Usahawan Sukses
Usahawan Sukses – Semakin Takut, Semakin Lingkup
“Saya minat untuk berniaga, tetapi saya takut kepada risiko.”
Dialog ini biasa disebut-sebut oleh golongan bakal usahawan yang
mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan. Risiko adalah satu
daripada tekanan yang dapat membuatkan bakal usahawan mengangkat bendera
putih sebelum bermula.
Menurut jurulatih kejayaan dan penulis buku Secrets of Millionaire Mind, T. Harv Eker,
“Setiap individu kaya dan berjaya mempunyai ketakutan.
Namun apa yang membezakan diri mereka dengan orang lain adalah, mereka
tidak membiarkan perasaan takut itu menguasai diri mereka.”
Kenyataan ini ada kebenarannya. Setiap manusia dikurniakan dengan
pelbagai jenis perasaan, termasuk perasaan takut untuk melakukan
sesuatu. Namun begitu, terdapat teknik yang dapat mendorong kita untuk
bertindak dan memusnahkan perasaan takut.
3 Resepi Ghaibkan Rasa Takut
#1 – Tolak Rakan Negatif Ke Tepi
Tip yang pertama adalah berkawan dengan golongan usahawan.
Rakan-rakan usahawan ini dapat membantu kita dari segi perkongsian ilmu
perniagaan yang dapat melenyapkan satu demi satu kekeliruan dan
ketakutan untuk memulakan perniagaan.
Menurut pakar psikologi, manusia mempunyai perasaan takut kerana
mereka memperoleh jawapan bagi masalah yang dihadapi. Justeru itu,
apabila berjumpa dengan golongan usahawan, sediakan soalan-soalan yang dapat membantu menyelesaikan masalah kita.
#2 – Terima Kasih Kerana Berkongsi
Ini adalah teknik untuk menjinakkan minda apabila diselebungi oleh
perasaan takut. Dalam seminar anjuran T. Harv Eker, beliau menggunakan
pendekatan tame the cobra.
Tekniknya adalah seperti berikut:
“Apabila minda kita berkata, ‘Saya tidak boleh’, terus
beritahu kepada minda, ‘Terima kasih kerana berkongsi.’ Kemudian terus
bertindak. Kita akan perasan minda negatif ghaib serta merta.”
#3 – Sumbat Diri Ke Dalam Majlis Ilmu
“Semakin banyak kita belajar ilmu perniagaan, semakin besar potensi kita untuk menjadi usahawan berjaya.” – Azizan Osman.
Ilmu adalah jalan penyelesaian berkesan untuk memusnahkan perasaan
takut melakukan perniagaan. Untuk menuntut ilmu, terdapat beberapa
prinsip penting supaya kita dapat serap ilmu yang berkualiti sahaja.
- Kenali pakar dalam bidang perniagaan – Pakar bermaksud mereka yang sudah berjaya membangunkan perniagaan.
- Bayar, bukan percuma – Menyertainya majlis ilmu secara percuma merendahkan momentum kita untuk belajar selepas menuntut ilmu.
- Catat dan buat – Catat segala maklumat penting
berkaitan dengan ilmu yang dikongsikan. Nota catatan itu dapat membunuh
ketakutan dalam minda kita untuk memulakan perniagaan.
No comments:
Post a Comment