ASAS PEMASARAN BERKESAN
 
 1. Rancang dan laksanakan pemasaran 
dengan berkesan. Sentiasa tekun mendekati prospek pasaran dengan apa jua
 cara dan berusaha menguasai pasaran tanpa mudah berputus asa. Jangan 
menidakkan kehendak pelanggan, selagi praktikal dan selagi mampu.
 
 
 2. Uruskan rekod yang sistematik. Maklumat pelanggan perlu dikemaskini 
dan disusun supaya mudah dicari dan dikenal pasti untuk kegunaan seluruh
 organisasi.
 
 
 3.  Dapatkan “referrals” atau perkenalan 
melalui pelanggan. Pelanggan anda boleh menjadi saluran pemasaran tidak 
langsung yang amat berkesan. Layanlah pelanggan anda dengan baik supaya 
pelanggan anda akan “membawa mulut” dan menyebar maklumat dan 
mengembangkan perniagaan anda.
 
 
 4. Anda sendiri menggunakan
 produk anda. Anda harus menggunakan produk yang akan anda  pasarkan 
supaya anda lebih yakin dan dapat memahami lebih banyak kebaikan produk 
tersebut. Ini memudahkan anda meyakinkan pelanggan.
 
 
 5. 
Perkayakan pengetahuan anda tentang produk. Sentiasalah membaca semua 
maklumat berkenaan produk serta mengikuti sebanyak mungkin seminar atau 
sesi penerangan yang berkaitan.
 
 
 6. Sediakan bahan 
persembahan produk. Anda perlu menyediakan segala kemudahan untuk tujuan
 persembahan, termasuklah testimonial dan potongan akhbar jika ada.
 
 
 7. Sediakan senarai nama bakal pelanggan. Cuba dapatkan sebanyak 
mungkin nama-nama pelanggan dan tentukan alamat dan nombor telefon 
mereka dicatat dan disimpan dengan baik.
 
 
 8. Usahakan 
perjumpaan dengan pelanggan. Buat appointment dengan semua bakal 
pelanggan dan berjumpa mereka di masa yang ditetapkan.
 
 
 9. Seboleh-bolehnya dapatkan jualan tunai. Tetapkan matlamat untuk uruskan jualan anda secara tunai.
 
 
 
 10.  Tumpukan perbincangan kepada hal-hal perniagaan. Matlamat 
perbincangan anda hendaklah  tertumpu kepada usaha menarik perhatian 
pelanggan terhadap produk atau khidmat anda dan akhirnya berlaku 
penjualan. Elakkan membincangkan hal-hal peribadi atau membuat 
perbincangan rambang.
 
 
 11.  Bersikap yakin diri. Bayangkan 
diri anda adalah yang terbaik di dalam bidang anda kerana sifat yakin 
diri ini merupakan pendorong motivasi utama yang sangat berkesan.
 
 
 12.  Biasakan diri dengan percakapan positif. Latih diri untuk sentiasa
 melahirkan kata-kata yang positif. Seboleh-bolehnya, buat latihan ini 
di hadapan cermin.
 
 
 13.  Serius dalam membuat keputusan. 
Selalulah membuat keputusan dengan serius, kerana keputusan yang serius 
akan melahirkan komitmen yang tinggi dan mendorong anda mengubah masa 
depan anda.
 
 
 14.  Kenal pasti kelemahan teknik jualan. 
Kelemahan dan kekurangan  kemahiran di dalam jualan perlu dikenal pasti.
 Ambil tindakan atau buat rancangan bagi menutup kelemahan dan 
kekurangan itu.
 
 15.  Jaga kesihatan diri.  Anda memerlukan 
tenaga yang banyak untuk bekerja keras, berkejar ke sana sini untuk 
menemui pelanggan dan pembekal.
 
 
 16.  Gunakan kata-kata 
yang dapat ‘menjual’. Contoh: anda/ kamu, sihat, wang, mudah, percuma, 
ya / betul, pantas / cepat, berfaedah, banyak manfaat, gembira
 / seronok, terbukti, selamat, jimat, baru, selesai, sayang, cantik, lawa, tahan lama.

No comments:
Post a Comment