Tuesday, 28 May 2013
kuasa logo???
“KUASA LOGO”
Mc Donalds adalah jenama yang tidak asing lagi dalam industri makanan segera. Coca cola merupakan jenama besar dalam industri minuman berkarbonat. Malah kadang-kadang kita sendiri menyebut, “Ibu, jangan lupa beli Colgate.”, walhal apa yang ingin disebutkan adalah ubat gigi. Ini menunjukkan betapa pentingnya kuasa penjenamaan. Ia akan membuatkan bisnes kita diingati oleh pelanggan. Apabila pelanggan ingat pada jenama bisnes kita, maka mereka akan percaya dalam setiap produk yang dikeluarkan.
“Element-element logo”
Salah satu elemen yang boleh kita perhatikan di antara syarikat-syarikat besar yang berjaya, adalah elemen logo. Majoriti syarikat-syarikat besar ini tidak mempunyai logo-logo yang berat.
Logo mereka mudah dibaca, sedap dipandang dan mudah diingati. Logo merupakan trademark bisnes yang paling kritikal. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana untuk menghasilkan logo yang baik.
“Tips-tips rekabentuk Logo Yang Memukau”
1. Penggunaan 1 hingga 2 warna sahaja.
Lebih sedikit pengunaan warna, lebih mudah pelanggan mengingati logo.
2. Font/Text yang jelas.
Pastikan penggunaan font/text yang memudahkan pelanggan memahami produk atau servis kita.
3. Keep It Simple.
Lihat contoh-contoh syarikat besar seperti: Google, Microsoft, Nike, Adidas, Vincci, Zara, Levis, logo mereka tidak terlalu berat dan mudah untuk diingati.
Sekarang tanya pada diri anda sendiri,
“Adakah bisnes saya memiliki logo yang baik?”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment