Setiap usahawan sama ada syarikat kecil atau besar perlu
menyimpan dan merekodkan segala maklumat kewangan syarikat bagi memudahkan
segala urusan terutamanya urusan pinjaman dari pihak bank dan membantu usahawan
untuk membuat perancangan masa depan syarikat.
Kebanyakan usahawan mengambil ringan tentang perakaunan.
Mereka kata jumlah wang dalam bank ialah keuntungan syarikat mereka. Ini adalah
salah sama sekali! Usahawan perlu mengambil tahu secara teliti tentang kewangan
syarikat bagi mengelakkan kerugian yang besar.
Perkara penting!!
Mula-mula sekali, usahawan perlu membuka akaun bank syarikat
untuk mengetahui aliran wang keluar masuk syarikat. Ini adalah sangat penting bagi mengasingkan
wang syarikat dengan wang peribadi pemilik walaupun syarikat tersebut merupakan
syarikat yang kecil-kecilan.
Jangan lupa, daftarkan sekali untuk online banking akaun bank syarikat bagi memudahkan urusan usahawan untuk membuat rujukan transaksi dan juga jumlah
wang masuk daripada pelanggan.
Lakukan 7 jenis perekodan
- Rekod Jualan
- Rekod Belian
- Rekod Perbelanjaan
- Rekod Modal
- Rekod Ambilan
- Rekod Produk / Stok
- Rekod Pelanggan
Perekodan boleh menggunakan excel atau buku catatan harian perniagaan 😊
REKOD JUALAN
Kebanyakkan syarikat yang melakukan jualan produk mempunyai
kedai. Kebiasaannya, syarikat akan menerima banyak kaedah pembayaran
secara tunai. Syarikat perlu melakukan sistem perekodan julana bagi memudahkan urusan
duit masuk syarikat bagi mengelakkan wang hilang atau kekurangan jumlah wang apabila
dibandingkan dengan jumlah barangan yang telah dijual (short of money).
**Simpan segala salinan invois atau resit jualan yang
dilakukan sebagai bukti jualan.
REKOD BELIAN
Belian merupakan barangan yang terlibat secara langsung
dalam menghasilkan produk. Sebagai contoh, botol plastik digunakan sebagai
tempat untuk meletakkan shampu. Perekodan belian merupakan perkara yang penting
untuk dicatat. Hal ini menjadi bukti bagi :
- sebarang pembayaran telah dilakukan
- barang yang dipesan telah diterima atau belum
- bekalan barangan hilang atau tercicir
- menerima jumlah barang yang kurang dari barang yang dipesan.
**Simpan segala resit atau invois barangan yang telah dibeli.
REKOD PERBELANJAAN
Rekod perbelanjaan lebih kurang sama dengan rekod belian.
Bagi membezakan perbelanjaan dan belian ialah belian merupakan barangan yang
terlibat secara langsung untuk menghasilkan produk manakala perbelanjaan
merupakan barangan yang digunakan untuk tujuan memudahkan urusan syarikat dan
tidak terlibat secara langsung dengan produk.
Sebagai contoh, alat tulis
syarikat yang digunakan untuk mencatat maklumat atau plastik sampah syarikat.
REKOD MODAL
Rekod modal merupakan rekod wang peribadi pemilik syarikat untuk
digunakan oleh syarikat atau untuk membeli barang syarikat. Rekod modal juga
merekodkan jumlah wang yang telah diberikan oleh pemilik perniagaan kepada
syarikat sebagai modal tambahan untuk menjalankan perniagaan.
REKOD AMBILAN
Rekod ambilan sama seperti rekod modal. Cuma,
yang membezakannya ialah ambilan merupakan wang yang diambil oleh
pemilik pernigaan daripada wang syarikat untuk kegunaan peribadi pemilik manakala
modal merupakan wang yang
diberikan oleh pemilik syarikat untuk kegunaan / melancarkan urusan perniagaan.
Rekod ambilan antara perkara yang penting untuk dicatat. Hal
ini kerana jika terdapat sebarang kehilangan / jumlah wang tidak sama dengan
jumlah barang yang dijual, rekod ambilan boleh dirujuk semula sama ada pemilik
syarikat ada meminjam duit syarikat / mengambil stok syarikat untuk kegunaan
peribadi atau tidak.
Contohnya jika pemilik syarikat mengambil shampu dalam stok
untuk digunakan oleh atau mengambil wang perniagaan untuk kegunaan peribadi
akan direkod sebagai ambilan.
REKOD PRODUK STOK
Stok perlu direkod bagi mengelakkan barang hilang /
terkurang atau terlebih barang dari jumlah yang sepatutnya. Sentiasa cek
barangan setiap hari atau pun setiap minggu atau pun sebulan sekali untuk
mendapatkan kuantiti barang yang betul dan tepat. Contoh di atas ialah sebulan
sekali.
REKOD PELANGGAN
Bagi sesetengah syarikat, rekod pelanggan adalah sangat
penting bagi memastikan segala urusan syarikat berjalan dengan lancar. Sebagai
contoh, klinik pergigian memerlukan maklumat pelanggan bagi memudahkan urusan temujanji.
Apakah yang syarikat perlu pastikan?
- Usahawan perlu sentiasa memasukkan wang yang diterima daripada jualan ke dalam akaun bank dengan kerap bagi memastikan baki dalam akaun bank sama dengan transaksi jualan yang dilakukan.
- Elakkan / kurangkan menyimpan jumlah wang tunai syarikat yang banyak bagi mengelakkan usahawan mengambil wang syarikat untuk kegunaan peribadi.
- Resit / invois barangan yang dibeli atau yang dijual perlu disimpan di dalam fail secara sistematik bagi memudahkan syarikat untuk membuat rujukan.
Bila adanya rekod-rekod ini, usahawan dapat menjalankan
perniagaan dengan lancar dan tiada lagi masalah jumlah jualan tidak sama dengan
baki wang dalam bank. Rekod-rekod yang sudah lengkap dapat menghasilkan akaun
kewangan dengan baik dan sempurna. Akaun kewangan terdiri daripada 3 iaitu Kunci
Kira-kira, Penyata Untung Rugi dan Penyata Imbangan duga.
Semoga segala maklumat yang diberikan dapat membantu masalah kewangan anda! 😊😊
#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb
No comments:
Post a Comment