Perbelanjaan yang tidak dibenarkan oleh LHDNM ialah
perbelanjaan yang perlu ditambah semula kepada Untung / Rugi bersih syarikat
untuk mendapatkan pelarasan cukai. Antara perbelanjaan yang tidak dibenarkan
ialah :
👉 Perbelanjaan / Aset pemilik syarikat dan rakan kongsi
· Contohnya :
§
Pemilik membeli kenderaan atas nama persendirian
dan bayaran bulanan kenderaan ditanggung oleh syarikat.
§
Pengiraan EPF pemilik syarikat dan rakan kongsi
👉 Denda / Kompaun / Penalti
👉 Susutnilai aset
👉 Derma
· Derma yang tidak dibenarkan adalah derma yang diberikan
kepada institusi yang tidak diluluskan oleh pihak LHDNM.
[nota : Derma yang dibenarkan dan
tidak perlu ditambah semula ialah derma yang mempunyai kelulusan daripada pihak
LHDNM (resit derma yang mempunyai nombor LHDNM)]
👉 Perbelajaan permulaan syarikat
· Belanja penubuhan syarikat. Contohnya : Lesen perniagaan & lesen pengiklanan pertama syarikat
No comments:
Post a Comment