Foto : www.mstar.com.my |
Apakah maksud penangguhan bayaran balik pinjaman?
Ini merupakan penangguhan automatik pembayaran balik pinjaman (termasuk pembiayaan oleh bank-bank Islam) selama enam bulan untuk mermbantu peminjam (individu dan PKS) yang mempunyai masalah kewangan.
Apakah kriteria kelayakan?
Semua kemudahan pinjaman daripada institusi kewangan yang dikawal selia BNM kepada individu dan PKS yang memenuhi kriteria berikut :
- Pinjaman TIDAK tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020
- Pinjaman dalam denominasi Ringgit.
tetapi,
Penangguhan ini tidak diberikan kepada kemudahan kad kredit.
Apakah yang perlu peminjam buat sekarang?
Peminjam tidak perlu berbuat apa-apa kerana penangguhan ini adalah AUTOMATIK.
Belanjakan wang tambahan (daripada pinjaman yang tidak dipotong) secara berhemat. Jika tidak mahu penangguhan ini, beritahu pihak bank anda. Bukan kepada ejen atau pihak ketiga.
Perkara yang perlu diketahui tentang penangguhan bayaran balik pinjaman
- diberikan kepada semua individu dan PKS yang meminjam
- Penangguhan adalah automatik. Peminjam tidak perlu memohon.
- Jika tidak mahu penangguhan, peminjam perlu memberitahu pihak bank dan bayar balik pinjaman seperti biasa.
- Pinjaman yang tertunggak lebih daripada 90 hari TIDAK LAYAK mendapat penangguhan ini.
- Tempoh penangguhan : 1 April 2020 - 30 September 2020
- Anda TIDAK akan dimasukkan di bawah CCRIS bagi penangguhan pembayaran balik pinjaman.
- Tiada faedah atau caj kelewatan atas pembayaran lewat
tetapi;
Caj faedah normal akan dikenakan seperti biasa kepada bayaran yang tertangguh.
Maknanya,
bayaran faedah anda akan bertambah!
Faedah akan bertambah kepada jumlah pinjaman.
(sila semak perbezaan antara proses pinjaman konvensional dengan pembiayaan Islam)
- Selepas tempoh 6 bulan, pinjaman perlu dibayar semula.
- Pembayaran pinjaman kad kredit tidak boleh ditangguhkan.
Baki kad kredit boleh ditukar kepada pinjaman bertempoh tidak melebihi 3 tahun pada kadar faedah tidak melebihi 13% setahun.
Apakah yang perlu anda lakukan selepas tempoh 6 bulan tersebut?
Teruskan pembayaran balik pinjaman mengikut jumlah dan tempoh yang baharu.
Bank akan memberitahu anda maklumat ini.
Jika perlu, anda boleh memohon untuk membayar balik pada jumlah yang lebih rendah untuk tempoh yang lebih panjang.
#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhddjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb
Sumber : Bank Negara Malaysia
No comments:
Post a Comment