atau  usaha yang tidak mampu dilakukan  
orang lain. Apabila  telah mencapai  matlamat, dia akan menetapkan  
matlamat yang lebih  cemerlang lagi. Dia  sentiasa bergerak menuju  
kejayaan.
20.   Ubah suai pentadbiran
Seseorang usahawan mampu  mengubah suai  pentadbiran untuk memajukan  
syarikatnya. Dia akan  menggunakan  kakitangan dan mengagihkan kerja  
berdasarkan minat serta  kebolehan  kakitangan.
21. Kemahiran  pengurusan
Pengurusan  perniagaan yang efisien dan  efektif adalah perlu bagi  
menjamin  kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang  usahawan perlu mahir  
dalam  merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja  dan mengawal  
perniagaan.
22.  Rasa  kemanjuran (semangat waja)
Semangat yang kental perlu   untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia 
 akan menempuh pelbagai   dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat  
menempuh cabaran tersebut,   dialah yang boleh berjaya
23.  Kepimpinan
Usahawan  adalah pemimpin. Mereka bijak  dalam menyusun strategi  
pengaruhnya.  Dengan pengaruh, dia mampu  mendapatkan lebih banyak  
peluang yang  menguntungkan dalam masa singkat.  Seorang usahawan perlu 
 ada daya  pengaruh bagi membolehkannya berjaya  dalam urus niaga dan  
mengatur  urusan pekerjanya.
24.  Kuat berusaha
Seseorang  usahawan yang berjaya itu  kuat bekerja. Dia sanggup 
melakukan  kerja  tanpa mengira masa. Ini dapat  dilakukannya kerana dia
 sukakan   kerjayanya.
25.  Pandai  membuat keputusan
Usahawan pandai membuat  keputuan yang bijak  untuk membolehkan  
pernia¬aan berjalan lancar dan  meminimumkan masalah  yang bakal timbul.
  Selain pengetahuan, mereka  menggunakan gerak hati.
Terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete