Saturday, 30 March 2013

TUBUH & DAFTAR SYARIKAT


. . . . . . . . . . KHIDMAT TUBUH & DAFTAR SYARIKAT BARU . . . . . . . . .

PENGENALAN

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.

Liabiliti Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.

PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT

Peringkat Pertama

Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:
a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai
b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim
c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.


Peringkat Kedua

Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :
a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A :Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat.
b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.
c. Penyataan Pematuhan - Borang 6

Peringkat Terakhir

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.
Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.
----->a. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).
----->b. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat
----->c. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.

. . . . . . . . . RM2,500 sahaja !! . . . . . . . . . .


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan. Anda tidak perlu risau lagi tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami sedia membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Perkhidmatan yang kami tawarkan merangkumi ke seluruh Malaysia.


kami Doktor Perniagaan memberikan rundingan percuma peralihan dari enterprise ke sdn bhd

sesiapa yang berminat boleh pm
atau sms sdn bhd  ke 0174006686

perkhidmatan yang kami sediakan

PERKHIDMATAN KAMI :

Menyediakan perkhidmatan khidmat runding dan nasihat meliputi PENGURUSAN SYARIKAT & PERNIAGAAN, PERCUKAIAN dan sebagainya.




A. PENGAUDITAN
Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)


B. PERAKAUNAN
Sisitem Perakaunan Berkomputer yang lengkap bagi semua jenis perniagaan dan industri dengan kadar berpatutan. Juga menyediakan perkhidmatan menaik-taraf sistem perakaunan yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan dan entiti yang diperlukan.


C. PERCUKAIAN
Khidmat Runding dan Nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Dengan memaksimum keuntungan perniagaan dan pada masa yang masa merancang penjimatan cukai dengan sebaik mungkin Peruntukkan Undang-undang seperti Akta Cukai, Akta Syarikat, Akta Perkongsian akan diguna-pakai sebaik mungkin dan mengadaptasi cara bersesuaian.


D.
 KHIDMAT SETIAUSAHA SYARIKAT
Menyediakan khidmat Setiausaha Syarikat yang bertauliah. Bekerjasama dengan pihak Syarikat dalam memberikan khidmat nasihat, panduan dalam urusan pentadbiran selaras dengan pematuhan dan polisi yang ditetapkan oleh Akta Syarikat.


E. KHIDMAT RUNDING NASIHAT DAN LATIHAN
Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti, Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.


kami Doktor Perniagaan memberikan khidmat nasihat dan latihan percuma untuk usahawan 

sesiapa yang berminat boleh pm
http://www.facebook.com/messages/SigntakeGroup
atau sms servis  ke 0174006686

ape itu fungsi setiausaha syarikat


Setiap syarikat diwajibkan melantik minimum seorang setiausaha syarikat yang merupakan ahli badan professional atau dilantik oleh SSM untuk menjalankan kerja-kerja sekretarial.
Di Malaysia, pengarah syarikat kebiasaannya melantik syarikat setiausaha yang menjalankan khidmat sekretarial kepada lebih dari sebuah syarikat dengan mengenakan komitmen bayaran yang tertentu secara bulanan dan tahunan.
BERIKUT IALAH JUMLAH KOMITMEN BULANAN DAN TAHUNAN KAMI UNTUK SETIAP SYARIKAT:

komitmen syarikat bln d thn3

JUMLAH KOMITMEN SYARIKAT SETIAP BULAN =
RM 60 SEBULAN*
JUMLAH KOMITMEN SYARIKAT TIAP HUJUNG TAHUN =
RM1,460 TAHUNAN**
JUMLAH KESELURUHAN KOMITMEN SYARIKAT
TAHUNAN+BULANAN SETIAP TAHUN =
RM2,170 SETAHUN**
KELEBIHAN KAMI SEBAGAI SYARIKAT SETIAUSAHA ANDA :
  • Perkhidmatan kami secara ONLINE dan OFFLINE.
  • Menggunakapakai SISTEM terkini.
  • Perkhidmatan CEPAT dan CEKAP
  • Syarikat dan kakitangan BERPENGALAMAN
  • Bayaran dan yuran yang BERPATUTAN
  • Khidmat penghantaran DISEDIAKAN
  • Khidmat perundingan PROFESSIONAL setiap hari
  • Syarikat 100% BUMIPUTERA 
kami Doktor Perniagaan memberikan rundingan percuma berkenaan pinjaman bisnes untuk usahawan 

sesiapa yang berminat boleh pm
http://www.facebook.com/messages/SigntakeGroup
atau sms S/U ke 0174006686

penubuhan syarikat sdn bhd


KHIDMAT TUBUH SYARIKAT & SETIAUSAHA SYARIKAT

 

 

TUBUH SYARIKAT DAN SETIAUSAHA



PROMOSI PENUBUHAN SYARIKAT

Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru. Syarikat yang ditubuhkan adalah berdasarkan tujuan dan kehendak perniagaan anda.


RM2,500 sahaja !!


Dengan harga yang kompetitif dan khidmat runding yang berterusan ... anda tidak perlu risau lagi. tentang status Syarikat anda. Dengan pengalaman dan kemampuan yang ada kami yakin akan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.


PROMOSI PENUBUHAN SYARIKAT


Kami juga menawarkan perkhidmatan Setiausaha Syarikat terutama kepada Syarikat Sdn. Bhd. Khidmat nasihat yang berterusan dan juga di dalam bidang-bidang berkaitan seperti PERAKAUNANPENGAUDITAN,PERCUKAIAN dan sebagaiya.


kami Doktor Perniagaan memberikan rundingan percuma untuk usahawan 

sesiapa yang berminat boleh pm
atau sms SDN BHD ke 0174006686

sering menghadapi masalah menguruskan cukai anda


KHIDMAT CUKAI


Merancang cukai perniagaan, khidmat nasihat yang bersesuaian mampu memberi kesan yang positif kepada Individu, Perniagaan dan Syarikat amnya. Dengan panduan dan khidmat runding yang sediakan akan mendorong pihak Syarikat supaya lebih terarah kepada pekara-pekara pematuhan undang-undang dan mengurangkan kadar kesilapan dalam isu-isu percukaian.


Kami menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda di dalam pekara-pekara berkaitan Cukai di M'sia. Disamping menguruskan pekara-pekara berkaitan cukai anda, kami juga memberi khidmad nasihat yang berpatutan di dalam pematuhan, amalan dan polisi Akta Cukai. Berbagai tips-tips dan panduan akan diberi sepanjang tempoh perkhidmatan yang ditawarkan.

  • Tax Planning and Advise - Perancangan Cukai dan Nasihat
  • Tax Compliance and Consulting work - Khidmat Runding dan Pematuhan
  • Sole Proprietor - Perniagaan Milik Tunggal
  • Partnership - Rakan Kongsi
  • Limited Company - Syarikat Sdn. Bhd
  • Koperasi - Koperasi yang layak dikenakan cukai.
Kami berkeyakinan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda, perniagaan dan juga Syarikat. Dengan pengalaman yang berkaitan, kami mampu memberikan khidmat runding dan nasihat dalam memaksimakan keuntungan perniagaan dan meminimumkan kesan cukai ke atas perniagaan mahupun Syarikat.

kami Doktor Perniagaan memberikan khidmat nasihat dan latihan percuma untuk usahawan 

sesiapa yang berminat boleh pm
atau sms tax  ke 0174006686

KHIDMAT AKAUN






"ACCOUNTING ON-LINE" Cara Efektif & Menjimatkan (Sistem Perakaunan Berkomputer Yang Lengkap)

Membuat Akaun amat memeningkan bagi sesetengah pihak..!!... Kos penyediaan Akaun tinggi..!! Kurang Ketepatan maklumat-maklumat Penyata Kewangan..!! Urusan Audit..!! Urusan SSM..!! Masalah cukai..!! dan macam-macam lagi...

Pada ketika ini nilai RM100 tidak banyak dapat dilakukan terutama bagi Peniaga mahupun pihak Syarikat. Nilainya semakin mengecil setiap tahun dan ini adalah disebabkan faktor inflasi. Dengan nilai yang kecil ini juga, kita tidak mampu mendapat pekerja atau mengupah mereka terutamanya dalam menyediakan akaunperniagaan secara bulanan.

Kini tidak lagi .... hanya dengan harga serendah RM100 - RM350 sebulan anda mampu melakukannya ..... MENARIK BUKAN... !!! ... Kami mampu menyediakan perkhidmatan akaun ini untuk anda. Dengan kadar caj terendah di pasaran bermula dari RM100 - RM350 sebulan, kami berkeupayaan menyelesaikan masalahakaun Perniagaan atau Syarikat anda.

KAMI ADALAH :
kami terdiri daripada beberapa orang dan rakan yang BERPENGALAMAN dan BERKEMAMPUAN di dalam bidang-bidang seperti:

* Perakaunan (Accounting) - ketetapan MASB dan FRS (Piawaian Perakaunan M'sia).
* Pengauditan (Auditing) - Swasta, Badan Berkanun dsb.
* Hal Ehwal Perniagaan Tunggal (Entp), Partnerships, Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi dsb.
* Percukaian (Syarikat, Individu, Koperasi, Yayasan dsb) - Amalan, Pematuhan & Tips2
* Perunding (Consultant) - Due Diligence Review, Share Valuation, Take-over Company dsb.


PENYATA KEWANGAN :
Penyata Kewangan yang disediakan termasuklah :

* BALANCE SHEET (Kunci Kira-kira)
* INCOME STATEMENT (Penyata Untung Rugi)
* GENERAL LEDGER (Lejar Am)
* GENERAL JOURNAL (Lejar Journal)
* BANK RECONCILIATION (Penyata Penyesuaian Bank)
* FIXED ASSETS SHEDULE (Penyata Harta dan Susutnilai)


Kami menyediakan perkhidmatan perakaunan melalui konsep secara "Accounting On-line' iaitu
menggunakan kaedah internet sebagai medium perantaraan. Penyata Kewangan akan disediakan secara berkomputer dan akan mengandungi maklumat-maklumat seperti yang dikhendaki oleh Akta mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Disamping itu pengguna akan memperolehi Penyata Kewangan mereka secara konsisten dan boleh dipercayai. Walau dimana mereka berada termasuklah sedang bercuti, mereka akan tetap tahu akan status kewangan mereka. Penyata Kewangan yang disediakan terdiri dari pelbagai bentuk seperti dalam bentuk percetakan (hardcopy) atau dalam bentuk 'softcopy' seperti Microsoft Excell, PDF Format dan lain-lain bentuk yang difikirkan sesuai.

KELEBIHAN :
* Kos Yang Minima dan Termampu
* Mengurangkan Kos Pengurusan dan Pentadbiran
* Mempertingkatkan Kawalan dan Pengurusan Kewangan
* Penyata Kewangan Yang Berkualiti dan Boleh Dipercayai
* Memudahkan Pekara dan Urusan Berkaitan Dengan Audit dan Juga Cukai
* Penyata Kewangan Disediakan Mengikuti Polisi dan Amalan Perakaunan diguna Pakai Di M'sia.
* Membantu Pemilik Perniagaan atau Syarikat Dalam Merancang Cukai Pada Peringkat Awal (Individu atau Syarikat).

Melalui kaedah & perkhidmatan yang kami tawarkan ianya akan merupakan satu cara penjimatan kos yang efektif berkesan. Setiap entiti perniagaan seperti Enterprise atau Syarikat Sdn. Bhd. tidak lagi risau dan rungsing didalam urusan penyediaan Penyata Kewangan yang lengkap dan teratur. Dengan kos bulanan yang minima sebanyak RM100 - RM350, sesebuah Syarikat atau Perniagaan dapat menjimatkan kos dengan ketara disamping dapat mengawal aktiviti kewangan dan pengurusan dengan lebih cekap dan berkesan.

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN ATAU SYARIKAT :
* Membuat pembayaran setiap awal iaitu RM350 sebulan.
* Menghantar salinan lengkap senarai dokumen seperti Senarai Wang Masuk dan Senarai Wang Keluar yang dikhendaki melalui e-mail atau cara yg difikirkan sesuai. (Hanya senarai lengkap sahaja).
* Menghantar salinan Penyata Bank (jika ada) setiap bulan.
* Menghantar maklumat-maklumat yang berkaitan dengan urusan perakaunan.

TANGGUNGJAWAB KAMI :
* Menyediakan Penyata Kewangan setiap bulan sehingga tamat tempoh perjanjian.
* Menghantar Penyata Kewangan secara e-mail atau cara yang difikirkan sesuai setiap bulan.
* Menyimpan segala maklumat sebagai RAHSIA dan SULIT.


kami Doktor Perniagaan memberikan khidmat nasihat dan latihan percuma untuk usahawan 

sesiapa yang berminat boleh pm
http://www.facebook.com/messages/SigntakeGroup
atau sms akauan  ke 0174006686

.

definisi dan ciri syarikat


Syarikat Berhad ( Sendirian Berhad Dan Berhad)

PENUBUHAN
Definisi : Ditubuhkan dibawah undang-undang Syarikat yang mempunyai hak dibawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat perjanjian dengan senarang entiti.
Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk :
  • Sendirian
  • Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
  • Berhad (Bhd.)
Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad dengan saham.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)


CIRI-CIRI SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
  • Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.
  • Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham.
  • Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad.
  • Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modal
  • Syarikat dianggota lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang untuk mengetahuai dasar dan matlamat Syarikat.
  • Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat berhak untuk mengawal Syarikat tersebut.
  • Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran di pasaran terbuka.
  • Penjualan mesti dengan persetujuan pemegang saham yang lain
  • Tidak disenaraikan di BSKL
  • Jangka hayat perniagaan adalah panjang
  • Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) pada akhir nama Syarikat. Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd.


SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)

Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan. Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.

CIRI-CIRI SYARIKAT AWAM BERHAD
  • Disenaraikan di BSKL
  • Syarikat Berhad adalah syarikat awam yang dimiliki oleh pemegang-pemegang saham.
  • Pembelian dan penjualan saham dibuat tanpa persetujuan pemegang saham yang lain.
  • Bilangan pemegang saham lebih dua orang hingga tiada had.
  • Modal syarikat adalah dari penjualan saham dan bon kepada orang awam.
  • Pemegang saham bebas membeli dan jual di Bursa Saham Malaysia
  • Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad
  • Pengurusan dan kawalan syarikat adalah tanggungjawab lembaga pengarah yang dipilih oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan.
  • Pembahagian untung dan dividen adalah bergantung kepada keuntungan syarikat.
  • Boleh menerbitkan propektus di akhbar
  • Mempunyai perkataan Berhad dihujung nama syarikat : Cth : TNB Berhad.


KELEBIHAN SYARIKAT AWAM BERHAD

  • Modal yang banyak dikumpulkan - orang awam dan pinjaman luaran (Bank)
  • Jangka hayat perniagaan panjang - entiti berasingan pemilik dan syarikat
  • Mudah berkembang - modal besar
  • Risiko pelaburan tidak melibatkan harta peribadi - setakat jumalh dilaburkan
  • Saham mudah dijual - tidak melibatkan banyak prosedur
  • Pegurusan syarikat yang lebih efisien
  • Pemegang saham dilindungi oleg undang-undang.

KELEMAHAN SYARIKAT AWAM BERHAD

  • Pembentukkan syarikat adalah rumit dan mahal. Ia terpaksa melalui prosedur kawalan yang ketat seperti termaktub dibawah Akta Syarikat 1965
  • Saiznya besar dan adanya banyak cawangan. Ini akan merumuitkan akan pengurusan. Kebiasaanya banyak masalah timbul dikalangan pihak pengurusan dan pekerja.
  • Operasi perniagaan dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang ketat
kami Doktor Perniagaan memberikan khidmat nasihat dan latihan percuma untuk usahawan 

sesiapa yang berminat boleh pm
http://www.facebook.com/messages/SigntakeGroup
atau sms servis  ke 0174006686

perbezaan management account dengan bank statement



Setiap symesyuarat agung tahunan (AGM), menyedia laporan tahunan syarikat seterusnya menyerahsimpannya ke SSM.
arikat diwajibkan untuk mengadakan
Untuk tujuan itu, pembentangan laporan akaun syarikat di dalam AGM merupakan salah satu diantara agenda wajib dan laporan yang sama akan dimasukkan sebagai satu bahagian dalam laporan tahunan yang akan diserah simpan itu.
Walaubagaimanapun laporan akaun yang lengkap hanya perlu disediakan oleh syarikat yang aktif sahaja dan tidak syarikat domant.
Penyediaan laporan akaun syarikat sepanjang tahun perlu disediakan oleh akauntan professional bagi menjamin ketelitian dan keabsahan laporan tersebut.
Mahal atau murahnya kos penyediaan laporan akaun untuk sesuatu tahun kebiasaanya banyak bergantung kepada 3 faktor utama:
  1. Berapa banyak transaksi dan perbelanjaan
  2. Lambat atau cepat dokumen itu perlu disediakan
  3. Berapa lengkap dokumen sokongan dapat disediakan
Penyediaan akaun yang menepati piawaian kususnya auditor yang akan menyambung kerja untuk mengaudit akaun syarikat amat penting bagi memastikan kelicinan urusan penyediaan dokumen akaun diaudit yang lengkap.
Untuk itu, Kami menawarkan khidmat penyediaan laporan akaun syarikat kepada kepada anda terutamanya para pelanggan khidmat sekretarial kami bagi memudahkan mereka mendapatkan khidmat penyediaan laporan akaun dibawah satu bumbung tanpa perlu berulang alik membawa membimbit dokumen mereka kesana sini semata-mata untuk mendapatkan khidmat lain dari pejabat lain.

kami Doktor Perniagaan memberikan khidmat nasihat dan latihan percuma untuk usahawan 

sesiapa yang berminat boleh pm
atau sms akaun ke 0174006686

DAFTAR SDN BHD DENGAN HARGA EKONOMI


PAKEJ PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD KAMI ADALAH SEPERTI BERIKUT :
  • 2 Set Carian Nama Syarikat di SSM
  • 2 Set Draft Dokumen Penubuhan
  • 2 Set Sumpah Dokumen di Pesuruhjaya Sumpah
  • 2 Set Pengesahan Dokumen Oleh Setiausaha Syarikat
  • 3 Kali Urusan Penghantaran Dokumen & Pengambilan Sijil di SSM
  • 5 Set Dokumen Lengkap Syarikat
  • 1 Set Sijil Saham Syarikat
  • 1 Set Penyediaan & Penggunaan Surat CTC Ekspress ke SSM
  • 1 Set Buku Daftar, minit & sijil saham beserta kemaskini
PERCUMA!! PERCUMA!! PERCUMA!! 
  • Khidmat Konsultansi Syarikat
  • Cop Getah & Kad Nama Perniagaan

PAKEJ BEHARGA RM2497 shj(tiada bayaran tersembunyi)


::
 Tempoh Permohonan dalam 7 hari bekerja (jika siap awal kami akan hubungi)
:: Anda boleh memilih untuk kami poskan set pakej penubuhan syarikat atau anda mengambilnya sendiri


kami Doktor Perniagaan memberikan khidmat nasihat dan latihan percuma untuk usahawan 

sesiapa yang berminat boleh pm
atau sms daftar ke 0174006686

Kelebihan Sdn Bhd atau Berhad Berbanding Enterprise


Ramai diantara kita ketika mana memulakan perniagaan kebiasaannya memulakan dengan Enterprise samada milikan tunggal ataupun perkongsian. Itu merupakan senario yang normal dan biasa.
Akan tetapi, setelah perniagaan mereka semakin maju dan berjaya tibalah masa untuk mereka menaiktaraf perniagaan kepada syarikat bermodal saham samada sendirian berhad (Sdn Bhd) ataupun berhad (Bhd).
Di sini kami ingin menjelaskan berkenaan kelebihan menubuhkan syarikat sdn bhd atau bhd berbanding enterprise:
ENTERPRISE
  1. LIABILITI TIDAK TERHAD: Dari sudut perundangan, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemilknya. Dengan kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.
  2. TIADA KESINAMBUNGAN: Perniagaan enterprise akan terbubar sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemiknya.
  3. KURANG KREDIBILITI: Perniagaan enterprise secara asasnya merupakan sejenis perniagaan yang ditubuhkan dengan kos yang sangat murah. Perniagaan ini juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM.
  4. SUSAH UNTUK MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI: Perniagaan enterprise boleh dikatakan susah atau hampir tiada pengecualian cukai diberikan kepada mereka.

SDN BHD ATAU BERHAD
  1. LIABILITI TERHAD: Menurut perundangan, syarikat sdn bhd atau berhad merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Dengan erti kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat. Yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.
  2. KESINAMBUNGAN BERTERUSAN: Pemilikan dalam syarikat sdn bhd atau berhad diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham sesebuah syarikat tersebut. Saham yang dipegang seseorang pemilik itu boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana seorang dari pemiliknya pada masa kematian mereka.
  3. KREDEBILITI BERTAMBAH: Pada asasnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik syarikat setiausaha dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti syarikat sdn bhd atau berhad lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.
  4. MENDAPAT PELBAGAI INSENTIF PENGECUALIAN CUKAI: Pengecualian cukai merupakan diantara kelebihan yang besar diperolehi oleh syarikat sdn bhd atau berhad. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.
kami Doktor Perniagaan memberikan khidmat nasihat dan latihan percuma untuk usahawan 

sesiapa yang berminat boleh pm
atau sms sdn bhd ke 0174006686