Thursday, 3 June 2021

Tips jimat cukai syarikat


          😍    Elakkan denda syarikat termasuklah denda lewat bayar daripada pihak KWSP & Perkeso serta denda lewat kemukakan borang  cukai

          😍    Elakkan menggunakan wang syarikat untuk kegunaan peribadi pemilik & rakan kongsi

          😍    Bagi syarikat yang mempunyai pekerja, banyakkan perbelanjaan syarikat kepada pekerja

          😍    Jika syarikat membuat derma, banyakkan derma yang diluluskan oleh pihak LHDNM (resit derma yang mempunyai nombor kelulusan LHDNM)

          😍    Simpan segala dokumen  sokongan seperti  resit / invois yang berkaitan dengan pembayaran syarikat. Hal ini kerana sekiranya syarikat tidak mempunyai dokumen sokongan, secara automatiknya perbelanjaan perlu ditambah semula.


#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb

Perbelanjaan yang tidak dibenarkan oleh LHDNM

 

Perbelanjaan yang tidak dibenarkan oleh LHDNM ialah perbelanjaan yang perlu ditambah semula kepada Untung / Rugi bersih syarikat untuk mendapatkan pelarasan cukai. Antara perbelanjaan yang tidak dibenarkan ialah :

          👉 Perbelanjaan / Aset pemilik syarikat dan rakan kongsi

·        Contohnya :

§  Pemilik membeli kenderaan atas nama persendirian dan bayaran bulanan kenderaan ditanggung oleh syarikat.

§  Pengiraan EPF pemilik syarikat dan rakan kongsi

          👉 Denda / Kompaun / Penalti

          👉 Susutnilai aset

         👉 Derma

·        Derma yang tidak dibenarkan adalah derma yang diberikan kepada institusi yang tidak diluluskan oleh pihak LHDNM.

[nota :  Derma yang dibenarkan dan tidak perlu ditambah semula ialah derma yang mempunyai kelulusan daripada pihak LHDNM (resit derma yang mempunyai nombor LHDNM)]

 

         👉 Perbelajaan permulaan syarikat

·        Belanja penubuhan syarikat. Contohnya : Lesen perniagaan & lesen pengiklanan pertama syarikat


#akaunsyarikatjohor
#cukaisyarikatjohor
#daftarsdnbhdjohor
#daftarsyarikatjohor
#signtakegroupplt
#signtakejb