Definisi -
Pengertian -
Makna - Maksud Motivasi
1.
Motivasi Sebagai Pengarah
Tuju &
Penggerak Tindakan
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan. Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.
Oleh
itu,
kita boleh definisikan bahawa:
"Motivasi
adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam
tindakan-tindakannya
sama ada secara negatif atau positif."
2.
Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau
motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat
atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau
keperluan
seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang
menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang
dihajatkan. Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
Oleh
itu,
bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi
adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak
utama
seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga
yang
diinginkan."
3.
Motivasi Sebagai Darjah
Kesungguhan
Tahap
kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap
tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak
lama,
tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap
mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah
matlamatnya
tercapai.
Oleh
itu, bolehlah
juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi
adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang,
berusaha
untuk mencapai tujuan atau matlamat."
4.
Motivasi Sebagai Stimulator
Seseorang
lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga
telah
berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan
untuk
menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan berbuat
demikian. Itulah sebab makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."
Di
sini dapatlah
kita simpulkan bahawa:
"Motivasi
adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan
terhadap
sesuatu yang benar-benar diingini."
5.
Motivasi Sebagai Pemangkin
Keberanian
Apabila
kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau
kemalasan
menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama;
keberanian,
kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh
itu, bolehlah
kita simpulkan atau definisikan bahawa:
"Motivasi
adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan,
keberanian
dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang
benar-benar
diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi." |
Tuesday, 24 September 2013
Maksud Motivasi
7 Ciri Cemerlang Orang Positif
7 Ciri Cemerlang Orang Positif
Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif.
1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif.
1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif
berperibadi
kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin
menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau
lilin; apabila terkena api,
hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan!

2. Melihat Peluang
Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat
menarik
perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina,
asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek
untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17
tahun.
Lepas Perang Dunia Kedua,
dunia
menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat
muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa, malah, ramai juga orang
yang
hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal.
Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Beliau telah nampak
suatu
peluang. Onassis sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang
menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi
digunakan untuk berperang. Dia telah membeli kapal-kapal kecil tentera
Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat
sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan
bagi mengangkut barang-barang dagangan.
Onassis yang positif telah
dapat
melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain yang negatif
lebih melihat
halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Sentiasa
Berusaha Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.

Sesuai dengan kata-kata
nasihat Paul
Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam
perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:
4. Tidak
Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangannya itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon yang kecil dan
rendah iaitu 5
kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di
Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah
seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak
begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah
berazam
untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu
mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah
belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau
telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kekurangannya serta
ejekan-ejekan dari rakan-rakannya
itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
5. Mendengar
Dahulu Pendapat
Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln
pernah
dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar
oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat
Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada
Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa
langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat
itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln
yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya
tadi.
Sebaliknya,
pemimpin-pemimpin yang
tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan
ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya,
akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam
keadaan yang mengaibkan, malah ada juga yang akhirnya dibunuh oleh
rakyatnya sendiri!!!
Inilah
yang perlu diberi perhatian oleh
pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu
mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda
terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau
tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa
sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat
boleh bertindak balas! Rakyat
adalah pelanggan yang MESTI diberi layanan yang adil, cemerlang serta
kepuasan
oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).
6. Sentiasa
Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk memperbaiki kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
Peter Drucker, seorang
profesor ilmu
pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus
yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia
buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk memperbaiki kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
7. Sentiasa
Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif
memandang sesuatu
kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai
guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu,
orang-orang yang
positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk
bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar
daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.
Oleh itu, janganlah
sekali-kali
berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai
makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon
keredaanNya. Insya-Allah.
Thursday, 19 September 2013
Thursday, 12 September 2013
Apa nak buat kalau belum berjaya?
Apa nak buat kalau belum berjaya?
by Azizan Osman
1- Bersyukur- Bersyukur?? Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah, setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Allah swt.
2- Bersedekah- Dah tak dapat lagi mahu sedekah? Ya! Sedekah! Sedekah adalah hikmah Allah swt untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Sedekah sedikit ikut apa yang kita rasa suka. Berdoa juga berkat sedekah tersebut Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan seluruh urusan hajat kita.
3- Salam- Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak! Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut.
4- Senyum- Senyum? Susah ni! Tak capai matlamat! Tertekan dan kena senyum? Ya! Senyum adalah sedekah, sesiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Dan senyuman membuka pintu rezeki. Senyuman juga akan membantu kita fokus kepada apa yang baik di keliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?
5- Sujud- Ya! Lebih banyak ujian yang hadir, lagi banyak anda mahu capai tingkat seterusnya dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. Sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud menentukan banyak perkara keberkatan dalam hidup kita.
6- Selawat- Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda!
7- Sumbang- Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakarwn anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain.
8- Serah- Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.
9- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!
- AzizanOsman -
5 Cara berkesan tepis trauma
5 Cara berkesan tepis trauma, "Saya takut mahu jual produk!"
Sales tengah kurang?
5 Jenis modal sosial jurujual jutawan.
Berdasarkan perkongsian yang diolah semula daripada ilmu Brian Tracy, ada 5 jenis modal penting untuk jadi jurujual jutawan.
5 modal itu adalah:
=============
1) Modal pelanggan.
=============
Memahami bahasa yang pelanggan mahu dengar, bukan bahasa yang kita mahu cakap.
Sentiasa mendahulukan pelanggan.
=============
2) Modal komunikasi.
=============
Setiap medium komunikasi mempunyai corak penyampaian yang berbeza.
Sebagai contoh, di Facebook.
Produk lebih mudah terjual apabila kita menggunakan bahasa yang mudah dibaca.
Berhenti gunakan bahasa SMS yang terlalu sukarkan bacaan.
=============
3) Modal duit.
=============
Setiap ringgit yang diperoleh, laburkan kembali untuk mantapkan skil jurujual.
Pilih kelas-kelas yang mengajar teknik jualan.
Pastikan kelas itu juga dipelopori oleh guru yang betul, dan mempunyai sesi praktikal.
Pemahaman terhadap skil ini hanya mudah difahami apabila kita sudah buat secara langsung.
=============
4) Modal diri.
=============
Jangan merendah-rendahkan diri sendiri.
Kata-kata gelap seperti, "Aku tidak boleh buat," dan sebagainya adalah kata-kata yang meracuni diri sendiri.
Tiada siapa yang boleh mengawal kita. Melainkan diri kita sendiri.
=============
5) Modal eksklusiviti.
=============
Jangan jadi, "Just another salesman..."
Jadi jurujual yang mempunyai nilai dan entiti yang tinggi.
Wujudkan puak-puak pelanggan yang sentiasa tergila-gila mahu berurusan dengan kita.
Bagaimana? Menerusi kesemua modal yang disebutkan sebentar tadi,
… Dan juga mempraktikkan skil jualan berpengaruh secara konsisten.
=============
Apa Maksud Skil Jualan Berpengaruh?
=============
Ebook Teknik Pukau Pelanggan adalah ebook membantu para penjual di Facebook untuk:
1) Tingkatkan sales.
2) Hasilkan kempen pemasaran yang bawa untung yang banyak setiap hari.
3) Skrip menjual yang hanya perlu copy, paste dan dapatkan duit daripada pelanggan tanpa perlu dipaksa.
Ia adalah skil yang membuatkan pelanggan faham, teruja dan seronok mahu bagi duit kepada kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)