Anggapan ramai
BAKI DALAM AKAUN BANK MERUPAKAN KEUNTUNGAN SYARIKAT
Ramai dalam kalangan usahawan dan peniaga yang beranggapan
bahawa baki dalam akaun bank syarikat merupakan untung bagi sesebuah
syarikat. Hal ini adalah salah sama sekali. Usahawan/peniaga perlu
mengambil kira kos yang tidak nyata bagi sesebuah perniagaan contohnya seperti
susut nilai aset syarikat. Jumlah modal yang diberikan oleh usahawan/peniaga
kepada perniagaan dan jumlah ambilan usahawan/peniaga daripada akaun pernigaan
sendiri perlu diambil kira.
DUIT DALAM BANK PERNIAGAAN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PERIBADI PEMILIK
Ramai dalam kalangan usahawan/peniaga beranggapan bahawa
wang dalam akaun bank syarikat boleh digunakan oleh pemilik syarikat untuk tujuan peribadi. Contohnya, pemilik syarikat menggunakan wang dalam akaun bank syarikat untuk membeli kereta peribadi pemilik. Hal ini akan menyebabkan syarikat akan menanggung pembayaran
cukai yang tinggi kerana perbelanjaan peribadi pemilik perniagaan menggunakan
wang milik perniagaan adalah tidak dibenarkan sama sekali oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Kepentingan penyediaan akaun syarikat
SEBAGAI ALAT PENGUKUR
- Sangat penting untuk sesebuah syarikat
menyediakan akaun syarikat bagi mengetahui sama ada perniagaan yang dijalankan
mengalami untung / rugi. Peniaga juga mengesan kelemahan syarikat sama pada
peringkat awal dengan membuat rujukan perbelanjaan berdasarkan akaun yang
dibuat bagi mengelakkan kerugian yang besar.
CUKAI DAN AUDIT
Rekod perakaunan yang lengkap dan sistematik
dapat memudahkan urusan perlaksanaan audit dan pengiraan cukai. Segala rekod
yang lengkap dan semua dokumen syarikat perlu disimpan selama 7 tahun bagi
memudahkan rujukan syarikat dan pihak LHDNM sekiranya syarikat anda perlu
diaudit oleh pihak LHDNM. Rekod perakaunan juga perlu dihantar kepada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada setiap tahun bagi syarikat sdn bhd.
MUDAH MENDAPATKAN KELULUSAN PINJAMAN
Akaun yang lengkap merupakan satu dokumen yang
penting sekiranya ingin membuat pinjaman. Hal ini sangat penting bagi pihak bank untuk membuat
penilaian pinjaman boleh diluluskan atau tidak.
MERANCANG STRATEGI PADA MASA HADAPAN
- Dengan penyediaan akaun secara berterusan, peniaga
dapat merancang strategi syarikat pada masa hadapan untuk mengelakkan risiko
yang tidak mampu ditanggung oleh syarikat. Peniaga juga dapat membuat keputusan
yang tepat berdasarkan penyediaan akaun sama ada perbelanjaan atau pinjaman
boleh dilakukan atau tidak pada tahun semasa bagi mengelakkan kerugian.
#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#cukaisyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb
No comments:
Post a Comment