Monday, 25 November 2013
Usahawan Sukses
#1 – Tolak Rakan Negatif Ke Tepi
TABIAT KEWANGAN SAYA
Mana Satu Tabiat Kewangan Saya?
Kategori: Pengurusan kewangan
Terutamanya tentang simpanan ideal, iaitu 20% daripada pendapatan anda dalam artikel yang lalu.
Sebelum saya lanjutkan perbincangan kita lebih spesifik dengan lebih banyak angka-angka peratusan, kali ini mari kita isytiharkan kategori diri kita bersama-sama.
Di akhir tulisan ini anda dapat mengenal pasti apakah kategori diri anda berkaitan kewangan, dan bagaimana ia dapat membantu tindakan tuan-puan selepas ini.
Buang Dahulu Ego
Tahukah tuan, ramai yang tidak ‘sedar’ yang dia itu terlalu kurus, terlalu comot, terlalu besar sehinggalah dia sendiri yang mengakui “Oh, kurusnya aku!”.Ini kerana manusia tidak dapat lari daripada sifat semulajadi yang dinamakan sindrom penafian. Dalam perkataan yang lebih ringkas ianya cuma seringkas tiga huruf; EGO.
Baiklah tuan, kerana ego tuan tidak dapat membayar hutang kad kredit yang sudah mencapai 5 angka, ataupun tidak dapat membersihkan nama buruk tuan dalam senarai CCRIS. Malah ego juga tidak dapat membayar bil pembentungan rumah tuan.
Maka buanglah ia sekarang sebelum meneruskan pembacaan tuan. Ya, buangnya jauh sekarang.
Sudah?
Bagus, Alhamdulillah.
Ada empat (4) kategori tabiat manusia berkaitan kewangan. Seperti saya, tuan akan mendapati salah satu kategori ini akan lebih dominan berbanding kategori yang lain. Maka, jangan toleh lagi ego yang sudah dibuang tadi, kita teruskan membaca sekarang.
Kategori #1 – Penyimpan
Mungkin ramai juga yang perasan yang dirinya dalam kategori ini. Mereka yang di dalam kategori ini tidak semestinya mempunyai simpanan yang banyak, tetapi dia semestinya sukar mahu berbelanja.Contohnya, untuk satu pembelian yang mudah, dia akan berfikir berpuluh kali bukan kerana mahu membanding harga, tetapi untuk menyediakan alasan penolakan untuk memilih supaya tidak membeli. Memilih menu makanan di kedai makan contohnya; sangat sukar.
Selain itu, Si Jimat ini tidak suka sangat berlabur kerana padanya lebih baik menyimpan. Kadangkala mereka yang berada di dalam kategori ini bersifat sangat bertanggungjawab.
Mungkin kerana latarbelakang keluarganya, anak sulung, kakak atau sebagainya. Pada mereka, lebih baik duit yang mereka ada dapat dimanfaatkan untuk kebaikan keluarga, adik beradik, ibu bapa dari dibazirkan tidak tentu hala.
Lebih baik disimpan.
Kategori #2 – Pemboros
Ramai senyum apabila kategori ini diumumkan. Saya yakin tidak perlu huraian panjang lebar untuk menjelaskan kategori ini. Orang kata,‘Tepuk dada, tanyalah kad ATM’Ini kerana, mereka akan kerap ke mesin ATM kerana banyak pembelian tidak dirancang berlaku. Ataupun tanyalah ‘kad kredit’ mereka, kerana merekalah (kad kredit) adalah saksi utama kejadian.
Biasanya mereka yang di dalam kategori ini disenangi rakan-rakan, bukan kerana baik sopan tutur kata, tetapi kerana mudah mendapat tempias dibelanja. Pantang ada duit lebih sedikit sahaja skrip ini akan kedengaran bila keluar bersama mereka: “Tidak mengapa, biar aku bayarkan.”
Mereka yang berada di dalam kategori ini akan mendapati yang mereka sudah banyak kali terlanjur membeli banyak benda, yang akhirnya tidak digunakan langsung ataupun terlalu sedikit digunakan.
Tidak percaya, cuba perhatikan almari baju anda. Teliti juga rak-rak di dapur anda. Juga lihatlah di laci-laci pejabat anda. Ataupun lihatlah sekitar di ruang simpanan kereta anda. Selain kerana ia adalah belian spontan, ia juga adalah kesan kejayaan para pengiklan di media.
Kategori #3 – Tidak Peduli
Perkataan yang biasa kedengaran daripada mereka yang berada dalam kategori ini ialah:Mereka yang berada dalam kategori ini biasanya tegar menangguh perkara berkaitan kewangan. Biasanya melibatkan bayaran ansuran, bil dan yang melibatkan rutin seperti menghidupkan lesen memandu dan sewaktu dengannya.
- “Nantilah”,
- “Tidak mengapa”,
- “Tidak kisah” dan
- “Sayang, mana bil elektrik rumah ini, sudah lama abang tidak nampak.”
Mereka sangat gemar membuat bayaran apabila perkhidmatan itu diputuskan. Contohnya bil Astro dan talian telco. Malah mereka tidak pernah mempedulikan bil, sehingga mereka tidak pernah membuka pun bil-bil tertentu yang sudah diketahui isi perutnya.
Malah lebih ekstrem selagi tiada perintah mahkamah, ataupun ugutan dari surat peguam mereka tidak terlintas pun membayar ansuran berkenaan.
Dan lebih menghairankan lagi, mereka tidak sedar pun bila mereka menyimpan ataupun bila mereka berbelanja.
Tahu-tahu sahaja duit sudah habis dibelanja.
Kategori #4 – Sami
Mereka yang di dalam kategori ini tidaklah bermaksud mereka yang hari-hari ke tempat kerja berkaki ayam, memakai kain lilit badan dan membawa tasbih besar.
Skrip pilihan mereka yang berada di kategori ini ialah:
Mereka yang berada di dalam kategori ini cepat membezakan ini dunia dan ini akhirat. Mereka cenderung untuk tidak melibatkan diri dalam hal ehwal kewangan kerana menganggap mereka kurang beragama, atau kurang soleh, atau kurang iman, atau kurang baik jika terlalu banyak mengurus atau mengambil tahu urusan kewangan.
- “Ini dunia semata-mata”,
- “Bukannya boleh bawa masuk kubur’,
- “Susah hendak jawab dengan malaikat nanti kalau banyak sangat duit” dan
- “Kalau kaya tidak bahagia pun tidak berguna juga”.
Mereka rasa bahagia dan sempurna jika langsung tidak berurusan dengan duit.
Nah, itu dia empat (4) kategori tabiat manusia tentang kewangan. Dari empat pilihan, pilih dua yang hampir dengan diri anda. Sekarang ambil masa, tarik nafas perlahan-lahan, nilai secara adil, pilih satu yang lebih dominan dengan diri anda.
Tidak mengapa jika anda boros, ramai juga yang boros sedang tersenyum di luar sana. Tidak mengapa jika anda sami, kerana ia tidak melibatkan akidah, ia hanya satu cara muhasabah diri berkaitan kewangan.
Baik, sekarang isytiharkan diri anda.
Saya bernama _________________________. Tabiat kewangan saya ialah _______________________.Lega bukan? Alhamdulillah.
Persoalannya, apa perlu saya isytiharkan diri sebegini?
Ini kerana ketahuilah tabiat itulah yang selama ini mengawal rasional tuan di dalam membuat keputusan kewangan.
Ini kerana tuan akan mendapati yang tuan perlahan-lahan menjadi sama 100% atau sebaliknya 100% dari ayah dan ibu tuan-tuan.
Ini kerana jika tuan mendapati tabiat sedia ada tuan merugikan, tuan boleh pilih untuk membiasakan diri dengan tabiat yang lebih baik dan menguntungkan masa depan tuan.
Ini ironinya tuan, hayati ayat-ayat akhir artikel ini.
Transformasi Tabiat Kewangan Hari Ini
Jika tuan mendapati tuan ialah penjimat, tuan menyedari sendiri alangkah baik jika tuan boleh sedikit berbelanja bagi berhibur dan menghargai diri sendiri.Jika tuan ialah pemboros, tuan akan menyedari alangkah baiknya jika tuan dapat beringat sedikit, dan menyimpan untuk kehidupan masa hadapan serta demi kelapangan fikiran tuan sendiri.
Jika tuan jenis yang tidak peduli, tuan akan menyedari alangkah baiknya jika tuan dapat menyimpan, dan berbelanja dengan teratur dan sistematik demi kehidupan yang lebih realisitik.
Jika tuan seorang sami, tuan akan mendapati alangkah baiknya jika tuan dapat mengerjakan haji lebih awal dan membuat wakafan seperti yang digalakkan. Hanya jika tuan tahu bagaimana untuk menyimpan dan menggandakan pendapatan yang ada.
Pasti ada caranya. Ada dikalangan mereka di luar sana yang boleh menyimpan dalam masa yang sama berbelanja dengan bebas, berbelanja dalam masa yang sama beramal.
Itulah yang Allah beritahu kita dalam ayatnya Az-Zumar 39:9;
“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.
Thursday, 14 November 2013
Dari Bilik Tidur Kepada Pejabat Kecil
Dari Bilik Tidur Kepada Pejabat Kecil
Kebanyakan pelajar IPTA yang menjadi usahawan berjaya mula berkembang menerusi cara ini. Dalam masa 2 hingga 3 tahun, bisnes mereka sudah semakin stabil. Sekurang-kurangnya mampu memberikan pendapatan bulanan 4 angka kepada mereka.Apabila sampai ke tahap ini, jangan cepat berpuas hati. Keinginan membuak-membuak untuk memiliki kereta mewah, gajet canggih atau membeli pakej pelancongan eksklusif ke luar negara harus ditangguhkan terlebih dahulu.
Sebaik-baiknya, gunakan keuntungan yang diperolehi untuk kembangkan lagi bisnes tersebut. Pelbagaikan produk atau tambahkan lagi saluran pemasaran. Menahan nafsu terhadap simbol-simbol kekayaan adalah cabaran paling besar kepada pengusaha bisnes muda yang sudah mula berjinak-jinak dengan duit banyak.
Usaha seterusnya ialah dengan menaik taraf daripada bisnes keseorangan, menjadi sebuah organisasi kecil dengan cara memilih individu sesuai untuk dijadikan rakan kongsi. Selepas memilih rakan kongsi, usahakan pula untuk belajar mengagihkan kerja kepada staf supaya tidak lagi menghabiskan masa membuat kerja-kerja teknikal. Bisnes boleh berkembang dengan pantas apabila operasi bisnes itu tidak lagi diuruskan secara ‘one man show.’
Daripada ulasan kami di atas, golongan muda terutamanya yang masih menuntut di IPTA boleh belajar bagaimana membina bisnes kecil-kecilan sehingga sedikit demi sedikit menjadi besar. Daripada beroperasi di bilik tidur, ia berkembang menjadi satu organisasi kecil yang memiliki staf dan pejabat. Selamat berusaha!
Penyelesaian Isu Kekurangan Modal
Kedua-dua kategori ini mempunyai isu yang sama – tidak ada modal mencukupi untuk kos pemasaran.
Apakah solusi untuk mengatasi isu ini?
Solusi untuk golongan kategori A:
Cari 5 hingga 10 orang bakal pelanggan dan tawarkan servis percuma kepada mereka. Usahakan untuk beri servis terbaik.
Apabila -pelanggan-pelanggan awal ini berpuas hati, mereka akan berfungsi sebagai ejen tidak rasmi yang akan mempromosikan servis anda. Bermula dari situ, pelanggan semakin bertambah dan duit poket kita menebal sedikit demi sedikit
Solusi untuk golongan kategori B:
Apabila tidak mempunyai kemahiran teknikal, diri sendiri boleh menjadi orang tengah mempromosi servis yang ditawarkan oleh golongan kategori A tadi. Contohnya, kos untuk satu tugasan fotografi ialah RM 500. Promosikan dengan harga RM 600 dan lebihan RM 100 itu sebagai komisen.
Selain itu, anda juga boleh menjadi orang tengah dengan cara menjadi ejen menjual produk fizikal seperti pakaian lelaki, busana muslimah, tudung, produk kecantikan, kerepek, aksesori lelaki dan wanita dan lain-lain.
Apabila ada sedikit keuntungan, laburkan balik untuk belajar ilmu-ilmu pengurusan bisnes, pemasaran dan jualan. Contohnya anda boleh sertai seminar yang dianjurkan oleh pakar bisnes dan pemasaran. Selain itu, anda juga disaran untuk membeli buku, e-book, DVD berkaitan perniagaan dan pemasaran.
Di peringkat awal, utamakan strategi pemasaran melalui Internet berbanding pemasaran konvensional kerana kosnya lebih jimat, sasaran pelanggan lebih spesifik dan lebih mudah diautomasikan.
Ilmu dan skil yang dipelajari boleh terus dipraktiskan untuk meningkatkan keuntungan bisnes sedia ada.
CABARAN BISNES DI USIA MUDA
Menurut laporan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),
hanya 2.4% graduan memilih untuk menjadi usahawan selepas keluar dari
universiti. Majoriti yang menjadi usahawan ini ialah mereka yang sudah
pun belajar selok belok bisnes dan mengusahakannya sejak di bangku
universiti.
Apabila tamat belajar, bisnes mereka sudah dapat memberikan pulangan lumayan menyebabkan mereka tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Lazimnya, pendapatan bulanan mereka lebih tinggi daripada jumlah gaji yang ditawarkan kepada graduan baru.
Semasa dijemput memberikan ceramah keusahawanan di salah sebuah IPTA, Tim Majalah Niaga pernah diajukan soalan ini daripada salah seorang pelajar, ” Tuan, jika semua mahu berniaga, siapa pula yang mahu makan gaji?”
Sebenarnya, apabila melihat peratusan graduan baru menjadi usahawan hanya 2.4%, kita sudah dapat mengetahui ‘planet’ mana yang masih luas untuk diceburi dan ‘planet’ mana yang sudah hampir tepu untuk dimasuki. Hampir 98% memilih untuk makan gaji. Ini bermakna, berlaku lambakan serius di ‘planet makan gaji’ menyebabkan pasaran kerja tidak dapat menampung semua golongan pencari kerja.
Ini dibuktikan dengan laporan daripada Kementerian Sumber Manusia yang mencatatkan jumlah pengangguran sebanyak 411, 400 orang sehingga Ogos 2013.
Soalan yang lebih wajar ditanya ialah, “Jika hampir 98% memilih makan gaji, siapa pula mahu berniaga?” Lebih tinggi peratusan menjadi usahawan, lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran.

Namun, memulakan bisnes sendiri di usia muda tambahan pula ketika masih menuntut di universiti tidak semudah yang disangka. Pengalaman Tim Majalah Niaga terlibat dengan program keusahawanan IPTA dan IPTS seluruh negara membolehkan kami menghuraikan isu bisnes di kalangan pelajar. Antara soalan yang kerap ditanya mereka ialah…
“Apakah langkah awal untuk memulakan bisnes dengan keadaan kami kekurangan modal?”
Soalan ini ialah soalan paling popular. Kami membuat kesimpulan, majoriti golongan muda di IPTA yang ingin memulakan bisnes sendiri terbahagi kepada dua kategori.
Kategori A: Memiliki kemahiran teknikal. Contohnya juru foto, pereka laman web, pereka grafik, melukis kartun atau baik pulih komputer.
Kategori B: Tidak memiliki kemahiran teknikal seperti di atas. Majoriti berada di dalam kategori ini.
Apabila tamat belajar, bisnes mereka sudah dapat memberikan pulangan lumayan menyebabkan mereka tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Lazimnya, pendapatan bulanan mereka lebih tinggi daripada jumlah gaji yang ditawarkan kepada graduan baru.
Semasa dijemput memberikan ceramah keusahawanan di salah sebuah IPTA, Tim Majalah Niaga pernah diajukan soalan ini daripada salah seorang pelajar, ” Tuan, jika semua mahu berniaga, siapa pula yang mahu makan gaji?”
Sebenarnya, apabila melihat peratusan graduan baru menjadi usahawan hanya 2.4%, kita sudah dapat mengetahui ‘planet’ mana yang masih luas untuk diceburi dan ‘planet’ mana yang sudah hampir tepu untuk dimasuki. Hampir 98% memilih untuk makan gaji. Ini bermakna, berlaku lambakan serius di ‘planet makan gaji’ menyebabkan pasaran kerja tidak dapat menampung semua golongan pencari kerja.
Ini dibuktikan dengan laporan daripada Kementerian Sumber Manusia yang mencatatkan jumlah pengangguran sebanyak 411, 400 orang sehingga Ogos 2013.
Soalan yang lebih wajar ditanya ialah, “Jika hampir 98% memilih makan gaji, siapa pula mahu berniaga?” Lebih tinggi peratusan menjadi usahawan, lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran.
Namun, memulakan bisnes sendiri di usia muda tambahan pula ketika masih menuntut di universiti tidak semudah yang disangka. Pengalaman Tim Majalah Niaga terlibat dengan program keusahawanan IPTA dan IPTS seluruh negara membolehkan kami menghuraikan isu bisnes di kalangan pelajar. Antara soalan yang kerap ditanya mereka ialah…
“Apakah langkah awal untuk memulakan bisnes dengan keadaan kami kekurangan modal?”
Soalan ini ialah soalan paling popular. Kami membuat kesimpulan, majoriti golongan muda di IPTA yang ingin memulakan bisnes sendiri terbahagi kepada dua kategori.
Kategori A: Memiliki kemahiran teknikal. Contohnya juru foto, pereka laman web, pereka grafik, melukis kartun atau baik pulih komputer.
Kategori B: Tidak memiliki kemahiran teknikal seperti di atas. Majoriti berada di dalam kategori ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)