Showing posts with label Info Akaun. Show all posts
Showing posts with label Info Akaun. Show all posts

Tuesday, 21 April 2020

AKAUN ITU MUDAH !!!

Setiap usahawan sama ada syarikat kecil atau besar perlu menyimpan dan merekodkan segala maklumat kewangan syarikat bagi memudahkan segala urusan terutamanya urusan pinjaman dari pihak bank dan membantu usahawan untuk membuat perancangan masa depan syarikat.

Kebanyakan usahawan mengambil ringan tentang perakaunan. Mereka kata jumlah wang dalam bank ialah keuntungan syarikat mereka. Ini adalah salah sama sekali! Usahawan perlu mengambil tahu secara teliti tentang kewangan syarikat bagi mengelakkan kerugian yang besar.


Perkara penting!!

Mula-mula sekali, usahawan perlu membuka akaun bank syarikat untuk mengetahui aliran wang keluar masuk syarikat.  Ini adalah sangat penting bagi mengasingkan wang syarikat dengan wang peribadi pemilik walaupun syarikat tersebut merupakan syarikat yang kecil-kecilan.
Jangan lupa, daftarkan sekali untuk online banking akaun bank syarikat bagi memudahkan urusan usahawan untuk membuat rujukan transaksi dan juga jumlah wang masuk daripada pelanggan.


Lakukan 7 jenis perekodan
  1. Rekod Jualan
  2. Rekod Belian
  3. Rekod Perbelanjaan
  4. Rekod Modal
  5. Rekod Ambilan
  6. Rekod Produk / Stok
  7. Rekod Pelanggan
Perekodan boleh menggunakan excel atau buku catatan harian perniagaan 😊



REKOD JUALAN



Kebanyakkan syarikat yang melakukan jualan produk mempunyai kedai. Kebiasaannya, syarikat akan menerima banyak kaedah pembayaran secara tunai. Syarikat perlu melakukan sistem perekodan julana bagi memudahkan urusan duit masuk syarikat bagi mengelakkan wang hilang atau kekurangan jumlah wang apabila dibandingkan dengan jumlah barangan yang telah dijual (short of money).

**Simpan segala salinan invois atau resit jualan yang dilakukan sebagai bukti jualan. 


REKOD BELIAN


Belian merupakan barangan yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan produk. Sebagai contoh, botol plastik digunakan sebagai tempat untuk meletakkan shampu. Perekodan belian merupakan perkara yang penting untuk dicatat. Hal ini menjadi bukti bagi :
  • sebarang pembayaran telah dilakukan
  • barang yang dipesan telah diterima atau belum
  • bekalan barangan hilang atau tercicir
  • menerima jumlah barang yang kurang dari barang yang dipesan.
**Simpan segala resit atau invois barangan yang telah dibeli.



REKOD PERBELANJAAN



Rekod perbelanjaan lebih kurang sama dengan rekod belian. Bagi membezakan perbelanjaan dan belian ialah belian merupakan barangan yang terlibat secara langsung untuk menghasilkan produk manakala perbelanjaan merupakan barangan yang digunakan untuk tujuan memudahkan urusan syarikat dan tidak terlibat secara langsung dengan produk

Sebagai contoh, alat tulis syarikat yang digunakan untuk mencatat maklumat atau plastik sampah syarikat.



REKOD MODAL



Rekod modal merupakan rekod wang peribadi pemilik syarikat untuk digunakan oleh syarikat atau untuk membeli barang syarikat. Rekod modal juga merekodkan jumlah wang yang telah diberikan oleh pemilik perniagaan kepada syarikat sebagai modal tambahan untuk menjalankan perniagaan.



REKOD AMBILAN


Rekod ambilan sama seperti rekod modal. Cuma, yang membezakannya ialah ambilan merupakan wang yang diambil oleh pemilik pernigaan daripada wang syarikat untuk kegunaan peribadi pemilik manakala  modal merupakan wang yang diberikan oleh pemilik syarikat untuk kegunaan / melancarkan urusan perniagaan.

Rekod ambilan antara perkara yang penting untuk dicatat. Hal ini kerana jika terdapat sebarang kehilangan / jumlah wang tidak sama dengan jumlah barang yang dijual, rekod ambilan boleh dirujuk semula sama ada pemilik syarikat ada meminjam duit syarikat / mengambil stok syarikat untuk kegunaan peribadi atau tidak.

Contohnya jika pemilik syarikat mengambil shampu dalam stok untuk digunakan oleh atau mengambil wang perniagaan untuk kegunaan peribadi akan direkod sebagai ambilan.



REKOD PRODUK STOK



Stok perlu direkod bagi mengelakkan barang hilang / terkurang atau terlebih barang dari jumlah yang sepatutnya. Sentiasa cek barangan setiap hari atau pun setiap minggu atau pun sebulan sekali untuk mendapatkan kuantiti barang yang betul dan tepat. Contoh di atas ialah sebulan sekali.



REKOD PELANGGAN


Bagi sesetengah syarikat, rekod pelanggan adalah sangat penting bagi memastikan segala urusan syarikat berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, klinik pergigian memerlukan maklumat pelanggan bagi memudahkan urusan temujanji.



Apakah yang syarikat perlu pastikan?

  1. Usahawan perlu sentiasa memasukkan wang yang diterima daripada jualan ke dalam akaun bank dengan kerap bagi memastikan baki dalam akaun bank sama dengan transaksi jualan yang dilakukan.
  2. Elakkan / kurangkan menyimpan jumlah wang tunai syarikat yang banyak bagi mengelakkan usahawan mengambil wang syarikat untuk kegunaan peribadi.
  3. Resit / invois  barangan yang dibeli atau yang dijual perlu disimpan di dalam fail secara sistematik bagi memudahkan syarikat untuk membuat rujukan.


Bila adanya rekod-rekod ini, usahawan dapat menjalankan perniagaan dengan lancar dan tiada lagi masalah jumlah jualan tidak sama dengan baki wang dalam bank. Rekod-rekod yang sudah lengkap dapat menghasilkan akaun kewangan dengan baik dan sempurna. Akaun kewangan terdiri daripada 3 iaitu Kunci Kira-kira, Penyata Untung Rugi dan Penyata Imbangan duga.

Semoga segala maklumat yang diberikan dapat membantu masalah kewangan anda! 😊😊


#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb



Friday, 3 April 2020

Penyediaan Akaun itu Penting!!!


Anggapan ramai


BAKI DALAM AKAUN BANK MERUPAKAN KEUNTUNGAN SYARIKAT

Ramai dalam kalangan usahawan dan peniaga yang beranggapan bahawa baki dalam akaun bank syarikat merupakan untung bagi sesebuah syarikat. Hal ini adalah salah sama sekali. Usahawan/peniaga perlu mengambil kira kos yang tidak nyata bagi sesebuah perniagaan contohnya seperti susut nilai aset syarikat. Jumlah modal yang diberikan oleh usahawan/peniaga kepada perniagaan dan jumlah ambilan usahawan/peniaga daripada akaun pernigaan sendiri perlu diambil kira.


DUIT DALAM BANK PERNIAGAAN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PERIBADI PEMILIK

Ramai dalam kalangan usahawan/peniaga beranggapan bahawa wang dalam akaun bank syarikat boleh digunakan oleh pemilik syarikat untuk tujuan peribadi. Contohnya, pemilik syarikat menggunakan wang dalam akaun bank syarikat untuk membeli kereta peribadi pemilik. Hal ini akan menyebabkan syarikat akan menanggung pembayaran cukai yang tinggi kerana perbelanjaan peribadi pemilik perniagaan menggunakan wang milik perniagaan adalah tidak dibenarkan sama sekali oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).


Kepentingan penyediaan akaun syarikat


SEBAGAI ALAT PENGUKUR

-       Sangat penting untuk sesebuah syarikat menyediakan akaun syarikat bagi mengetahui sama ada perniagaan yang dijalankan mengalami untung / rugi. Peniaga juga mengesan kelemahan syarikat sama pada peringkat awal dengan membuat rujukan perbelanjaan berdasarkan akaun yang dibuat bagi mengelakkan kerugian yang besar.


CUKAI DAN AUDIT

Rekod perakaunan yang lengkap dan sistematik dapat memudahkan urusan perlaksanaan audit dan pengiraan cukai. Segala rekod yang lengkap dan semua dokumen syarikat perlu disimpan selama 7 tahun bagi memudahkan rujukan syarikat dan pihak LHDNM sekiranya syarikat anda perlu diaudit oleh pihak LHDNM. Rekod perakaunan juga perlu dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada setiap tahun bagi syarikat sdn bhd.


MUDAH MENDAPATKAN KELULUSAN PINJAMAN

Akaun yang lengkap merupakan satu dokumen yang penting sekiranya ingin membuat pinjaman. Hal ini sangat penting bagi pihak bank untuk membuat penilaian pinjaman boleh diluluskan atau tidak.


MERANCANG STRATEGI PADA MASA HADAPAN

-        Dengan penyediaan akaun secara berterusan, peniaga dapat merancang strategi syarikat pada masa hadapan untuk mengelakkan risiko yang tidak mampu ditanggung oleh syarikat. Peniaga juga dapat membuat keputusan yang tepat berdasarkan penyediaan akaun sama ada perbelanjaan atau pinjaman boleh dilakukan atau tidak pada tahun semasa bagi mengelakkan kerugian.




      #akaunsyarikatjohor
      #cukaisyarikatjohor
      #daftarsdnbhdjohor
      #cukaisyarikatjohor
      #signtakegroupplt
      #signtakejb