Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, 22 April 2020

Syarat-syarat oleh KKR & CIDB bagi Industri Pembinaan


Berikut adalah syarat-syarat yang wajib dipatuhi syarikat-syarikat pembinaan yang telah mendapat kebenaran untuk beroperasi. Ketidakpatuhan adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang




Sumber : Instagram @mitimalaysia

#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb

Thursday, 16 April 2020

Isu Teknikal Permohonan Syarikat untuk Beroperasi

Jika anda ada sebarang isu teknikal tentang permohonan syarikat untuk beroperasi, seperti penukaran maklumat syarikat, anda boleh emel kepada updateCIMS2.0@marii.my. 😊




#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb


Saturday, 11 April 2020

Penambahbaikan Program Subsidi Upah (PERKESO)


Masih tak jelas dengan penambahbaikan Program Subsidi Upah kepada para majikan❓❔

Ketahui perbezaan kadar bantuan subsidi tersebut berdasarkan jumlah pekerja dan syarat-syarat lain menerusi infografik berikut. 😊😀




Sumber : Instagram perkeso.official

#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb


Wednesday, 1 April 2020

Ingin tahu cara Mendaftar i-Akaun KWSP? Lupa Kata Laluan i-Akaun KWSP? Bagaimana Cara Mengeluarkan KWSP bagi i-Lestari? Berikut merupakan Langkah-Langkahnya.....




         i-Akaun merupakan aplikasi online bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk ahli KWSP melakukan tinjauan maklum balas dan kaji selidik mengenai setiap inisiatif penambahbaikan skim yang diperkenalkan oleh KWSP serta mendapatkan pelbagai lagi kemudahan lain yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun.

         Sebelum ini, pendaftaran i-Akaun bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dengan cara mengunjungi ke kaunter KWSP. Dalam usaha pihak KWSP untuk memudahkan urusan setiap individu dan juga majikan, pihak KWSP telah menaiktaraf sistem pendaftaran i-Akaun secara dalam talian. Jadinya, individu dan juga majikan tidak perlu ke kaunter untuk melakukan pendaftaran i-Akaun bagi ahli KWSP.


Kelayakan Mendaftar i-Akaun KWSP
  •  Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah
  • Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

Langkah-langkah Mendaftar i-Akaun KWSP melalui kaunter / telefon

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar i-Akaun KWSP melalui kaunter / telefon.

Ahli
  1. Ahli perlu mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID Ahli. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
  2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut
Majikan
  1. Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i).
  2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah



Langkah-langkah Mendaftar i- Akaun Melalui E-mel

Berikut merupakan cara-cara mendaftar i-Akaun Melalui E-mel dan borang yang perlu diisi.


  

*Borang ini boleh didapati di :
https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/Borang+Pendaftaran+i-Akaun+%28Ahli%29+melalui+e-mel.pdf/

*Anda juga boleh melayari Youtube Howtoos bagi melihat cara-cara pendaftaran i-Akaun Melalui Emel di : https://www.youtube.com/watch?v=nOTtJKn3oFE


*Nota tambahan :

Hantarkan semua dokumen ke alamat e-mel : iakaundaftar@epf.gov.my dengan menggunakan format subjek e-mel Pendaftaran
i-Akaun Ahli (Nama Anda) Cth : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad Bin Muhammad


PANDUAN MENGISI BORANG INI ADALAH MERUJUK KEPADA BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA DI DALAM BORANG PERMOHONAN
1. Borang hanya boleh dibuka dengan menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini sahaja
2. Borang ini hendaklah ditaip dengan lengkap dan betul serta disimpan dengan format nama dokumen seperti yang ditetapkan rujuk
jadual di bawah bil 1.



Bagi Ahli yang Lupa Kata Laluan 

Berikut merupakan langkah-langkah bagi ahli yang sudah mempunyai i-Akaun KWSP tetapi terlupa kata laluan.









Langkah-langkah Mengeluarkan Wang KWSP bagi i-Lestari

Bagi ahli KWSP yang berumur 50 Tahun ke bawah, ahli boleh mengeluarkan wang dalam akaun 2 bagi KWSP anda. 





Antara Kelebihan i-Akaun KWSP

i-Akaun KWSP memberi banyak kelebihan dan kemudahan kepada penggunanya. Antara khidmat    i-Akaun ialah :
  • Perkhidmatan e-Pengeluaran
  • Semakan Penyata KWSP tahun semasa dan tahun sebelumnya
  • Semakan status permohonan pengeluaran
  • Semakan sejarah pengeluaran
  • Semakan status penamaan
  • Kiraan anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
  • Kemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Semakan rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun terkini

Diharapkan sumber dan langkah-langkah yang diberi dapat menyelesaikan masalah anda tentang kekeliruan berkaitan dengan pendaftaran i-Akaun KWSP dan juga pengeluaran KWSP i-Lestari. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari di laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ 

Semoga Berjaya!!! 😊😊


Sumber :

#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb

Tuesday, 31 March 2020

Soalan Lazim i-Lestari (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)


Pada 23 Mac 2020, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengadakan sidang media bagi mengumumkan beberapa perkara, antaranya ialah Pengeluaran i-Lestari KWSP.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Pengeluaran duit KWSP ini adalah pilihan. Tiada paksaan.

           


Sumber : https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/131466/EPF_COVID-19_FAQ+_BM.pdf


#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhddjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb



Penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh 6 bulan



Foto : www.mstar.com.my


Apakah maksud penangguhan bayaran balik pinjaman?

Ini merupakan penangguhan automatik pembayaran balik pinjaman (termasuk pembiayaan oleh bank-bank Islam) selama enam bulan untuk mermbantu peminjam (individu dan PKS) yang mempunyai masalah kewangan.


Apakah kriteria kelayakan?

Semua kemudahan pinjaman daripada institusi kewangan yang dikawal selia BNM kepada individu dan PKS yang memenuhi kriteria berikut :

  • Pinjaman TIDAK tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020
  • Pinjaman dalam denominasi Ringgit.
         tetapi,
         Penangguhan ini tidak diberikan kepada kemudahan kad kredit.


Apakah yang perlu peminjam buat sekarang?

Peminjam tidak perlu berbuat apa-apa kerana penangguhan ini adalah AUTOMATIK.

Belanjakan wang tambahan (daripada pinjaman yang tidak dipotong) secara berhemat. Jika tidak mahu penangguhan ini, beritahu pihak bank anda. Bukan kepada ejen atau pihak ketiga.


Perkara yang perlu diketahui tentang penangguhan bayaran balik pinjaman
  • diberikan kepada semua individu dan PKS yang meminjam
  • Penangguhan adalah automatik. Peminjam tidak perlu memohon.
  • Jika tidak mahu penangguhan, peminjam perlu memberitahu pihak bank dan bayar balik pinjaman seperti biasa.
  • Pinjaman yang tertunggak lebih daripada 90 hari TIDAK LAYAK mendapat penangguhan ini.
  • Tempoh penangguhan : 1 April 2020 - 30 September 2020
  • Anda TIDAK akan dimasukkan di bawah CCRIS bagi penangguhan pembayaran balik pinjaman.
  • Tiada faedah atau caj kelewatan atas pembayaran lewat
           tetapi;

          Caj faedah normal akan dikenakan seperti biasa kepada bayaran yang tertangguh.

           Maknanya, 
           bayaran faedah anda akan bertambah!

           Faedah akan bertambah kepada jumlah pinjaman.
           (sila semak perbezaan antara proses pinjaman konvensional dengan pembiayaan Islam)
  • Selepas tempoh 6 bulan, pinjaman perlu dibayar semula.
  • Pembayaran pinjaman kad kredit tidak boleh ditangguhkan. 


Bagaimana dengan pinjaman kad kredit?

Baki kad kredit boleh ditukar kepada pinjaman bertempoh tidak melebihi 3 tahun pada kadar faedah tidak melebihi 13% setahun.


Apakah yang perlu anda lakukan selepas tempoh 6 bulan tersebut?

Teruskan pembayaran balik pinjaman mengikut jumlah dan tempoh yang baharu.

Bank akan memberitahu anda maklumat ini.

Jika perlu, anda boleh memohon untuk membayar balik pada jumlah yang lebih rendah untuk tempoh yang lebih panjang.


#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhddjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb


Sumber : Bank Negara Malaysia