Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif.
1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif
berperibadi
kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin
menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau
lilin; apabila terkena api,
hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!
Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan!

2. Melihat Peluang
Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat
menarik
perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina,
asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek
untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17
tahun.
Lepas Perang Dunia Kedua,
dunia
menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat
muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa, malah, ramai juga orang
yang
hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal.
Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Beliau telah nampak
suatu
peluang. Onassis sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang
menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi
digunakan untuk berperang. Dia telah membeli kapal-kapal kecil tentera
Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat
sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan
bagi mengangkut barang-barang dagangan.
Onassis yang positif telah
dapat
melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain yang negatif
lebih melihat
halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Sentiasa
Berusaha Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.

Sesuai dengan kata-kata
nasihat Paul
Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam
perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:
4. Tidak
Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangannya itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon yang kecil dan
rendah iaitu 5
kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di
Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah
seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak
begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah
berazam
untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu
mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah
belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau
telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kekurangannya serta
ejekan-ejekan dari rakan-rakannya
itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
5. Mendengar
Dahulu Pendapat
Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln
pernah
dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar
oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat
Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada
Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa
langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat
itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln
yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya
tadi.
Sebaliknya,
pemimpin-pemimpin yang
tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan
ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya,
akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam
keadaan yang mengaibkan, malah ada juga yang akhirnya dibunuh oleh
rakyatnya sendiri!!!
Inilah
yang perlu diberi perhatian oleh
pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu
mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda
terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau
tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa
sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat
boleh bertindak balas! Rakyat
adalah pelanggan yang MESTI diberi layanan yang adil, cemerlang serta
kepuasan
oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).
6. Sentiasa
Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk memperbaiki kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
Peter Drucker, seorang
profesor ilmu
pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus
yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia
buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk memperbaiki kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
7. Sentiasa
Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif
memandang sesuatu
kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai
guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu,
orang-orang yang
positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk
bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar
daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.
Oleh itu, janganlah
sekali-kali
berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai
makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon
keredaanNya. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment