Friday, 23 August 2013

Tip Bisnes dan menjadi usahawan yang berjaya

Tip Bisnes dan menjadi usahawan yang berjaya


Sasaran pencapaian di dalam menceburi bidang perniagaan harus ada bagi menaikkan semangat anda untuk berjaya dalam apa jua bisnes yang diceburi. Sasaran tersebut mungkin tercapai dan juga mungkin sebaliknya. Tetapi kalau anda tidak cukup cekal untuk berjaya ia adalah mustahil untuk dicapai.

Seringkali kita dengar cerita tentang orang yang kecundang di dalam pernigaan mereka. Kenapa ini berlaku?

Salah satu puncanya adalah mereka tidak mengenal produk tersebut dengan lebih mendalam akan produk yang ingin disampaikan kepada pembeli. Pemilihan bisnes yang mudah mendapatkan client juga penting. Biar produk tersebut mudah dijual kepada pembeli. Sukar bagi pembeli untuk menolaknya. Ibarat"pisang goreng panas".

Dari segi harga pula, mungkin ramai yang merungut jika harga produk mahal.Ya, saya sendiri pun macam tu juga. Tapi tak semestinya harga yang murah akan ada ramai pembeli sebab mereka pasti memikirkan unsur lain pula seperti produk tersebut rendah kualitinya.

Jika ada pesaing yang sama menjual produk tersebut. Lakukanlah langkah tambahan seperti menyediakan hadiah percuma. Sebagai contoh, semasa kempen piala dunia bulan ini. Berlumba-lumba syarikat makanan menyediakan hadiah menarik supaya pengunjung mengunjungi premis mereka.

Seorang usahawan melihat satu peluang, kumpulkan satu pasukan dan bina satu perniagaan yang mendapat untung daripada peluang tersebut.

Seorang usahawan yang bijak dan berjaya tidak mendapat bayaran untuk diri sendiri sehinggalah pasukan mereka boleh melakukan apa yang perlu dilakukan sebagai satu pasukan.

Setiap kali, kita melihat senario di mana sebahagian besar para pekerja dan orang yang bekerja sendiri mendapat bayaran ke atas apa yang mereka boleh lakukan sebagai individu.

Usahawan tidak mendapat bayaran sehinggalah pasukannya benar-benar berjaya terutamanya dalam menjana pendapatan. Lebih berjaya anda boleh memimpin satu pasukan yang terdiri daripada individu yang bijak dan berkelayakan tanpa perlu untuk bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan tersebut, lebih baik dan lebih besar usahawan yang boleh ada capai.

Terdapat empat skil utama seseorang mesti ada atau pelajari dalam perjalanan menuju kejayaan dalam bidang yang diceburi. Skil-skil tersebut ialah menjual, perakaunan, melabur dan kepimpinan. Pada pendapat jutawan dan usahawan yang berjaya, kebolehan untuk menjual ialah yang paling penting daripada keempat-empatnya.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana atau ingin mengetahui rahsia seseorang usahawan berjaya walaupun bermula dengan kecil pada peringkat permulaan. Rahsianya adalah terletak kepada penuasan atau leverage.

Penuasan bermaksud keupayaan untuk melakukan sesuatu yang lebih dengan usaha yang minimum. Ia ada di mana-mana sahaja jika kita membuka mata dan minda.

Penuasan adalah kuasa. Orang yang tidak menggunakan atau tanpa penuasan biasanya akan bekerja dengan mereka yang mempunyai penuasan. Antara bentuk penuasan yang sering digunakan oleh usahawan dan jutawan yang berjaya ialah :


OPT (Masa Orang Lain)
OPM (Wang Orang Lain)
Kesihatan
Masa
Pendidikan
Perhubungan
Alatan
Masa lapang


Untuk menjadi seorang usahawan dan seterusnya jutawan yang berjaya, carilah penuasan paling baik dan sesuai untuk anda. Biasanya sering kali kita diberitahu, segalanya bermula dengan minda anda.

Penuasan terhadap minda ialah "Apa yang anda fikir benar adalah realiti anda."

Sumber :Usahawan Bistari 

=== Bangkitlah ===

Photo: === Bangkitlah ===

1. Kita mungkin berbangga dengan kedudukan ekonomi kita yang boleh dikatakan 17 terbaik di dunia. Namun adakah kita penyumbang kepada mantapan ekonomi kita?

2. Dikala orang lain sudah matang soal berniaga, kita masih bertatih untuk mengenalinya.

3. Disaat kita belajar untuk menguruskan duit, masih terlalu ramai yang alpa dan hanya pandai buat duit tapi tidak tahu nak uruskannya.

4. Orang lain bersatu walau pada zahirnya nampak berpecah, tapi kita berpecah walau zahirnya nampak bersatu.

5. Orang lain saling sokong menyokong perniagaan satu sama lain, kita duduk berusaha mematikan perniagaan sesama sendiri.

6. Dalam masa kita tidur nyenyak dibuai mimpi (malas), orang lain sedang bertungkus lumus untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

7. Disaat orang lain bertindak untuk menjana pendapatan yang banyak, kita duduk mengutuk, mengumpat dan mencaci rakan kita yang sedang kuat berusaha.

8. Pada masa orang lain sudah pandai memiliki hartanah, kita lebih selesa menyewa dibumi sendiri.

9. Orang tidak lagi bergantung kepada kerajaan untuk maju, tapi kita duduk asyik mengharapkan sumbangan, dana dan sokongan untuk berjaya.

10. Disaat orang lain tidak memerlukan surat sokongan untuk berjaya, kita duduk sibuk mengejar kesana kemari orang-orang yang kononnya boleh membantu kita.

11. Kita masih duduk bertelagah soal politik, orang lain sedang fokus kepada kemajuan diri, keluarga, perniagaan dan negara. Sepatutnya itu menjadi agenda utama kita.

12. Barang mungkin kita lupa bahawa ramai yang sudah terkorban untuk merdeka hari ini, sehinggakan kita boleh alpa dan ingin kehilangan ia sekali lagi.

13. Kita baca Quran, tapi adakah kita memahaminya? Adakah kita mengamalkannya? Orang lain tak baca Quran, tapi kuat bekerja. Sepatutnya kita yang baca Quran nilah yang kena kuat bekerja.

14. Kita lebih gemar serahkan nasib kita pada takdir, sedangkan orang lain berusaha keras untuk mencipta takdir mereka sendiri.

15. Kita senang lupa objektif kita tetapi orang lain tidak lupa objektif mereka. Mereka terus berusaha untuk maju, tapi kita terus dibuai mimpi indah.

Bangkitlah !

------------

Jangan terlepas peluang untuk mendaftar DSR Online Academy. Pembelajaran secara online tentang ilmu hartanah, kewangan dan pelaburan melalui video tutorial selama 6 bulan cuma pada harga mampu milik - RM450 sahaja.

Daftar di www.drshahrazali.com/doa

Comment "Saya nak DOA" 
untuk info lanjut.

1. Kita mungkin berbangga dengan kedudukan ekonomi kita yang boleh dikatakan 17 terbaik di dunia. Namun adakah kita penyumbang kepada mantapan ekonomi kita?

2. Dikala orang lain sudah matang soal berniaga, kita masih bertatih untuk mengenalinya.

3. Disaat kita belajar untuk menguruskan duit, masih terlalu ramai yang alpa dan hanya pandai buat duit tapi tidak tahu nak uruskannya.

4. Orang lain bersatu walau pada zahirnya nampak berpecah, tapi kita berpecah walau zahirnya nampak bersatu.

5. Orang lain saling sokong menyokong perniagaan satu sama lain, kita duduk berusaha mematikan perniagaan sesama sendiri.

6. Dalam masa kita tidur nyenyak dibuai mimpi (malas), orang lain sedang bertungkus lumus untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

7. Disaat orang lain bertindak untuk menjana pendapatan yang banyak, kita duduk mengutuk, mengumpat dan mencaci rakan kita yang sedang kuat berusaha.

8. Pada masa orang lain sudah pandai memiliki hartanah, kita lebih selesa menyewa dibumi sendiri.

9. Orang tidak lagi bergantung kepada kerajaan untuk maju, tapi kita duduk asyik mengharapkan sumbangan, dana dan sokongan untuk berjaya.

10. Disaat orang lain tidak memerlukan surat sokongan untuk berjaya, kita duduk sibuk mengejar kesana kemari orang-orang yang kononnya boleh membantu kita.

11. Kita masih duduk bertelagah soal politik, orang lain sedang fokus kepada kemajuan diri, keluarga, perniagaan dan negara. Sepatutnya itu menjadi agenda utama kita.

12. Barang mungkin kita lupa bahawa ramai yang sudah terkorban untuk merdeka hari ini, sehinggakan kita boleh alpa dan ingin kehilangan ia sekali lagi.

13. Kita baca Quran, tapi adakah kita memahaminya? Adakah kita mengamalkannya? Orang lain tak baca Quran, tapi kuat bekerja. Sepatutnya kita yang baca Quran nilah yang kena kuat bekerja.

14. Kita lebih gemar serahkan nasib kita pada takdir, sedangkan orang lain berusaha keras untuk mencipta takdir mereka sendiri.

15. Kita senang lupa objektif kita tetapi orang lain tidak lupa objektif mereka. Mereka terus berusaha untuk maju, tapi kita terus dibuai mimpi indah.

Bangkitlah !

Thursday, 22 August 2013

Apakah itu usahawan?

Apakah itu usahawan?

Ramai yang mengenal dan mengetahui perkataan usahawan. Tapi bila ditanya apa itu usahawan, mereka pasti akan berfikir seketika untuk memastikan mereka menjawab dengan baik dan betul. Diakhir jawapannya diselitkan dengan keraguan. Namun, apa yang disimpulkan oleh setiap orang mengenai usahawan itu ada benarnya. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengikut tafsiran mereka sendiri. Mereka menafsirkan perkataan usahawan itu berdasarkan apa yang mereka lihat dan mereka fahami. Usahawan ialah orang yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu sebagai salah satu urusan perniagaan bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan malahan sebagai satu perniagaan yang dapat memanfaatkan orang lain. Bukan itu sahaja, usahawan juga merupakan orang yang berani menanggung risiko diatas setiap sesuatu yang dihasilkan ataupun diusahakan.


Sesetengah orang berpendapat bahawa usahawan itu ialah peniaga dan peniaga itu pula adalah usahawan. Semua usahawan itu boleh menjadi peniaga dan merupakan peniaga “bawah tanah” secara tidak langsung. Tetapi bukan semua peniaga itu adalah usahawan. Peniaga ialah orang yang menjual barang untuk mendapatkan keuntungan sahaja dengan menjadi perantara diantara usahawan ( barang yang dihasilkan) dengan orang ramai. Dalam erti kata lain bagi menerangkan maksud usahawan sebagai peniaga “bawah tanah” ialah orang yang menghasilkan barangan dan kemudiannya dijual kepada industri-industri yang bersesuaian dengan hasil rekaannya. Sebagai contoh, basikal. Usahawan mereka seterusnya menghasilkannya dan kemudian ideanya dijual kepada industri perkilangan untuk diproses dan dijual kepada orang ramai. Namun, ramai usahawan yang lahir dalam industri perniagaan ini dengan menghasilkan idea dalam bentuk tarikan.



Sebagai contoh, mereka menghias ruangan dalam perniagaan mereka dengan mengetengahkan berbagai konsep agar orang ramai tertarik dengan perniagaannya. Dengan itu, dapatlah mereka memperkembangkan perniagaannya dan merperolehi keuntungan daripadanya. Di antara konsep atau kaedah yang kita dapat lihat dan perhati sekarang ini ialah dengan merendahkan harga jualan, menyediakan perkhidmatan percuma yang bersesuaian selagi ianya tidak merugikan, kad diskaun, cabutan bertuah sekiranya berbelanja sehingga nilai yang ditetapkan dan sebagainya. Ini merupakan contoh usahawan yang dapat kita perhatikan yang sentiasa berusaha dan mengambil risiko diatas setiap usahanya.

PENGENALAN: HARTA INTELEK

PENGENALAN: HARTA INTELEK 

Harta intelek merujuk pada ciptaan yang diperolehi dari akal fikiran termasuk hasil kerja sastera dan seni, simbol, nama, imej dalam pelbagai bentuk sama ada gambar atau lukisan dan reka bentuk yang digunakan di dalam perdagangan atau perniagaan. Terdapat beberapa bentuk utama harta intelek. Antara bentuk utama harta intelek yang diberikan perlindungan dan yang banyak digunapakai di dalam sesebuah perniagaan/perdagangan adalah paten, cap dagangan, hakcipta dan rekabentuk perindustrian.

Hak Eksklusif

Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta. Hak eksklusif bermaksud hak untuk memiliki dan hak untuk mengeksploitasi sesuatu harta intelek tanpa sebarang ancaman daripada pihak lain. Ancaman termasuklah ancaman cetak rompak, barangan tiruan, penyalahgunaan, penggunaan tanpa kebenaran dan sebagainya. Pentadbir harta intelek di Malaysia dikendalikan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Ia merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bertangungjawab menjalankan proses pendaftaran dan pengeluaran sijil bagi Cap Dagangan, Reka Bentuk Industri, Paten, Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Litar Bersepadu. 


Harta Intelek di bawah cabang Hak Cipta tidak memerlukan sebarang pendaftaran kerana perlindungan hasil karya di bawah Hak Cipta adalah diiktiraf secara automatik oleh undang undang tertakluk kepada beberapa syarat tertentu. MyIPO juga telah memberikan lesen kepada ejen-ejen yang bertauliah untuk menguruskan hal permohonan dan pendaftaran pihak pemunya harta intelek. Tugas ejen-ejen ini adalah memberi khidmat nasihat daripada segi teknikal dan prosedur perundangan berkenaan pendaftaran dan perlindungan harta intelek. 


Peranan Harta Intelek

Di Malaysia, kesedaran harta intelek masih di peringkat rendah. Walaupun terdapat banyak usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi terbabit, namun impaknya kurang mendapat kesan yang menyeluruh. Dari perspektif perniagaan, peranan harta intelek adalah sangat besar. Usahawan yang cepat dan bijak adalah mereka yang mampu mencipta atau menginovasikan sesuatu dan mengaplikasikan harta intelek karya minda tersebut dengan segera sebelum ia jatuh ke tangan orang lain.  

  • Pengurusan risiko
Dalam sesebuah perniagaan, pengurusan risiko adalah salah satu aktiviti yang sangat penting selain dari aktiviti pemasaran. Pengurusan harta intelek adalah salah satu cara kepada pengurusan risiko bagi sesebuah perniagaan. Adalah sangat penting bagi sesebuah perniagaan untuk mendaftarkan harta intelek miliknya sebelum memperkenalkannya pada pasaran. Dengan cara ini, syarikat sebenarnya telah mengurangkan risiko dalam isu perlanggaran harta intelek pihak lain dan pada masa yang sama meningkatkan reputasi syarikat dan kedudukan dalam pasaran. 
  • Mengurangkan kekeliruan

Dengan mendaftarkan harta intelek, syarikat juga boleh mengurangkan isu kekeliruan kepada pelanggan. Anda boleh memberitahu kepada pelanggan bahawa produk tersebut adalah produk syarikat anda. Proses ini sebenarnya adalah untuk menempatkan label produk anda di pasaran agar mudah dikenali oleh pelanggan. Aktiviti peniruan, penyalinan dan pemalsuan yang seterusnya akan menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan. Tetapi, sebagai usahawan, anda seharusnya bijak untuk menangani perkara sebegini. Anda boleh melindungi diri anda daripada menjadi salah seorang mangsa dengan menitikberatkan kepentingan harta intelek anda. Sekiranya anda telah menjadi mangsa, selepas anda mendaftarkan harta intelek anda, maka anda boleh membuat tuntutan pampasan, injunksi terhadap pihak yang bertentangan melalui saluran-saluran yang sah.


  • Mengembangkan Sumber Kewangan
Mempunyai hak ekslusif terhadap harta intelek, anda sebenarnya boleh memperkembangkan lagi sumber kewangan anda. Bagaimana? Anda mempunyai hak untuk memberi penggunaan harta intelek anda kepada mana-mana pihak ketiga sama ada dalam bentuk perlesenan atau usaha sama dengan tujuan memperolehi manfaat dari aspek kewangan. Dengan cara ini, ia sekaligus meningkatkan nilai kepada harta intelek anda dan dapat membantu anda untuk memasuki pasaran global.


Ternyata,  harta intelek adalah pemacu kepada sesebuah perniagaan. Usahawan yang bijak adalah usahawan yang menghargai hasil minda mereka dan menjaganya dari sebarang ancaman pihak ketiga.

 

Tuesday, 20 August 2013

MENGENALI PELANGGAN DARI KACAMATA MAHATMA GHANDI

Pelanggan merupakan elemen yang penting dalam sesebuah perniagaan. Seseorang yang berhasrat untuk memulakan perniagaan sudah pasti mengenali siapakah pelanggan yang akan melanggan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Semua telah maklum, pelangganlah yang menentukan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. Namun begitu dalam kesibukan urusan harian, usahawan kadangkala alpa siapakah sebenarnya pelanggan itu kepada sesebuah perniagaan. Mahatma Ghandi mentarifkan pelanggan:

“Seorang pelanggan ialah pelawat penting didalam bangunan kita.”
Tidak kira darjat, rupa, tua atau muda, bangsa, lelaki atau wanita, setiap individu yang datang ke premis perniagaan kita merupakan pelawat yang penting. Sebagai pelawat yang penting sudah pastinya individu berkenaan perlu mendapat layanan yang istimewa. Pelanggan yang mendapat layanan seperti “pelawat penting” sudah pastinya akan berasa dihargai dan kecenderungan untuk kembali semula adalah besar.
“Dia tidak bergantung pada kita, kita yang bergantung pada dia.”
Adakalanya usahawan yang membekalkan produk atau menyediakan perkhidmatan kadangkala beranggapan mereka amat penting. Tanpa mereka pelanggan akan mengalami kesusahan dalam kehidupan harian. Di sini,  seolah-olah pelanggan itu bergantung kepada syarikat pembekal atau penyedia perkhidmatan. Usahawan harus berfikir siapa sebenarnya bergantung kepada siapa. Usahawan sebenarnya bergantung kepada pelanggan, bukan sebaliknya. Tanpa pelanggan, tiadalah perniagaan. Tiada perniagaan, tiadalah usahawan.
“Dia bukan satu gangguan dalam kerja kita; dialah tujuan kerja kita.”
Usahawan tidak perlu berasa terganggu dengan kehadiran pelanggan walau dalam situasi manapun. Sebagai manusia biasa, adakalanya usahawan juga berada dalam keadaaan tertekan oleh pelbagai faktor. Ini bukan bermakna kehadiran pelanggan merupakan gangguan kepada usahawan. Usahawan perlu berada dalam kondisi sedar bukannya separa sedar. Bila berada didalam kondisi separa sedar, usahawan mudah terlupa pelanggan yang hadir merupakan tujuan perniagaan ditubuhkan.
“Dia bukan orang luar didalam urusan kita; dia adalah sebahagian darinya.”
Pelanggan adalah sebahagian daripada urusan perniagaan kita. Apapun perancangan, strategi dan perubahan dalam urusan perniagaan, pelanggan mestilah dilibatkan. Usahawan harus berfikir di pihak pelanggan sebelum membuat sebarang tindakan. Keuntungan kepada pelanggan akan memberi pulangan yang baik kepada usahawan. 
“Kita tidak membuat kebaikan dengan melayan beliau; dia yang membuat kebaikan  kepada kita dengan memberi peluang kepada kita untuk berbuat demikian.”
Sebenarnya apabila pelanggan berkunjung ke premis perniagaan kita, kita bukanlah pihak yang membuat kebaikan dengan melayan mereka. Usahawan harus berterima kasih kepada pelanggan yang hadir. Kehadiran mereka memberi peluang kepada usahawan untuk membuat kebaikan kepada mereka. Layanan baik yang diberikan kepada pelanggan akan memberi pulangan yang baik kepada perniagaan.
Walaupun bukan dikenali dalam bidang perniagaan atau keusahawan pentaarifan pelanggan oleh Mahatma Ghandi telah digunapakai oleh berbagai lapisan usahawan diseluruh dunia. Ramai juga usahawan yang menampalkan pentaarifan ini di dinding premis perniagaan sebagai peringatan dan juga sebagai satu kaedah untuk membudayakan “Pelanggan di Utamakan” dalam urusan perniagaan harian. Bagi usahawan yang masih belum mengetahuinya eloklah dikaji pentaarifan berikut:
“A customer is the most important visitor on our premises. He is not dependent on us; we are dependent on him. He is not an interruption in our work; he is the purpose of it. He is not an outsider in our business; he is part of it. We are not doing him a favour by serving him; he is doing us a favour by giving us an opportunity to do so.”
Mahatma Ghandi