i-Akaun merupakan aplikasi online bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk ahli KWSP melakukan tinjauan maklum balas dan kaji selidik mengenai setiap inisiatif penambahbaikan skim yang diperkenalkan oleh KWSP serta mendapatkan pelbagai lagi kemudahan lain yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun.
Sebelum ini, pendaftaran i-Akaun bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dengan cara mengunjungi ke kaunter KWSP. Dalam usaha pihak KWSP untuk memudahkan urusan setiap individu dan juga majikan, pihak KWSP telah menaiktaraf sistem pendaftaran i-Akaun secara dalam talian. Jadinya, individu dan juga majikan tidak perlu ke kaunter untuk melakukan pendaftaran i-Akaun bagi ahli KWSP.
- Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah
- Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah
Langkah-langkah Mendaftar i-Akaun KWSP melalui kaunter / telefon
Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar i-Akaun KWSP melalui kaunter / telefon.
Ahli
|
|
Majikan
|
|
Langkah-langkah Mendaftar i- Akaun Melalui E-mel
Berikut merupakan cara-cara mendaftar i-Akaun Melalui E-mel dan borang yang perlu diisi.
*Borang ini boleh didapati di :
https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/Borang+Pendaftaran+i-Akaun+%28Ahli%29+melalui+e-mel.pdf/
*Anda juga boleh melayari Youtube Howtoos bagi melihat cara-cara pendaftaran i-Akaun Melalui Emel di : https://www.youtube.com/watch?v=nOTtJKn3oFE
*Nota tambahan :
Hantarkan semua dokumen ke alamat e-mel : iakaundaftar@epf.gov.my dengan menggunakan format subjek e-mel Pendaftaran
i-Akaun Ahli (Nama Anda) Cth : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad Bin Muhammad
PANDUAN MENGISI BORANG INI ADALAH MERUJUK KEPADA BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA DI DALAM BORANG PERMOHONAN
1. Borang hanya boleh dibuka dengan menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini sahaja
2. Borang ini hendaklah ditaip dengan lengkap dan betul serta disimpan dengan format nama dokumen seperti yang ditetapkan rujuk
jadual di bawah bil 1.
Bagi Ahli yang Lupa Kata Laluan
Berikut merupakan langkah-langkah bagi ahli yang sudah mempunyai i-Akaun KWSP tetapi terlupa kata laluan.
Langkah-langkah Mengeluarkan Wang KWSP bagi i-Lestari
Bagi ahli KWSP yang berumur 50 Tahun ke bawah, ahli boleh mengeluarkan wang dalam akaun 2 bagi KWSP anda.
Antara Kelebihan i-Akaun KWSP
i-Akaun KWSP memberi banyak kelebihan dan kemudahan kepada penggunanya. Antara khidmat i-Akaun ialah :
- Perkhidmatan e-Pengeluaran
- Semakan Penyata KWSP tahun semasa dan tahun sebelumnya
- Semakan status permohonan pengeluaran
- Semakan sejarah pengeluaran
- Semakan status penamaan
- Kiraan anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
- Kemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
- Semakan rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun terkini
Semoga Berjaya!!! 😊😊
Sumber :
#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb
No comments:
Post a Comment