Adakah saya layak dikenakan cukai?
Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan
melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai
pendapatan.
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan
penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar
fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan
penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar
fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai
pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu
mendaftar fail cukai pendapatan.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja
dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan
PCB dibuat.
Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan
cukai ?
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh
dilakukan di cawangan yang berhampiran.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
- Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
- Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa
- Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai
melalui e-Daftar.
http://daftarindividu.hasil.gov.my/dafsgjpnvdprd.php (Cukai Individu) |
Tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan
Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang
bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan
dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses
Pengeluaran Am.
Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang BE) |
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :
- Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
- Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau
- Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuat turun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.
Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak
diterima untuk pengemukaan.
Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing
jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sila hubungi cawangan LHDNM
atau Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1-800-88-5436 untuk mendapatkan
keterangan lanjut berkenaan e-Filing.
Laman Web http://www.hasil.gov.my/ |
Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing
Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara
ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM
yang berhampiran dalam jangka masa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di
Malaysia.
Apa itu Skop Pengenaan Cukai?
Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai
atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima
dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung
kepada taraf permastautinannya.
Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di
Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu,
pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di
Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.
Sumber : Laman Web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)
#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb
No comments:
Post a Comment