Tuesday, 29 October 2013

Asas Pemasaran berkesan

ASAS PEMASARAN BERKESAN

1. Rancang dan laksanakan pemasaran dengan berkesan. Sentiasa tekun mendekati prospek pasaran dengan apa jua cara dan berusaha menguasai pasaran tanpa mudah berputus asa. Jangan menidakkan kehendak pelanggan, selagi praktikal dan selagi mampu.


2. Uruskan rekod yang sistematik. Maklumat pelanggan perlu dikemaskini dan disusun supaya mudah dicari dan dikenal pasti untuk kegunaan seluruh organisasi.


3. Dapatkan “referrals” atau perkenalan melalui pelanggan. Pelanggan anda boleh menjadi saluran pemasaran tidak langsung yang amat berkesan. Layanlah pelanggan anda dengan baik supaya pelanggan anda akan “membawa mulut” dan menyebar maklumat dan mengembangkan perniagaan anda.


4. Anda sendiri menggunakan produk anda. Anda harus menggunakan produk yang akan anda pasarkan supaya anda lebih yakin dan dapat memahami lebih banyak kebaikan produk tersebut. Ini memudahkan anda meyakinkan pelanggan.


5. Perkayakan pengetahuan anda tentang produk. Sentiasalah membaca semua maklumat berkenaan produk serta mengikuti sebanyak mungkin seminar atau sesi penerangan yang berkaitan.


6. Sediakan bahan persembahan produk. Anda perlu menyediakan segala kemudahan untuk tujuan persembahan, termasuklah testimonial dan potongan akhbar jika ada.


7. Sediakan senarai nama bakal pelanggan. Cuba dapatkan sebanyak mungkin nama-nama pelanggan dan tentukan alamat dan nombor telefon mereka dicatat dan disimpan dengan baik.


8. Usahakan perjumpaan dengan pelanggan. Buat appointment dengan semua bakal pelanggan dan berjumpa mereka di masa yang ditetapkan.


9. Seboleh-bolehnya dapatkan jualan tunai. Tetapkan matlamat untuk uruskan jualan anda secara tunai.



10. Tumpukan perbincangan kepada hal-hal perniagaan. Matlamat perbincangan anda hendaklah tertumpu kepada usaha menarik perhatian pelanggan terhadap produk atau khidmat anda dan akhirnya berlaku penjualan. Elakkan membincangkan hal-hal peribadi atau membuat perbincangan rambang.


11. Bersikap yakin diri. Bayangkan diri anda adalah yang terbaik di dalam bidang anda kerana sifat yakin diri ini merupakan pendorong motivasi utama yang sangat berkesan.


12. Biasakan diri dengan percakapan positif. Latih diri untuk sentiasa melahirkan kata-kata yang positif. Seboleh-bolehnya, buat latihan ini di hadapan cermin.


13. Serius dalam membuat keputusan. Selalulah membuat keputusan dengan serius, kerana keputusan yang serius akan melahirkan komitmen yang tinggi dan mendorong anda mengubah masa depan anda.


14. Kenal pasti kelemahan teknik jualan. Kelemahan dan kekurangan kemahiran di dalam jualan perlu dikenal pasti. Ambil tindakan atau buat rancangan bagi menutup kelemahan dan kekurangan itu.

15. Jaga kesihatan diri. Anda memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja keras, berkejar ke sana sini untuk menemui pelanggan dan pembekal.


16. Gunakan kata-kata yang dapat ‘menjual’. Contoh: anda/ kamu, sihat, wang, mudah, percuma, ya / betul, pantas / cepat, berfaedah, banyak manfaat, gembira
/ seronok, terbukti, selamat, jimat, baru, selesai, sayang, cantik, lawa, tahan lama.

Wednesday, 23 October 2013

Motivasi Usahawan

Motivasi Usahawan:

Tiada manusia siuman yang hanya akan memulakan perjalanan setelah semua lampu isyarat sepanjang jalan yang akan dilaluinya hingga ke destinasi dalam keadaan hijau.

Dalam perniagaan, mulakan dengan apa yang ada.

Jangan tunggu semuanya telah bersedia barulah ingin bermula.

Selamat berniaga.

Tuesday, 22 October 2013

Asas perakaunan untuk sme dan iks

Asas perakaunan untuk sme dan iks

Akaun bisnes kecil cara mudah

Ramai usahawan baru atau pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak dengan bisnes part-time, menghubungi saya untuk bertanya mengenai bagaimana menyimpan akaun perniagaan. Mereka ini terdiri daripada peniaga kecil yang berniaga produk-produk seperti cupcake, pakaian bayi, tudung, aksesori wanita, secara kecil-kecilan sama ada online atau offline.
Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana anda semua berani menceburkan diri ke alam perniagaan. Bukan senang nak buat perniagaan walaupun kecil. Saya menyokong niat suci anda dan mendoakan perniagaan anda berjaya.
Saya ingin menceritakan di sini bahawa penyimpanan rekod dan akaun perniagaan adalah suatu yang mudah. Tak perlu lah anda risau melampau takut diaudit oleh LHDN atau pening kepala kerana tak pandai buat akaun. Menyimpan akaun ini boleh dilakukan walaupun perniagaan anda masih kecil, hatta jika anda menjual barang di eBay sekalipun.
Mereka (peniaga kecil) merungut kepada saya bahawa mereka pernah bertanya soalan ini kepada kawan-kawan mereka yang belajar jurusan accountancy. Para akauntan ini memberikan jawapan yang rumit mengenai sistem akaun seakan-akan peniaga ingin membuka perniagaan jutaan ringgit. Perlu ada general ledger, double entry bookkeeping system, this and that statement, etc. sehinggakan kakak yang ingin menjual tudung di ofis pun jadi takut mengenai akaun.

Saya ingin menghuraikan cara mudah menyimpan akaun dan rekod perniagaan anda. Dengan menyimpan rekod yang lengkap, anda dapat melihat perkembangan perniagaan anda dan membuat rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya.
(DISCLAIMER: segala yang ditulis dalam entri ini adalah cadangan peribadi penulis semata-mata. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala yang berlaku natijah daripada anda mengikuti cadangan penulis).
Berikut adalah langkah-langkah menyimpan rekod perniagaan dengan mudah, tanpa memeningkan kepala mempelajari sistem perakaunan yang susah-susah:

1. Akaun bank berasingan

Walaupun anda berniaga kecil-kecilan tanpa mendaftarkan syarikat, anda sepatutnya mengasingkan duit peribadi anda daripada duit perniagaan. Jika anda sudah mendaftarkan perniagaan (samada bentuk pemilik tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd), maka lebih wajiblah anda membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya.
Jika anda tidak mendaftarkan perniagaan, buka akaun bank kedua atas nama anda untuk menyimpan tunai yang terhasil dari perniagaan anda.
Simpan semua rekod transaksi bank tersebut. Penyata bulanan bank anda adalah dokumen terpenting dalam perniagaan anda. Dengan penyata inilah anda dapat melihat tahap “kesihatan” perniagaan anda. Untuk yang nak memohon kemudahan kewangan daripada bank atau agensi kerajaan, penyata bank adalah dokumen utama yang disemak oleh pegawai pinjaman.
Adalah sangat penting anda mengasingkan duit perniagaan dengan duit peribadi. Setiap transaksi antara kedua-dua akaun tersebut mestilah dicatat. Jangan campur aduk wang peribadi dengan perniagaan. Ini adalah langkah pertama yang anda perlu ambil untuk menyimpan rekod perniagaan yang bersih.

2.  Kos inventori (Belian)

Perkara kedua yang perlu anda buat setelah membuka akaun bank ialah membeli barangan yang akan dijual atau inventori. Barangan ini boleh jadi dalam bentuk bahan mentah (tepung, gula, icing, etc jika anda membuat cupcake) atau bahan siap (contoh: beg tangan, kasut).
Rekod kesemua kos tersebut dengan lengkap: tarikh, item, kuantiti, harga, nama penjual. Itu sahaja. Pastikan anda menyimpan resit bagi semua transaksi yang anda buat.
Catat semua belian anda di dalam satu jadual (hardcopy atau Excel). Column yang perlu ada ialah tarikh, item, kuantiti, harga, dan penjual.
Saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai, bukannya kredit. Perniagaan kecil biasanya menggunakan tunai sahaja.

3. Jualan

Sekali lagi, saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai (jika tidak, mungkin entri ini tak sesuai untuk anda). Tunai adalah “lifeblood” bagi perniagaan kecil, jadi pastikan setiap jualan anda dilangsaikan dengan tunai tanpa ada tempoh hutang.
Untuk setiap jualan, anda perlu mencatit maklumat berikut: tarikh, item, kuantiti, harga, diskaun (jika ada), nama pembeli. Pastikan setiap transaksi direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran.
Catat semua jualan anda di dalam satu jadual (hardcopy atau worksheet Excel). Sekarang kita sudah ada dua jadual, Belian dan Jualan.

4. Kos-kos lain (Expenses)

Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam perniagaan selain daripada kos membeli bahan mentah dan menghasilkan produk siap untuk dijual. Ini termasuklah pengangkutan, postage, printing, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat, gaji pekerja, marketing, packaging, dan sebagainya.
Sekali lagi, saya menganggap setiap kos-kos tersebut dilangsaikan dalam bentuk tunai (sesuai untuk perniagaan kecil). Catat setiap expenses tersebut dan rekod dalam satu jadual hardcopy atau Excel worksheet. Ini adalah jadual ketiga anda, selepas Belian dan Jualan.

5. Ambilan dan Modal

Ambilan dan Modal adalah pertukaran wang/produk antara akaun peribadi dan akaun perniagaan. Contohnya, jika anda ingin mengambil satu pasang pakaian bayi dalam inventori anda untuk digunakan oleh anak anda sendiri, ini dikira sebagai ambilan. Begitu juga jika anda ingin mengambil wang daripada akaun perniagaan untuk digunakan secara peribadi. Ini juga wajib direkod.
Modal adalah sebaliknya: menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan, atau menggunakan perkakas peribadi untuk kegunaan perniagaan. Ini juga perlu dicatat.
Setiap duit yang bertukar tangan antara akaun peribadi dengan akaun perniagaan anda mesti dicatat, sama ada sebagai ambilan (perniagaan –> peribadi) atau sebagai modal (peribadi –> perniagaan).

_______________________________________
Sekarang kita sudah ada 5 Jadual: Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Ini sudah cukup untuk kegunaan peniaga-peniaga kecil yang membuat all-cash transaction, iaitu tiada belian atau jualan kredit, atau pinjaman.

Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank dengan kerap supaya baki bank anda melambangkan wang yang dimiliki oleh perniagaan anda dengan tepat. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun anda.
Saya pernah berborak dengan seorang taukeh kedai Mamak di KL yang memberitahu saya bahawa beliau mempunyai seorang staff yang kerjanya pergi ke bank setiap 30 minit untuk deposit semua wang tunai yang diterima di cash register machine.

Kurangkan simpan duit dalam bentuk petty cash (di luar bank) melainkan untuk beberapa expenses yang tertentu sahaja. Menyimpan petty cash yang banyak boleh meningkatkan nafsu anda untuk mengambil duit itu untuk berbelanja untuk kegunaan peribadi. Dengan ini, tunai bisnes anda akan berkurang.
Guna cek untuk membayar bil, gaji pekerja dan supplier untuk meningkatkan aktiviti akaun bank anda. Kos sekeping cek ialah lebih kurang RM0.50.

Kadangkala anda diminta untuk memberi akaun kewangan yang lengkap untuk disemak. Akaun kewangan lengkap terdiri daripada tiga dokumen: income statement, cashflow statement, dan balance sheet. Anda akan diminta menyiapkan ketiga-tiga dokumen ini kalau anda ingin membuat pinjaman, atau ingin memohon geran.
Anda boleh membina ketiga-tiga dokumen tersebut dengan 5 Jadual yang saya huraikan tadi — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Tak perlu pening-pening kepala, cuma tunjukkan 5 jadual tersebut kepada rakan anda yang pernah belajar accountancy, nescaya rakan anda itu boleh menghasilkan IS/CF/BS untuk perniagaan anda.

Anda seharusnya membiasakan diri anda menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan anda masih kecil (e.g. menjadi pengedar produk atau menjual barangan di pejabat secara part-time). Dengan menyimpan rekod perniagaan, anda dapat mengkaji untung rugi perniagaan anda, disamping membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

Menyimpan rekod bagi perniagaan kecil adalah mudah, tak perlu degree accountancy atau pergi kursus-kursus yang mahal. Anda cuma perlu simpan 5 Jadual sahaja — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Semua transaksi yang penting dalam perniagaan kecil terkandung dalam kelima-lima jadual tersebut.
Jika perniagaan anda dah besar nanti, baru anda perlu fikir mengenai sistem perakaunan yang canggih-canggih. Untuk peniaga kecil, fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. Gunakan sistem menyimpan rekod yang mudah dahulu.
Semoga berjaya!

Thursday, 17 October 2013

Tips Bisnes

Perkongsian ilmu.. 

Tips Bisnes: Cuba biasakan buat istikharah 7 malam berturut-turut sebelum buat keputusan nak buat bisnes apa atau nak bisnes dengan siapa..... Mudah-mudahan keputusan kita mendapat pimpinanNya!

Friday, 11 October 2013

Resepi kejayaan

Perkongsian lagi!

Perbezaan seseorang yang berjaya dengan tidak adalah terletak pada ILMUnya, KEBERANIAN BERTINDAK LUAR BIASA dan KEBIJAKSANAAN STRATEGInya.

Tuesday, 8 October 2013

Tips dalam perniagaan

Jangan mulakan bisnes dengan modal duit yang banyak apatah lagi pinjaman. Duit tidak menjamin kejayaan anda di dalam bisnes tetapi the right Attitude, the right knowledge, the right system/ strategies & the right action yang akan memudahkan perjalanan bisnes anda. Mulakanlah di mana anda mampu mulakan. Tidak ada ilmu? Hadir sesi saya yang percuma jika tidak mampu yang berbayar tetapi dengan syarat, bertindak dengan ilmu tersebut walaupun sedikit lebih baik daripada tidak ada ilmu dan tidak bertindak apatah lagi ada ilmu dan tidak bertindak!

Friday, 4 October 2013

Tips UNTUK anak muda

Tip dan nasihat untuk anak muda berniaga::

1. Bekerjalah untuk timba pengalaman dan jika sudah berpengalaman berniagalah untuk memajukan diri sendiri , ugama, bangsa dan negara.

2. Pelanggan lebih penting dari untung. Jagalah pelanggan sebaik mungkin dan jangan ambil untung banyak sangat dengan meletakan harga yang melampau.

3. satu mangkuk mesti dapat 5 mangkuk semula, satu untuk keluarga, satu untuk simpanan dan 3 untuk pusaingan balik berniaga.

4. Jika ditawarkan pinjaman, tanyalah berapa bunganya jangan risau berapa ansurannya.

Moga berjaya.

Lapan tip jurujual hebat

Lapan tip jurujual hebat

1. Anda hanya dapat menjual jika anda percaya dengan barangan tersebut
Kepercayaan kepada barangan dan produk untuk anda jual adalah satu perkara kemestian. Sebelum menjual, gunalah, pakailah dan fahamkan seadanya barangan yang nak dijual tadi. Jika anda sudah percaya, saya percaya anda boleh menjualnya dengan hebat.

2. Be clear and direct
Barangan tu selalunya memang dah anda tahu kegunaan nya. malangnya pengguna belum tahu lagi kebaikan nya, kesesuaian nya. anda perlu menerangkan dengan baik dan semudah yang boleh. This is important because the biggest problem in sales is client confusion.

3. kenali pelanggan anda sebelum menjual.
Sebelum menjual ada baiknya anda mengetahui secara asas bakal pelanggan anda dan menjualkan mereka lebihkan skop kelebihan untuk kegunaan mereka.

4. Harga barang terletak siapa yang menjual, bukan kualiti barang.
ini semua adalah bagaimana pelanggan melihat presentation anda, fahamkan ..semuanya termasuk pakaian, cara menyampaikan hingga kertas kerja yang di sediakan. tip menjadi jurujual yang hebat

5. buat presentation anda menarik dan bersemangat
kebiasaannya saya menghadapi masalah dengan salesman yang membuat persembahan yang membosankan. buat persembahan anda menarik, tarikan yang menarik ianya berjangkit seperti menguap.

6. Jika anda tidak tahu, jangan jawab.
Ramai orang tersilap, menjual bukan seperti ilmu ahli politik yang semua soalan perlu jawapan. jika anda tidak tahu dengan jawapan kepada soalan yang di tanya jangan kelentong kerana perbohongan sahaja yang boleh menutup pembohongan seterusnya. menjadi jurujual hebat anda perlu dipercaya tinggi, lebih tinggi anda dipercaya lebih besar angka jualan anda.

7. Mulakan dengan Humor dengan menukarkan suasana ceria.
Saya berikan satu idea, selalunya untuk memulakan meeting selalunya ramai yang akan menukar business card, anda perlu ambil peluang ini. buat dan cipta business card yang mempunyai unsur humor, tetapi anda haruslah melihat suasana. anda jadikan perkara itu sebagai ice-breaker menyebabkan mereka mungkin ingat dengan lawak anda dan membuatkan anda lebih mudah kenal mereka.

8. You can always be better
Ilmu menjual adalah seni bukan ilmu sains maksudnya ianya boleh berubah dan sentiasa ada sahaja perkara baru dalam seni menjual. anda perlu belajar dan terus belajar.

Wednesday, 2 October 2013

pinjaman perniagaan


Apa itu SABAR??

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SABAR ITU SUSAH TAPI INDAH..

Jadikanlah SABAR seperti sabarnya ulat yg menanti menjadi kepompong dan kepompong pun harus bersabar untuk menjadi seekor kupu2 yang indah..


Jadikanlah SABAR seperti sabarnya kaktus yg bertahan dipadang pasir yg panas menanti mekarnya kuncup bungai sebagai penghiburnya..


Jadikanlah SABAR seperti sabarnya bumi menanti hujan yg turun dari langit untuk menumbuhkan biji2an dalam perutnya,

SABAR..

Bukan bererti lemah..

Bukan pula bererti kalah..


Justeru SABAR.....

Adalah benteng keselamatan dari keputusasaan, bertawakal atas segala ujian dari-Nya..

Tuesday, 1 October 2013

Sedekah??





Sedekah








diceritakan pada satu kisah seorang banduan dan akhirnya menjadi seorang usahawan.

Seorang banduan Hassan yang 7 tahun merengkok dalam penjara akhirnya keluar. Dia amat bersyukur dengan nikmat bebas. dia bertekad untuk menjadi seorang yang berguna, lebih lagi latihan dan kekuatan kerohanian yang ditanamkan semasa dipenjara sungguh menginsafkan.

Dia balik kerumah ibunya dengan keadaan tidak punya apa-apa. dia hanya punya seratus ringgit ditangan nya dan dia bertekat untuk memulakan perniagaan pertamanya.

Dia buntu nak mulakan untuk menjual apa sedangkan modal ditangan hanya ada seratus. Dengan duit yang ada dia menjual nasi bungkus yang bernilai RM3 sebungkus. Dengan modalnya dia mendapat 50 bungkus. Jika dijual semuanya dia akan mendapat RM150.

Dia memulakan langkahnya dan dia membuka gerai kecil dengan meja dan kerusi di laluan sibuk. Dari pagi hingga tengah hari dia menjual tetapi hanya 3 bungkus sahaja yang laku dijual. dia sedih dan amat sedih. dari duitnya ada seratus kini duitnya hanya ada rm10 sahaja.

Semalaman dia berdoa dan berfikir untuk memulakan sesuatu yang baru, memohon moga Allah berikan rezeki yang melimpah ruah padanya.

hari kedua hassan tidak boleh lagi menjual nasi kerana dia tiada modal. berbekal RM10 dia bertanya ibunya yang tua.

"ibu apa lah nasib saya, duit tinggal sepuluh ringgit apa saya nak berniaga"
ibu menyebut "kau sedekahkan lah duit itu"
"aku nak makan apa, ini sahaja yang tinggil bu"
ibunya menyahut "setiap satu kau beri, Allah berikan 10 pada kau"
....

Dia membeli kacang dan dibungkuskan kecil-kecil, dibawa bakulnya juga kepasar untuk menjaja. kali ini dia dapat lebih kurang 20 bungkus dari modalnya. dia menjual seringgit sebungkus. Sudah laku 10 kali ini..dia semangat.

dalam perjalanan, masuk waktu zuhur. bergegas dia ke masjid. dalam keadaan tergesa dia meletakan bakulnya di tepi tangga masjid dan dia sembahyang. lepas sembahyang dapat dia berjumpa dengan imam masjid tersebut dan berbual-bual dan menceritakan kisah semalam.

setelah mahu pulang dia melihat bakulnya kosong dengan kacang tadi. dia bercakap dengan imam tadi dan imam tadi berkata "niatkan sedekah kerana Allah akan gantikan". makmum ingat hassan mahu bersedekah dengan memberi kacang di tepi tangga. dia tunduk dan insaf dengan berkata "saya sedekahkan semuanya".

Dia ambl bakul tersebut ...subahaallah ada duit didalamnya. rupanya ada rm 100 didalam bakul itu dicampak duitnya oleh jemaah semasa mereka ambil kacangnya. Allah gantikan mudah bila dia kehendaki. semua perkara logic jadi tak logic.

Dia bersandar di tiang merenung kuasanya sedekah, Allah gantikan sungguh cepat. mohon lah apa sahaja yang kita mahukan, Allah maha pemberi, maha mengetahui dan maha kuasa.