Kedua-dua kategori ini mempunyai isu yang sama – tidak ada modal mencukupi untuk kos pemasaran.
Apakah solusi untuk mengatasi isu ini?
Solusi untuk golongan kategori A:
Cari 5 hingga 10 orang bakal pelanggan dan tawarkan servis percuma kepada mereka. Usahakan untuk beri servis terbaik.
Apabila -pelanggan-pelanggan awal ini berpuas hati, mereka akan berfungsi sebagai ejen tidak rasmi yang akan mempromosikan servis anda. Bermula dari situ, pelanggan semakin bertambah dan duit poket kita menebal sedikit demi sedikit
Solusi untuk golongan kategori B:
Apabila tidak mempunyai kemahiran teknikal, diri sendiri boleh menjadi orang tengah mempromosi servis yang ditawarkan oleh golongan kategori A tadi. Contohnya, kos untuk satu tugasan fotografi ialah RM 500. Promosikan dengan harga RM 600 dan lebihan RM 100 itu sebagai komisen.
Selain itu, anda juga boleh menjadi orang tengah dengan cara menjadi ejen menjual produk fizikal seperti pakaian lelaki, busana muslimah, tudung, produk kecantikan, kerepek, aksesori lelaki dan wanita dan lain-lain.
Apabila ada sedikit keuntungan, laburkan balik untuk belajar ilmu-ilmu pengurusan bisnes, pemasaran dan jualan. Contohnya anda boleh sertai seminar yang dianjurkan oleh pakar bisnes dan pemasaran. Selain itu, anda juga disaran untuk membeli buku, e-book, DVD berkaitan perniagaan dan pemasaran.
Di peringkat awal, utamakan strategi pemasaran melalui Internet berbanding pemasaran konvensional kerana kosnya lebih jimat, sasaran pelanggan lebih spesifik dan lebih mudah diautomasikan.
Ilmu dan skil yang dipelajari boleh terus dipraktiskan untuk meningkatkan keuntungan bisnes sedia ada.
No comments:
Post a Comment