Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan,
pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan
cukai.
Perniagaan terdiri daripada:
- Milikan Tunggal /Bekerja Sendiri 
 - Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan. Beliau menjadi pemilik kepada perniagaan yang dijalankan, semua keuntungan atau kerugian adalah kepunyaan beliau.
 
- Perkongsian 
 - Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak
      bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan
      perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin
      wujud di antara : 
 - Individu-individu
 - Dua syarikat 
 - Individu dan syarikat
 - Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian
 
Contoh Perniagaan :
- Perniagaan runcit
 - Perniagaan jualan langsung
 - Pertanian dan penternakan
 - Perniagaan gerai
 - Klinik, firma guaman atau lain-lain pengamal professional
 - Bidang penulisan dan lakonan
 - Broker Saham
 
TANGGUNGJAWAB
- Mendaftar sebagai pembayar cukai apabila telah memulakan perniagaan
     - Daftar Fail
 - Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDNM yang
     berhampiran (jika belum terima)
 - Melengkapkan Borang B (Milikan Tunggal) dan Borang P (Perkongsian)
 - Menyediakan penyata akaun dan penyata lain-lain pendapatan seperti
     penyata sewa dan penyata komisen 
 - Mendapatkan ejen cukai bertauliah untuk penyediaan akaun (jika
     perlu)
 - Merujuk dokumen sokongan seperti resit insurans nyawa, resit derma,
     resit buku, resit zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan
     rebat
 - Merujuk Nota Penerangan sebagai panduan - nota penerangan Borang B / nota penerangan Borang P
 - Maklumat tambahan perkongsian 
 - Ahli Kongsi Utama bertanggungjawab untuk mengisi Borang P dan
      menyediakan CP30 untuk setiap ahli kongsi- Borang CP30 
 - CP30 menunjukkan agihan pendapatan (keuntungan/kerugian) kepada
      ahli-ahli kongsi
 - Setiap ahli kongsi perlu melaporkan penerimaan pendapatan daripada
      perkongsian di dalam Borang B masing-masing
 - Ahli Kongsi Utama juga bertanggungjawab maklumkan LHDNM secara
      bertulis sekiranya perkongsian tamat/ditukar kepada Milikan
      Tunggal/Syarikat Sendirian Berhad
 - Suami dan isteri perlu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan secara
     berasingan
 - Mengira sendiri cukai pendapatan 
 - Menyemak dan TANDATANGAN Borang Nyata yang telah lengkap
     diisi
 - Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada tarikh yang telah
     ditetapkan
 - Dokumen sokongan seperti rekod perniagaan, CP30 dan resit tuntutan
     tidak perlu dikemukakan
 - Menyimpan semua rekod perniagaan dan dokumen sokongan untuk
     potongan, pelepasan serta rebat selama 7 tahun 
 - Rekod perniagaan meliputi penyata akaun untung rugi, kunci
     kira-kira perniagaan serta rekod jualan, belian, stok resit, bil dan penyata
     bank
 - Tarikh akhir penghantaran Borang B dan Borang P ialah pada atau
     sebelum 30 Jun
 - Tarikh akhir pembayaran baki cukai (jika ada) ialah pada atau
     sebelum 30 Jun
 - Mematuhi arahan bayaran ansuran (CP500) - Skim Ansuran CP500
 
PENDAPATAN KASAR PERNIAGAAN
Pendapatan kasar perniagaan termasuk :
- Penerimaan tunai bagi barang-barang yang dijual atau perkhidmatan
     yang diberikan
 - Semua hutang yang terbit daripada barang-barang yang dijual dan
     perkhidmatan yang diberikan
 - Penerimaan berupa barangan
 - Hutang lapuk perniagaan yang pulih
 - Pampasan insurans yang diterima berhubung dengan kerugian
     perniagaan
 - Pengeluaran atau pengambilan stok dagangan untuk kegunaan sendiri
 
PENDAPATAN LARASAN DARI SUMBER PERNIAGAAN
Ditentukan daripada pendapatan kasar ditolak perbelanjaan berikut :
- Perbelanjaan perniagaan dibenarkan
 - Perbelanjaan khusus yang dibenarkan
 - Potongan perbelanjaan dua kali di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
 - Elaun Eksport
 
PERBELANJAAN PERNIAGAAN
Dibenarkan 
 | 
  
Tidak Dibenarkan 
 | 
 
Perbelanjaan yang dilakukan di dalam menghasilkan
  pendapatan  
Contoh: 
  | 
  
Perbelanjaan bagi tujuan persendirian 
Contoh: 
  | 
 
Perbelanjaan pembelian aset peribadi  
Contoh : 
  | 
 |
Perbelanjaan
  permulaan 
Contoh : 
  | 
 
PERBELANJAAN KHUSUS YANG DIBENARKAN
Di antara perbelanjaan khusus yang dibenarkan sebagai tolakan ialah :
- Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang
     upaya (OKU)
 - Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan
 - Sumbangan kepada perpustakaan
 - Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan
     kepada Badan Amal atau Projek Awam
 - Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat
     Asuhan Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja
 - Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan
 - Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan
 
ELAUN MODAL
Diberi tolakan daripada pendapatan perniagaan sebagai ganti kepada
perbelanjaan susutnilai bagi pembelian aset yang digunakan di dalam perniagaan
- Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan ialah kereta, mesin,
     alat pejabat, perabot dan komputer
 - Syarat yang melayakkan tuntutan elaun modal ialah :
 - Menjalankan perniagaan
 - Membeli aset perniagaan
 - Aset digunakan di dalam perniagaan dan
 - Tuan punya aset
 - Kadar elaun adalah bergantung kepada jenis aset tetap yang
     digunakan
 - Jenis dan Kadar Elaun Modal ialah :
 
JENIS ELAUN 
 | 
  
JENIS ASET 
 | 
  
KADAR (%) 
 | 
 
Elaun Permulaan 
 | 
  
Semua jenis aset 
 | 
  
20 %  
 | 
 
Elaun Tahunan 
 | 
  
Kenderaan Bermotor dan Jentera Berat 
 | 
  
20 %  
 | 
 
Loji dan Jentera 
 | 
  
14 %  
 | 
 |
Peralatan Pejabat, Perabot dan Lekapan 
 | 
  
10 %  
 | 
 |
Komputer 
 | 
  
20 %  
 | 
 
Contoh :  Pengiraan Cukai
Pendapatan Perniagaan
Syahira Printing Sdn Bhd menjalankan
perniagaan percetakan bermula tahun 2018. Tempoh perakaunan bagi Syahira Printing
Sdn Bhd berakhir 31 Disember setiap tahun. Berikut adalah akaun perdagangan dan
untung rugi pernigaan bagi tahun 2019.
| 
   
Syahira
  Printing Sdn Bhd 
 | 
 |||||||
| 
   
Akaun
  Perdagangan dan Untung Rugi 
 | 
 |||||||
| 
   
Bagi
  Tempoh Berakhir 31 Disember 2019 
 | 
 |||||||
| 
   
RM 
 | 
  
   
        RM 
 | 
  ||||||
| 
   
Jualan 
 | 
  
   
690,000.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Tolak :  
 | 
  
   
KOS JUALAN 
 | 
  ||||||
| 
   
Belian 
 | 
  
   
490,000.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Stok awal  
 | 
  
   
95,000.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Stok akhir 
 | 
  
   
(83,000.00) 
 | 
  
   
502,000.00 
 | 
  |||||
| 
   
UNTUNG KASAR 
 | 
  
   
188,000.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Tambah :  
 | 
  
   
LAIN-LAIN PENDAPATAN 
 | 
  ||||||
| 
   
Hibah  
 | 
  
   
35,000.00 
 | 
  ||||||
| 
   
JUMLAH PENDAPATAN 
 | 
  
   
223,000.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Tolak :  
 | 
  
   
PERBELANJAAN 
 | 
  ||||||
| 
   
Kenaan bank 
 | 
  
   
55.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Susut Nilai 
 | 
  
   
9,777.40 
 | 
  ||||||
| 
   
Gaji Pengarah 
 | 
  
   
48,000.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Derma 
 | 
  
   
200.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Caruman EPF 
 | 
  
   
6,480.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Air  
 | 
  
   
360.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Elektrik 
 | 
  
   
7,200.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Denda 
 | 
  
   
250.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Perbelanjaan Kenderaan 
 | 
  
   
1,200.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Perbelanjaan Pejabat 
 | 
  
   
1,240.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Perubatan 
 | 
  
   
300.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Petrol, Tol, Parking & Touch n Go 
 | 
  
   
2,390.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Alat tulis, Pos & Percetakan 
 | 
  
   
1,230.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Sewa Alatan Pejabat 
 | 
  
   
1,800.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Sewa Premis 
 | 
  
   
30,000.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Gaji Pekerja 
 | 
  
   
54,000.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Yuran Setiausaha 
 | 
  
   
1,100.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Perkhidmatan Percukaian 
 | 
  
   
1,800.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Bayaran Perakaunan 
 | 
  
   
3,400.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Caruman SOCSO 
 | 
  
   
912.60 
 | 
  ||||||
| 
   
Keraian  
 | 
  
   
500.00 
 | 
  ||||||
| 
   
JUMLAH PERBELANJAAN 
 | 
  
   
172,195.00 
 | 
  ||||||
| 
   
UNTUNG BERSIH SEBELUM CUKAI 
 | 
  
   
50,805.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Peruntukan Cukai 
 | 
  
   
- 
 | 
  ||||||
| 
   
UNTUNG BERSIH SELEPAS CUKAI  
 | 
  
   
50,805.00 
 | 
  ||||||
| 
   
Maklumat tambahan :  
 | 
  ||||
| 
   
1 
 | 
  
   
Susut Nilai 
 | 
  
   
RM  
 | 
  
   
9,777.40  
 | 
  |
| 
   | 
  
   | 
  
   | 
  
   | 
  
   | 
 
| 
   | 
  
   
ASET 
 | 
  
   
KOS
  (RM) 
 | 
  
   
PERUNTUKAN
  SUSUTNILAI (RM) 
 | 
  
   
NILAI
  BUKU BERSIH (RM) 
 | 
 
| 
   
Komputer 
 | 
  
   
16,176.00 
 | 
  
   
12,940.80 
 | 
  
   
3,235.20 
 | 
 |
| 
   
Peralatan Pejabat 
 | 
  
   
33,070.00 
 | 
  
   
6,614.00 
 | 
  
   
26,456.00 
 | 
 |
| 
   | 
  
   
49,246.00 
 | 
  
   
19,554.80 
 | 
  
   
29,691.20 
 | 
 |
| 
   
*susutnilai bagi tahun 2019 ialah RM 9,777.40 
 | 
  ||||
| 
   
*tiada pertambahan aset bagi tahun 2019 
 | 
  ||||
| 
   | 
  ||||
| 
   
2 
 | 
  
   
Derma 
 | 
  
   
RM 
 | 
  
   
200.00 
 | 
  |
| 
   
RM 
 | 
 ||||
| 
   
*derma kepada institusi yang diluluskan dalam
  bentuk tunai 
 | 
  
   
50.00 
 | 
 |||
| 
   
*derma kepada institusi yang tidak
  diluluskan dalam bentuk tunai 
 | 
  
   
150.00 
 | 
 |||
| 
   
200.00 
 | 
 ||||
| 
   
3 
 | 
  
   
Denda 
 | 
  
   
RM 
 | 
  
   
250.00 
 | 
  |
| 
   
*denda meletakkan kenderaan di kawasan yang
  menghalang lalulintas 
 | 
 ||||
| 
   
4 
 | 
  
   
Perbelanjaan kenderaan 
 | 
  
   
RM 
 | 
  
   
1,200.00 
 | 
  |
| 
   
*kenderaan atas nama majikan untuk kegunaan
  peribadi 
 | 
  ||||
| 
   
5 
 | 
  
   
Perubatan 
 | 
  
   
RM 
 | 
  
   
300.00 
 | 
  |
| 
   
RM 
 | 
 ||||
| 
   
*jumlah perubatan yang dituntut oleh majikan 
 | 
  
   
100.00 
 | 
 |||
| 
   
*jumlah perubatan yang dituntut oleh pekerja 
 | 
  
   
200.00 
 | 
 |||
| 
   
300.00 
 | 
 ||||
| 
   
6 
 | 
  
   
Tiada akruan bagi perbelanjaan berikut : 
 | 
  |||
| 
   
RM 
 | 
 ||||
| 
   
Yuran Setiausaha 
 | 
  
   
1,100.00 
 | 
 |||
| 
   
Perkhidmatan Percukaian 
 | 
  
   
1,800.00 
 | 
 |||
| 
   
Bayaran Perakaunan 
 | 
  
   
3,400.00 
 | 
 |||
| 
   
7 
 | 
  
   
Elaun modal 
 | 
  |||
| 
   
*Elaun modal bagi tahun 2019 ialah RM 9,777.40 
 | 
  ||||
Jawapan : Pengiraan Cukai Pendapatan Syahira Printing Sdn Bhd
bagi tahun taksiran 2019
| 
   
RM 
 | 
  
   
RM 
 | 
  |||||
| 
   
Untung bersih sebelum cukai 
 | 
  
   
50,805.00 
 | 
 |||||
| 
   
Tambah :  
 | 
  
   
Perbelanjaan tidak dibenarkan 
 | 
  |||||
| 
   
Susut Nilai 
 | 
  
   
9,777.40 
 | 
  |||||
| 
   
Derma 
 | 
  
   
200.00 
 | 
  |||||
| 
   
Denda 
 | 
  
   
250.00 
 | 
  |||||
| 
   
Perbelanjaan kenderaan 
 | 
  
   
1,200.00 
 | 
  |||||
| 
   
Perubatan 
 | 
  
   
100.00 
 | 
  |||||
| 
   
11,527.40 
 | 
 ||||||
| 
   
Pendapatan terlaras / larasan 
 | 
  
   
62,332.40 
 | 
 |||||
| 
   
Tolak : 
 | 
  
   
Elaun modal 
 | 
  
   
9,777.40 
 | 
 ||||
| 
   
Pendapatan berkanun 
 | 
  
   
52,555.00 
 | 
 |||||
| 
   
Tolak : 
 | 
  
   
Derma yang diluluskan 
 | 
  
   
50.00 
 | 
 ||||
| 
   
Jumlah pendapatan / Pendapatan kena cukai 
 | 
  
   
52,505.00 
 | 
 |||||
| 
   
Pendapatan bercukai RM 500,000 pertama 
 | 
  
   
17% 
 | 
  
   
8,925.85 
 | 
 ||||
| 
   
Pendapatan bercukai ke atas baki selebihnya 
 | 
  
   
24% 
 | 
  
   
- 
 | 
 ||||
| 
   
Jumlah cukai kena bayar 
 | 
  
   
8,925.85 
 | 
 |||||
#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb
No comments:
Post a Comment