Monday, 16 December 2013

Ketahui Cara Melariskan Perniagaan Anda

Di Malaysia, menjelang bulan Disember, pelbagai jualan murah, jualan gudang, jualan rambang mata, jualan akhir tahun, jualan penghabisan stok dan pelbagai lagi terma mentakrifkan jualan sempena penghujung tahun akan diadakan.
Kerajaan Malaysia begitu memahami gaya hidup rakyat telah mewujudkan satu kempen khusus untuk rakyat yang menjadikan aktiviti beli-belah sebagai terapi stres atau berjimat cermat dalam membeli barang.
Jualan Akhir Tahun Malaysia atau dalam versi bahasa Inggerisnya, 1 Malaysia Year End Sale (1MYES) dianjurkan oleh Sekretariat ‘Shopping’ Malaysia, iaitu sebuah unit yang berada di bawah seliaan Tourism Malaysia. Relevannya sekretariat ini diselia oleh Tourism Malaysia bersangkut-paut dengan program Tahun Melawat Malaysia.
yes 2013
Selain daripada Jualan Akhir Tahun YES, terdapat dua lagi jualan besar-besaran di Malaysia iaitu 1Malaysia GP Sale bersempena Formula One Grand Prix di Kuala Lumpur dan Karnival Jualan Mega Malaysia.
Malangnya, Majalah Niaga tidak menjual sebarang produk, jadi kami tidak dapat menggunakan salah satu daripada terma-terma di atas. Namun, kami mahu menawarkan sesuatu yang lebih baik lagi. Bukan produk untuk dijual, bukan servis mahupun kursus, sebaliknya kami ingin ‘menjual’ pelaris semula jadi.
Apakah kaitannya pendahuluan artikel tentang jualan akhir tahun dengan pelaris? Ya, pelaris yang melariskan produk mahupun perkhidmatan para peniaga sepanjang masa. Tidak perlu tunggu jualan mega untuk menghabiskan stok. Sebaliknya, dengan izin Allah, pelaris ini mampu menjadi magnet penarik pembeli / pelanggan anda dengan sendirinya.
Jangan khuatir! Majalah Niaga sama sekali tidak bersekongkol dengan syaitan yang direjam. Pelaris ini tidak memerlukan pengeras, tuan, pewaris mahupun lain-lain perkara yang jelas bertentangan dengan hukum Allah.
zara h&m
Namun, untuk ‘memiliki’ pelaris ini, ada beberapa fasa yang perlu dilalui oleh mana-mana individu yang berminat untuk memilikinya. Pelaris ini tidak boleh di ‘muat-turun’ atau dipindah milik mahupun diwarisi. Ia sesuatu yang mungkin mengambil sejumlah masa dan tenaga, mungkin lama, mungkin juga boleh dimiliki dalam waktu yang singkat; bergantung kepada diri anda sendiri.

Pelaris Perniagaan Semula Jadi

#1 – ‘Bagaimana Jika Saya Berada di Tempat Mereka?’

Tidak di nafikan ada kalanya pelanggan diberi layanan kurang menyenangkan oleh peniaga. Pernahkah anda sebagai peniaga / usahawan pergi membeli-belah dan diberi layanan acuh tidak acuh oleh jurujual? Bagaimanakah perasaan anda? Tentu anda juga merasa tidak senang diberi layanan sebegitu rupa. Inilah caranya memahami pelanggan anda; letakkan diri anda di tempat mereka.
“If your marketing connects with them emotionally, they are going to remember it, share it, and buy it.” Christine Perkett (Penulis di FORBES)
Chrisitne Perkett sering mengingatkan para pengikut yang mempelajari skil pemasaran dengan beliau untuk sentiasa melayani pelanggan sebagaimana peniaga sendiri mahu dilayani.
Perasaan seperti ini ialah kehendak bersama. Apa yang buat anda fikir bahawa pelanggan tidak berhak mendapat layanan kelas pertama daripada anda, sedangkan anda juga menginginkan perkara yang sama ketika berkunjung ke kedai-kedai atau pusat beli-belah.

#2 – Kemahiran Sosial

kecewa
Istilah bahasa Melayu ialah berbasa-basi di takrifkan sebagai bersikap ramah dan berbual santai dengan orang yang belum dikenali.
Sebenarnya ramai peniaga sedar akan kepentingan kemahiran ini namun atas beberapa sebab seperti malas, tak ada masa nak bersembang dan sebagainya membuatkan ramai peniaga seperti singa lapar menanti mangsa masuk ke dalam sangkarnya.
Sikap tidak ramah dan keengganan berkomunikasi secara mesra dan santai memungkinkan pelanggan semakin menjauh daripada anda dan perniagaan yang di usahakan.
Contoh perbualan:
Ayat 1: Peniaga: “Kak Mah, apa khabar? Lama tak singgah di kedai? Pergi melancongkah?”
Ayat 2: Peniaga: “Ha, Kak Mah! Nak apa? Kalau sedikit sahaja barangnya, ambil sendiri ya?”.
Antara ayat 1 dan 2, yang mana satukah lebih mesra-telinga dan bernada mengalu-alukan? Gaya bahasa dan kemahiran berkomunikasi adalah elemen penting mengikat dan melariskan perniagaan.
Pernahkan anda singgah di mana-mana kedai makan yang makanannya biasa-biasa saja atau kedai runcit yang tidak menawarkan banyak pilihan barang mahupun kiosk atau lot kedai yang menjual barang-barang yang tinggi harganya namun tetap dikunjungi pelanggan saban waktu?
Tidak perlu berasa hairan, sebaliknya perhatikan sikap dan gaya peniaga atau jurujual di tempat-tempat tersebut. Mereka antara individu peniaga yang tidak lokek senyuman, tidak mudah mengeluh dan mesra-pelanggan.
SenyumMesra
Pelanggan lebih menghargai peniaga yang melayani mereka bak raja dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan mereka walau pelanggan tidak melakukan sebarang transaksi jual-beli.
Walau bagaimanapun, elakkan berlebih-lebihan. Bercakap dan berbual tentang perkara-perkara yang relevan dengan situasi semasa pelanggan. Perlu ada kemahiran ‘mentafsir’ “mood” bakal pelanggan juga.
Jika pelanggan kelihatan tergesa-gesa, elakkan daripada perbualan yang meleret, sebaliknya berikan sapaan mesra dan bantu mempermudah urusan mereka.
Hasil kajian dua orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai ‘faktor-faktor yang menyebabkan pengguna cenderung mengunjungi pasaraya: satu kajian kes di Kajang, Selangor’, disertakan kajian tentang kepuasan pelanggan terhadap layanan pekerja.
Ironinya, pasar-pasar besar seperti Tesco, Giant, Carrefour/Aeon Big mendapat peratusan tahap kepuasan pelanggan yang rendah. Keselesaan ruang premis dan tawaran pelbagai pilihan barang bukan faktor utama penentu kepuasan pelanggan. Sebaliknya, layanan daripada pekerja atau kakitangan lebih dititikberatkan pelanggan.

#3 – Senyum

Bahasa badan yang menterjemah kemesraan iaitu senyum. Namun, aspek ini sering dipandang enteng sebahagian peniaga dan usahawan. Pelaris perniagaan paling mudah dan tidak memerlukan sebarang kos melainkan gerakan otot muka.
Senyum suatu bentuk komunikasi bukan verbal yang mampu beri impak yang besar terhadap emosi pelanggan. Rata-rata pelanggan lebih suka akan peniaga yang mampu tersenyum walau di saat premisnya dikunjungi begitu ramai orang.
Senyuman yang diukir untuk setiap pelanggan lambang penghargaan secara peribadi, khusus untuk setiap seorang pelanggan yang menemui peniaga tersebut.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan sebagai manusia biasa, ada kala peniaga akan berasa sedikit hampa apabila senyuman tulus tidak berbalas. Pantas ingatkan diri, bahawa apa saja yang anda lakukan untuk pelanggan, adalah untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan, bukan mengharapkan balasan.
Perlu diingat bahawa tanggapan pertama (first impression) selalunya memberi impak jangka panjang kepada memori pengguna / pembeli dan tanggapan pertama itulah yang akan di ingat oleh pelanggan sampai bila-bila.
senyuman

#4 – Sentiasa Dengar Maklumbalas Pelanggan

Prihatin terhadap kepuasan pelanggan dengan menjadi pendengar yang baik. Mendengar secara terus mahupun menjalankan beberapa kaedah seperti tinjauan (survey) secara rawak atau menyediakan ruang khas untuk pelanggan meninggalkan testimoni.
Elakkan mendengar sambil lewa iaitu sekadar mengangguk-angguk dan menunjukkan hubungan mata belum tentu membuahkan rasa yakin pelanggan bahawa keluhannya di ambil peduli. Usahakan mencatat apa yang di beritahu pelanggan atau sediakan borang komplen dan tawarkan kepada pelanggan sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hati mereka.
Selain itu, kaedah-kaedah berikut juga boleh di aplikasikan dengan tujuan mengumpul maklumat kepuasan pelanggan iaitu:
  • Tinjauan
  • Kumpulan Fokus
  • Pemerhatian
  • Khidmat Pelanggan
  • Media Sosial
  • E-mel

#5 – Tindakan Susulan

Ambil inisiatif menggembirakan pelanggan dengan tindakan susulan. Sekiranya produk anda berkaitan servis, produk kesihatan atau keperluan asas lain seperti pakaian, tawarkan nombor ‘hotline’ premis atau syarikat anda.
Tindakan susulan merupakan satu isyarat peniaga benar-benar serius ambil berat akan kepuasan pelanggan-pelanggannya, apatah lagi buat pelanggan tetap kepada peniaga tersebut. Hubungi mereka selepas beberapa hari mereka membeli atau menggunakan produk anda.
layanan pelanggan
Bagi pengusaha yang mempunyai jumlah pelanggan yang ramai, gunakan kemudahan teknologi seperti SMS, e-mel dan media sosial untuk bertanyakan sebarang maklum balas daripada pelanggan anda.
Tawarkan jaminan pemulangan atau penukaran barang dan servis sekiranya berlaku kerosakan terhadap produk. Bantu pelanggan sekiranya mereka berdepan kesulitan menggunakan produk dengan betul
Sentiasa ulang tanya dan pastikan pelanggan tahu anda bersedia membantu mereka pada bila-bila masa.

‘Bersahabat’lah Dengan Pelanggan Anda

Keteguhan sesebuah perusahaan terutamanya yang berkaitan dengan produk fizikal dan servis secara dasarnya bergantung pada sejauh mana peniaga itu dapat mempertahankan pelanggannya.
Dalam iklim perniagaan yang semakin berkembang pesat, layanan terhadap pelanggan merupakan aspek penting dalam memastikan konsistensi perniagaan selain kualiti dan harga produk yang menarik.
Sentiasa berusaha menjalinkan hubungan dua hala peniaga-pelanggan yang akrab umpama sahabat baik. Sentiasa berfikiran kritis dan kreatif dalam menawarkan kelainan layanan perniagaan terhadap pelanggan anda.
Beri apa yang belum diperoleh pelanggan anda di premis perniagaan yang pernah mereka kunjungi. Untuk mengetahuinya, ketika inilah aspek berbual-bual dan tinjauan rawak memainkan peranannya. Mungkin peniaga boleh memberi hadiah kecil kepada pelanggan tetap, pelanggan baru mahupun pelanggan yang tidak berpuas hati dengan produk dan servis anda. Pelanggan akan berasa dihargai dan cuba untuk mencari sisi positif dan bermanfaat daripada perusahaan dan khidmat yang anda tawarkan.

Wednesday, 11 December 2013

Tingkatkan Prestasi Bisnes


Tingkatkan Prestasi Bisnes – Formula 3S



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang memberi peluang kepada saya untuk berkongsi penulisan di blog Majalah Niaga. Terima kasih kepada Majalah Niaga yang memberi peluang pada saya untuk berkongsi artikel di sini.
Saya telah memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2009. Pelbagai kenangan suka dan duka yang dialami sepanjang tempoh itu. Terlalu banyak yang saya pelajari dengan memerhati dan merenung perjalanan perniagaan saya dalam 3 tahun itu.
Dulu, di kala saya menceburi bisnes dropship di eBay, saya pernah menghadapi kerugian sehingga RM4,000. Tatkala itu saya tidak tahu kepada siapa harus saya minta pertolongan oleh sebab keuntungan yang sedia ada tidak melepasi kerugian yang saya hadapi.
Namun, saya bersyukur saya ada sahabat bisnes yang sangat membantu. Dia berpesan;
“Bukan kejayaan sahaja perlu dinikmati, kegagalan juga perlu dinikmati. Hadapi masalah dengan senyuman. Pasti tiap masalah ada penyelesaian”
Apabila dia berkata begitu, hati saya kembali reda daripada kegelisahan memikirkan cara untuk menyelesaikan kerugian itu. Ini turut ditekankan dalam surah Al Insyirah ayat 5-6;
“Sesungguhnya selepas kesukaran itu ada kemudahan.”

Senyum, Tidak Perlu Kata Apa-apa

tingkatkan-prestasi-bisnes
Senyum mampu mengubah emosi kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut ‘maklumbalas wajah’ (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa ‘pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi’.
Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman.
Apabila kita senyum, kita telah menyebarkan energi positif ke seluruh alam yang akan melipat kali gandakan perkara positif datang ke dalam hidup kita. Dalam dunia perniagaan, jika kita melakukan perniagaan offline, senyum sangat membantu untuk menarik pelanggan suka berbicara dengan kita.
Senyum adalah sedekah, senyum adalah pelaris jualan, senyum juga menunjukkan kemesraan. Walaupun seorang penjual itu tidak rupawan tetapi pasti pelanggan akan rasa senang hati apabila penjual itu melayannya dengan senyuman yang manis dan mesra. Ia akan membuatkan kita disenangi pelanggan.
Pernah suatu ketika, saya pergi ke Maybank untuk menyelesaikan satu urusan. Di kaunter, terdapat seorang kakak bertubuh sederhana sering tersenyum ketika melayan pelanggan. Walaupun dia tidak rupawan tetapi senyumannya menawan hati saya sehingga saya turut tersenyum apabila melihat dia senyum.

Syukur, Tadah Tangan Kepada Tuhan

Syukur adalah ‘booster’ kebahagiaan dan kejayaan seorang insan. Ia adalah tanda penghargaan seorang hamba kepada Sang Pencipta. Syukur tahap tertinggi bukan sahaja apabila memperoleh perkara positif tetapi  juga apabila mendapat perkara negatif.
Apa yang kita mahu tidak semestinya baik untuk kita sperti yang ditekankan dalam Al Quran;
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Al Baqarah: 216)
Walaupun saya telah lama berkecimpung dalam perniagaan Internet tetapi saya masih tidak mencapai sasaran yang saya impikan. Puas saya merenung mengapa ini berlaku, akhirnya saya mendapat hikmah di sebalik kegagalan yang saya hadapi.
Alhamdulillah kini saya mempunyai tim perniagaan internet yang sangat positif. Apabila saya melihat perkara ini, saya bersyukur Allah lambatkan kejayaan saya kerana Dia sebenarnya telah menyediakan sesuatu yang lebih baik.
Saya percaya, jemaah lebih baik daripada berseorangan. Dengan adanya tim seperti mereka, kejayaan sebuah perniagaan akan dapat dicapai dengan mudah dan cepat.

Sedekah, Jemput Rezeki Terus Daripada Tuhan

Memberi adalah kunci untuk menerima. Tanpa memberi kita tidak mempunyai hak untuk meminta dan akibatnya kita sukar untuk menerima. Memberi, meminta dan menerima ini adalah kunci kekayaan dan kejayaan dalam kehidupan.
“Jika kita ingin konsisten menerima, kita harus konsisten memberi”
Memberi bukan sahaja membuka jalan untuk kejayaan, malah memberi adalah sebuah pola fikir baru yang menjadi dasar kehidupan kita agar sentiasa berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain. Nikmatnya kita akan dapat 10 kali ganda daripada tiap harta yang kita kongsi.
Seandainya kita menunggu perniagaan kita maju terlebih dahulu untuk bersedekah, kita tidak akan pernah mempunyai kecukupan untuk bersedekah.
Orang yang mampu memberi adalah orang yang kaya. Mereka percaya pada hukum pembalasan 10 kali ganda dengan tiap rezeki yang mereka kongsi daripada perniagaan mereka.
Saya terinspirasi dengan kata-kata Puan Ainon ketika melawat kediaman beliau;
“Apabila kita banyak buat projek kebajikan, isu bisnes kita akan berkurangan”

Kata-kata inilah yang saya pegang yang memberi saya motivasi untuk berkongsi pendapatan yang saya peroleh daripada perniagaan saya. Hasilnya saya peroleh rezeki yang tidak putus-putus dan tidak disangka-sangka. Alhamdulillah.

Tuesday, 3 December 2013

Cara Mudah Menghargai & Dihargai Pelanggan

5 Tip Super Berkesan – Cara Mudah Menghargai & Dihargai Pelanggan



“Manusia sememangnya suka dihargai..”
Siapa yang tidak suka apabila diri kita diberi perhatian. Ia merupakan prinsip terpenting dalam setiap perkara. Anak-anak suka dihargai oleh ibunya. Ibu pula suka dihargai oleh anaknya. Suami juga suka dihargai oleh isterinya.
Beza Budaya
Begitu juga dalam bisnes, pelanggan juga amat suka apabila dihargai peniaga. Pekerja juga suka apabila dihargai majikan. Penghargaan juga adalah salah satu cara untuk bersyukur.
Namun, prinsip memberikan penghargaan kian pudar dilaksanakan dalam perniagaan dari hari ke hari. Ia terbukti dalam firman Allah,
“Sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.” (Surah Saba: 13)
Sedikit sekali orang yang menerapkan penghargaan dalam segenap kehidupannya. Oleh sebab itu, adalah penting, kita mula menerapkan penghargaan dalam bisnes.
Berikut antara 5 tips yang boleh anda guna pakai untuk menghargai para pelanggan anda:

#1 Sentiasa Ucapkan Terima Kasih

Walau ucapan terima kasih hanya ada 2 perkataan, ia tersirat penghargaan dari hati yang terdalam. Di samping itu, ucapan terima kasih mampu menjadi pelonjak semangat untuk para pekerja terus berkhidmat.
berjabat tangan
Kita boleh lihat pada pekerja yang membuka pintu di ruang utama di sebuah hotel. Ia bukanlah perkara yang mudah untuk mereka berdiri di depan pintu selama beberapa jam. Malah, ia adalah pekerjaan yang memenatkan.
Pasti mereka berasa dihargai apabila kita ucapkan terima kasih kepada mereka. Terutamanya jurutera kesihatan yang membungkus sampah dan mengemaskan pejabat kita. Ucapan terima kasih mampu menjadi penaik semangat kepada mereka untuk terus bekerja, kerana khidmat mereka dihargai majikan.
Oleh sebab itu, sebarkan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang sudi berurusan dengan kita, di samping pekerja yang sudi berkhidmat untuk uruskan bisnes kita.

#2 Sentiasa Murah Senyuman

“Smile change the beast to a prince.”
Itu adalah pepatah yang saya rumuskan. Ketika saya berkunjung ke pejabat Maybank untuk urusan peribadi, saya tertarik dengan seorang pekerja wanita bersaiz sederhana. Saya perhatikan cara beliau melayan pelanggan di kaunter.
Dana Ilmu
Walaupun beliau tidak rupawan, tetapi senyuman beliau sungguh menawan. Senyuman beliau buat saya mahu berurusan dengannya. Ia adalah akhlak bisnes berTuhan yang menerapkan penghargaan kepada orang lain.
Walau dalam situasi bagaimanapun, senyuman adalah penawar duka yang mampu menarik pelanggan. Hatta pelanggan tidak nampak kita, mereka pasti dapat mendengar daripada intonasi suara kita, apabila kita bercakap dengan mereka. Ia adalah kerana, apabila kita senyum, intonasi suara kita juga akan berubah, menjadi suara yang menceriakan.
Oleh sebab itu, adalah penting menjadi usahawan yang murah senyuman walaupun kita sedang bercakap dalam telefon, apetah lagi ketika berususan di depan pelanggan.

#3 Sentiasa Memberi Pujian

“Manusia suka dihargai dan dipuji.”
Saya pernah melihat satu video. Dalam video itu ada seorang lelaki yang suka memuji orang. Sebab utama mereka datang kepada beliau, adalah kerana ingin mendapatkan pujian daripada beliau. Mereka adalah golongan yang mempunyai keyakinan yang rendah, sentiasa dalam keadaan tertekan.
Namun, apabila mendapat pujian daripada beliau, keyakinan diri mereka meningkat. Mereka kembali ceria dan bertenaga setelah dipuji oleh individu itu. Ia menunjukkan, manusia suka apabila mereka dihargai dan dipuji.
Ia ibarat pengiktirafan daripada orang lain mengenai kebolehan kita. Contoh, majikan kita memuji bakat kepimpinan kita di hadapan kawan-kawan beliau, selama menguruskan syarikat beliau. Pasti kita merasakan diri kita mendapat penghormatan, daripada beliau terhadap kepimpinan kita. Ia akan meningkatkan keyakinan dalam diri kita untuk terus berkhidmat.
Oleh sebab itu, galakkan memberi pujian kepada pelanggan, pekerja dan sesiapa sahaja individu, yang membantu pengurusan bisnes kita.

#4 Sentiasa Bersyukur 

Apabila kita mula melibatkan diri dengan perniagaan, risiko adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan. Contoh, pendapatan yang kita peroleh tidak tetap. Adakalanya meningkat, adakalanya merundum.
sentiasa bersyukur
Saat pendapatan kita meningkat, hanya senyuman menjadi teman. Namun, ia berbeza apabila pendapatan kita mula merudum. Kita mula tidak tentu hala. Tekanan mula meresepi diri. Di kala itu, derasan rungutan bercambah dalam tiap bicara.
Ada orang yang peroleh RM10 tiap hari dan bersyukur, buat mereka peroleh RM100 tiap hari. Sebaliknya, ada orang yang peroleh RM100 tiap hari dan tidak bersyukur, buat mereka peroleh RM10 tiap hari.
Itulah kuasa bersyukur, ia ditekankan dalam firman Allah,
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu” (Surah Ibrahim: 7)
Semakin kita bersyukur dengan pendapatan yang Allah beri, semakin meningkat pendapatan yang kita jana.

#5 Sentiasa Meraikan Diri, Pelanggan Dan Pekerja

Adakalanya kita lupa untuk meraikan diri sendiri setelah bekerja keras untuk bisnes kita. Tanpa sedar, sudah bertahun kita tidak bercuti untuk memberi diri peluang, untuk berhibur dan berehat daripada perniagaan untuk seketika. Kita tidak memberi masa kepada diri untuk berehat.
menghargai pelanggan
Untuk meraikan diri dan pekerja, kita boleh tetapkan satu masa untuk kita bercuti ke tempat yang santai, dan menenangkan. Kita raikan segala kerja keras dan kejayan yang syarikat kita telah capai bersama pekerja kita. Ia akan meningkatkan momentum pekerja untuk setia berkhidmat dalam syarikat kita.
Bagi meraikan pelanggan, kita boleh mengadakan kupon diskaun, dan menganjurkan pertandingan dengan hadiah menarik. Di samping itu, digalakkan memberi hadiah istimewa kepada pelanggan setia yang sudah berurusan dengan kita dalam tempoh yang lama. Ini akan menguatkan hubungan usahawan dan pelanggan.

“Untuk dihargai, kita perlu belajar untuk menghargai..”
Dengan mengamalkan 5 tips memberikan penghargaan kepada para pelanggan anda, InsyaAllah, mereka rela menjadi pelanggan produk dan servis kita berkali-kali, kerana penghargaan yang kita beri kepada mereka.
Begitulah antara kelebihan jika kita memberikan penghargaan kepada para pelanggan kita. Kita bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, perniagaan kita juga akan lebih maju pada masa depan setelah kita dihargai para pelanggan kita hasil daripada sikap kita menghargai mereka tanpa jemu.

Usahawan Berjaya Tidak Memerlukan Pendidikan Formal?

Usahawan Berjaya Tidak Memerlukan Pendidikan Formal?



The Harvard Crimson menggelarkan beliau sebagai ‘Pelajar dropout yang paling berjaya di Harvard’. Manakala kebanyakan manusia di muka bumi ini sudah cukup mengenali jejaka berspek mata, dan kurang membazirkan masa dengan melepak ini sebagai individu terkaya di dunia, dengan memiliki aset sebanyak USD56 bilion pada tahun 2011.
bill gates - dropout yang berjaya
Ya, beliau adalah William Henry “Bill” Gates III, atau lebih mesra dengan panggilan Bill Gates. Jejaka yang lahir pada 28 Oktober 1955 ini merupakan pengasas syarikat Microsoft, yakni syarikat perisian komputer terkemuka di dunia.

Bagaimana pula di Malaysia? Khususnya orang Melayu yang beragama Islam? Adakah kita mempunyai individu yang memegang status seperti Bill Gates?
Sekiranya diukur dari segi jumlah aset, kita masih lagi jauh ketinggalan. Namun di Malaysia, nama Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary cukup dikenali sebagai anak Melayu yang mempunyai aset bernilai bilion ringgit.
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
Malah terdapat persamaan di antara mereka berdua. Persamaan yang menimbulkan konflik dalam masyarakat di seluruh dunia sehingga hari ini.
Kedua-dua individu ini tidak meneruskan pendidikan secara formal. Atau dalam bahasa mudahnya…
Dropout. (Tidak mempunyai sebarang ijazah pendidikan formal).

Kita Wajib Mencari Ilmu, Tetapi…

Perdebatan mengenai  isu individu yang tidak mempunyai kelulusan dari mana-mana universiti, tetapi mereka tetap berjaya mengubah dunia menjadi lebih baik menerusi bisnes dan sebagainya, adalah isu yang tidak akan tamat sehingga bila-bila.
Tetapi terdapat satu bukti kukuh yang dapat kita lihat di sini iaitu, ilmu itu tidak terhad pada kolej dan universiti.
Sebelum ini, minda kita ditekankan dengan slogan,
“Untuk berjaya, kita mesti belajar bersungguh-sungguh, kemudian masuk ke universiti yang bagus, dan carilah pekerjaan yang dapat menjamin masa hadapan.”
Tetapi sekiranya kita lihat situasi hari ini, slogan di atas sudah tidak relevan. Kerana ilmu itu sudah terbukti ada di mana-mana. Ia tidak terhad di institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Kerana untuk berjaya, bukan jenis kerja yang menentukannya.
graduasi universiti
Jawapan yang sebenar adalah… Sejauh mana kita percaya terhadap kejayaan yang ingin kita kecapi.
Sebagai contoh, dalam kes Bill Gates, beliau mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang tinggi, di mana perisian yang beliau sedang usahakan ketika itu (Microsoft) mampu mengubah dunia menjadi lebih baik.
Berbekalkan kepercayaan itu, Bill Gates mengambil keputusan untuk berhenti belajar di institusi pengajian tinggi, dan tidak mempedulikan tohmahan atau cacian yang dikeluarkan oleh pihak universiti, rakan-rakan mahupun keluarga.
Ini bermakna, kejayaan itu terletak pada sejauh mana kepercayaan kita. Sekiranya kita percaya ijazah universiti dapat menjamin kejayaan, maka itu adalah ketetapan kita sendiri.

Ilmu Berharga – Belajar Daripada Pengalaman Sendiri

“Dunia ini adalah sekolah kita.” – Marin H. Fischer
Ayat di atas menerangkan betapa pentingnya belajar menerusi pengalaman sendiri. Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan.
pengalaman sendiri adalah ilmu yang paling berharga
Persoalannya adalah, berapa ramai di antara kita yang belajar daripada kesilapan yang dilakukan, kemudian berazam untuk tidak melakukan kesilapan yang sama di masa akan datang?
Adakah kedua-dua individu (Bill Gates dan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary) di atas berjaya dalam percubaan kali pertama?
Jawapannya, tidak.
Mereka belajar daripada kesilapan yang dilakukan berkali-kali. Dengan mempelajari sesuatu daripada kesilapan, minda mereka akan lebih arif dan matang untuk membuat keputusan yang lebih baik.

Jangan Berhenti Belajar Kerana Terdorong Dengan Cerita Mereka

Benar, ada yang mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana terdorong dengan kisah-kisah kejayaan mereka ini.
Mereka berkata ayat di bawah pada diri sendiri, sewaktu membuat keputusan;
“Bill Gates, Steve Jobs, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary boleh berjaya tanpa pendidikan formal, mesti aku juga boleh berjaya!”
Hakikatnya, meniru orang semata-mata tanpa mempunyai pelan perancangan yang kukuh adalah perkara yang sia-sia. Sekiranya kita berfikiran seperti ini, maka peluang untuk kita bangkit daripada kegagalan yang bakal menimpa adalah rendah.
steve jobs
Bahkan, kita berkemungkinan besar akan berputus asa… Kemudian menyesal dengan keputusan untuk berhenti belajar. Ketika itu, setiap satu daripada penyesalan kita adalah sia-sia, kerana masa tidak boleh berputar kembali.
Rezeki manusia juga berbeza. Tidak semua manusia dilahirkan untuk menjadi individu yang memegang ijazah institusi pengajian tinggi. Ada dalam kalangan mereka juga yang berjaya dalam karier mereka, selepas tamat pengajian tinggi.
Tetapi apa yang cuba ditekankan di sini adalah…

Pendidikan Formal Adalah Salah Satu Alternatif Usahawan

Adakah kita mesti dropout untuk berjaya sebagai seorang usahawan?
Jawapannya, tidak.
Meskipun pendapat sebahagian besar usahawan menyatakan kita mesti mengorbankan sesuatu yang berharga, untuk mencapai matlamat yang bermakna. Pendapat ini tidak terhad kepada memilih untuk tidak menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.
Ia boleh dikaitkan dengan pengorbanan masa. Di mana pelajar itu harus mengorbankan masa untuk merancang bisnes mereka dengan lebih tersusun setiap hari, agar ia tidak mengganggu pelajaran mereka di kolej.

Fikir berkali-berkali terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang keputusan yang berisiko tinggi. Kerana ia bukan melibatkan diri kita sahaja. Ia akan melibatkan emosi keluarga kita, khususnya ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka memegang segulung ijazah.

Wednesday, 27 November 2013

5 Tokoh Pelabur yang Wajib Kita Kenal

5 Tokoh Pelabur yang Wajib Kita Kenal


Ramai orang ada salah faham mengenai pasaran saham.
tokoh-pelabur-saham
Pasaran saham bukan sekadar untung turun naik harga. Ia sebenarnya adalah tempat di mana pemilikan sesuatu syarikat dijual beli dengan mudah. Disebalik saham-saham yang dijual beli ada bisnes yang sebenar.

Jadi pasaran saham bukan pasaran judi.
Pasaran saham bukan tempat untuk dapat untung besar dalam tempoh singkat.
Syarikat yang terlibat bisnes haram, maka sahamnya jadi tidak patuh Shariah.
Cara yang paling baik untuk buat untung secara konsisten adalah dengan memahami dunia bisnes itu sendiri.

5 Tokoh Besar Pelabur Saham

Saya ingin memperkenalkan 5 tokoh besar dalam dunia ini. Walaupun barangkali kita belum terlibat lagi dengan pasaran saham, namun apa yang mereka buat, tulis dan cakap banyak yang relevan kepada apa jua bentuk pasaran.
#5 – Peter Lynch
Peter Lynch menguruskan Magellan Fund dari 1977 – 1990. Secara purata pulangan dana tersebut memberikan pulangan 29.2% setahun.
tokoh-pelabur-saham-2
Prinsip pelaburannya mudah,
“Melaburlah dalam sesuatu yang kita tahu.”
Beliau mempunyai 3 buah buku bertajuk:
  1. One Up on Wall Street,
  2. Beating the Street dan,
  3. Learn to Earn.
#4 – John C Bogle
Beliau merupakan pengasas Vanguard Group yang terkenal dengan index fund yang berkos rendah.
John Bogle, founder of The Vanguard Group, talks during an interview at The Associated Press on Tuesday, May 20, 2008 in New York. (AP Photo/Mark Lennihan)
Prinsip pelaburannya adalah:
“If you can’t beat the market, buy the market.”
Tuan Bogle menulis sebuah buku yang bertajuk Common Sense on Mutual Funds: New Imperatives for the Intelligent Investor.
Strategi pelaburan indeks merupakan strategi paling sesuai bagi kebanyakan orang termasuklah di Malaysia kerana kita cuma perlu ‘buy the market’.
#3 – Philip A Fisher
Terkenal menerusi buku bertajuk Common Stocks and Uncommon Profits. Beliau mempunyai 15 kriteria untuk membeli sesuatu syarikat dan dikenali sebagai antara pengasas strategi growth investing.
tokoh-pelabur-saham-3
Beliau membeli saham Motorola pada 1955 dan tidak menjualnya sehinggal meninggal dunia pada 2004.
#2 – Warren Buffett
Pelabur paling kaya di dunia hari ini, Beliau menggabungkan kaedah Philip A Fisher dan Benjamin Graham. Tuan Buffett tidak pernah menulis buku melainkan Letters to Shareholder kepada semua pemegang saham Berkhsire Hathaway.
tokoh-pelabur-saham-4
Surat tersebut mengandungi banyak ilmu pelaburan dan ianya adalah percuma untuk kita baca menerusi laman web.
Hidupnya simpel. Walaupun mempunyai kekayaan sekitar USD45 billion, beliau cuma mengambil USD100,000 gaji setahun, masih tinggal di rumah 5 bilik yang dibelinya pada 1957 di Omaha, Nebraska dan selepas mati akan mendermakan 99% hartanya kepada Gates Foundation.
#1 – Benjamin Graham
Sifu kepada Warren Buffet. Buku beliau yang patut kita miliki adalah ‘The Intelligent Investor.” Sebuah lagi buku adalah ‘The Security Analysis’ tapi ia adalah lebih teknikal bahasanya.
11 Mar 1955, Washington, DC, USA --- Benjamin Graham (L), head of an investment fund and part-time finance professor at Columbia University, and General R.E.Wood, an official of Sears, Roebuck and Co., as they appeared at the Senate Banking Committee's Stock Market investigation today. Graham suggested that trading be put on an all-cash basis if stock prices continue to rise. Wood, who heads Sears' employee pension fund, said he is not buying stocks with the money because of fears that the market is too high. --- Image by © Bettmann/CORBIS

Pengasas prinsip Value Investing. Memperkenalkan prinsip instrinsic value, margin of safety, Mr. Market dan perbezaan antara aktiviti pelaburan dengan aktiviti spekulasi.

The stock investor is neither right nor wrong because others agreed or disagreed with him; he is right because his facts and analysis are right.”

Mistik Kekayaan

Mistik Kekayaan – 

Mesti ‘Buy Low Sell High’ Tetapi…


Chains of habit are too light to be felt until they are too heavy to be broken. – Warren Buffett
mistik-kekayaan-buy-low-sell-high
“Pakdi, kenapa asyik sentiasa cakap pasal menyimpan?”
“Sampai bila kena menyimpan?
“Apalah Pakdi tu, patut suruh orang tambah duit, berniaga dan melabur. Ini suruh berjimatlah, menyimpanlah. Mana boleh jadi kaya dengan cara macam tu.”
Semua orang tahu solat itu tiang agama.
Realitinya berapa ramai yang menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam?
Kalau kita belajar dengan mana-mana ustaz sekalipun pasti mereka berkata, “Siapa tidak bersolat tidak dapat masuk syurga.”
Semua orang tahu.

Sedikit Tapi Sukar

Tahukah kita sekiranya 25 minit digunakan untuk bersolat 5 waktu, kita cuma menggunakan 1.8% dari 24 jam sehari. Banyak lagi masa kita guna untuk tidur. Mesyuarat kita di pejabat lebih panjang. Menonton wayang yang kita suka tidak terasa 3 jam berlalu.
Walaupun perlu masa cuma 1.8% solat adalah berat bagi mereka yang tidak sempurna imannya.
Nabi Muhammad saw mengajar umatnya bersolat dari usia 7 tahun. Masuk usia 10 tahun, tidak bersolat maka ibu bapa dibenarkan memukul anak tersebut. Disiplin.
Malah, Allah suka kita yang bersolat dan mengingati diri-Nya ketika orang lain lupa. Seperti solat dhuha ketika orang lain sibuk di tempat kerja, berdoa & berselawat ketika masuk ke pasar ketika orang lain sibuk berniaga dan solat malam ketika orang lain lena tidur.
Rezeki berganda-ganda kepada mereka yang mengamalkannya.

Dapat, Simpan, Belanja.

Nabi Yusuf sebut, “Apa yang kamu tuai hendaklah disimpan bersama tangkainya, selebihnya baru makan.”
Kenapa kena simpan?
Nabi Yusof menjawab lagi, “Untuk bersedia pada zaman susah dan sebagai modal untuk menanam benih baru selepas habis masa susah.”
Ini adalah prinsip kewangan Islami yang Allah rakamkan dalam surah Yusuf 47 – 49. Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

Kenapa Kena menyimpan?

Menyimpan RM100 sebulan, atau cari cara jimat RM100 sebulan untuk membolehkan kita mula menyimpan. Lepas setahun baru ada RM 1,200.
mistik-kekayaan-buy-low-sell-high-1
Aduh, lambatnya.
“Sebab itu Kiyosaki cakap savers is loser. Engkau susah-susah menyimpan buat apa. Menyimpan tidak akan buat engkau jadi kaya. Mari buat duit dengan skim aku. Jika tiada duit, engkau boleh buat personal loan.”
Menyimpan adalah sebahagian dari proses jadi kaya. Malah betul, menyimpan semata-mata tidak jadikan kita kaya. Seorang anak kecil perlu melalui proses merangkak sebelum pandai berjalan. Kajian terkini menunjukkan anak kecil yang tidak melalui proses merangkak, berpotensi mempunyai masalah tertentu berbanding anak yang merangkak terlebih dahulu.
Saya ulang, lebih berpotensi tetapi tidak semestinya berlaku.
Dari sudut pengurusan kewangan, menyimpan mendidik, mengajar dan mentarbiyyah diri kita menjadi penyabar serta berdisiplin. Maksudnya, orang yang menyimpan lebih berpotensi untuk jadi kaya berbanding orang yang tidak menyimpan.
Sebabnya ada juga orang yang tidak suka menyimpan jadi kaya raya. Antaranya, dia ada ada bisnes sendiri dan pendapatannya lebih daripada cukup. Atau, keluarganya kaya makan tujuh keturunan tidak habis. Atau dapat rezeki terpijak seperti berkahwin dengan anak raja dan orang kaya.

Bila Masa yang Sesuai Untuk Melabur?

The best time to invest is when you have money – John Templeton.
Hari ini barangkali kita dapat membuat pembiayaan peribadi dengan bank untuk melabur. Tunjuk slip gaji terus dapat RM48,763. Berbanding simpan RM100 sebulan selepas setahun baru dapat RM 1,200.
Namun, saya suka jika kita tetap menyimpan terlebih dahulu walaupun cuma RM50 sebulan. Jadikan menyimpan itu sebagai habit. Pastikan sampai kita tidak lagi merasakan menyimpan itu satu beban walaupun sudah menyimpan 30% daripada gaji.
Sekiranya kita tidak bersabar dan berdisiplin untuk menyimpan kita tidak dapat jadi pelabur hensem yang baik. Sekiranya menyimpan itu sukar, melabur itu adalah lebih sukar.
Jangan merendah-rendahkan kepentingan sabar & disiplin dalam melabur.
Jika tidak, kita pasti tidak dapat membuat cara buat untung dalam pelaburan yang satu dunia tahu tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya.
“Buy low sell high.”

Monday, 25 November 2013

Usahawan Sukses

Usahawan Sukses – Semakin Takut, Semakin Lingkup



Kategori: Motivasi / Pembangunan Diri
“Saya minat untuk berniaga, tetapi saya takut kepada risiko.”
Dialog ini biasa disebut-sebut oleh golongan bakal usahawan yang mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan. Risiko adalah satu daripada tekanan yang dapat membuatkan bakal usahawan mengangkat bendera putih sebelum bermula.
Menurut jurulatih kejayaan dan penulis buku Secrets of Millionaire Mind, T. Harv Eker,
“Setiap individu kaya dan berjaya mempunyai ketakutan. Namun apa yang membezakan diri mereka dengan orang lain adalah, mereka tidak membiarkan perasaan takut itu menguasai diri mereka.”
Kenyataan ini ada kebenarannya. Setiap manusia dikurniakan dengan pelbagai jenis perasaan, termasuk perasaan takut untuk melakukan sesuatu. Namun begitu, terdapat teknik yang dapat mendorong kita untuk bertindak dan memusnahkan perasaan takut.

3 Resepi Ghaibkan Rasa Takut

#1 – Tolak Rakan Negatif Ke Tepi
Tip yang pertama adalah berkawan dengan golongan usahawan. Rakan-rakan usahawan ini dapat membantu kita dari segi perkongsian ilmu perniagaan yang dapat melenyapkan satu demi satu kekeliruan dan ketakutan untuk memulakan perniagaan.
Menurut pakar psikologi, manusia mempunyai perasaan takut kerana mereka memperoleh jawapan bagi masalah yang dihadapi. Justeru itu, apabila berjumpa dengan golongan usahawan, sediakan soalan-soalan yang dapat membantu menyelesaikan masalah kita.
#2 – Terima Kasih Kerana Berkongsi
Ini adalah teknik untuk menjinakkan minda apabila diselebungi oleh perasaan takut. Dalam seminar anjuran T. Harv Eker, beliau menggunakan pendekatan tame the cobra.
Tekniknya adalah seperti berikut:
“Apabila minda kita berkata, ‘Saya tidak boleh’, terus beritahu kepada minda, ‘Terima kasih kerana berkongsi.’ Kemudian terus bertindak. Kita akan perasan minda negatif ghaib serta merta.”
#3 – Sumbat Diri Ke Dalam Majlis Ilmu
“Semakin banyak kita belajar ilmu perniagaan, semakin besar potensi kita untuk menjadi usahawan berjaya.” – Azizan Osman.
Ilmu adalah jalan penyelesaian berkesan untuk memusnahkan perasaan takut melakukan perniagaan. Untuk menuntut ilmu, terdapat beberapa prinsip penting supaya kita dapat serap ilmu yang berkualiti sahaja.
  1. Kenali pakar dalam bidang perniagaan – Pakar bermaksud mereka yang sudah berjaya membangunkan perniagaan.
  2. Bayar, bukan percuma – Menyertainya majlis ilmu secara percuma merendahkan momentum kita untuk belajar selepas menuntut ilmu.
  3. Catat dan buat – Catat segala maklumat penting berkaitan dengan ilmu yang dikongsikan. Nota catatan itu dapat membunuh ketakutan dalam minda kita untuk memulakan perniagaan.

TABIAT KEWANGAN SAYA

Mana Satu Tabiat Kewangan Saya?



Kategori: Pengurusan kewangan
 
Alhamdulillah bertemu kita lagi di Majalah Niaga, majalah dalam talian pilihan terbaik anda. Di kesempatan yang lalu kita sama-sama telah berkongsi beberapa asas penguasaan kewangan peribadi anda
Terutamanya tentang simpanan ideal, iaitu 20% daripada pendapatan anda dalam artikel yang lalu.

Sebelum saya lanjutkan perbincangan kita lebih spesifik dengan lebih banyak angka-angka peratusan, kali ini mari kita isytiharkan kategori diri kita bersama-sama.
Di akhir tulisan ini anda dapat mengenal pasti apakah kategori diri anda berkaitan kewangan, dan bagaimana ia dapat membantu tindakan tuan-puan selepas ini.

Buang Dahulu Ego

Tahukah tuan, ramai yang tidak ‘sedar’ yang dia itu terlalu kurus, terlalu comot, terlalu besar sehinggalah dia sendiri yang mengakui “Oh, kurusnya aku!”.
Ini kerana manusia tidak dapat lari daripada sifat semulajadi yang dinamakan sindrom penafian. Dalam perkataan yang lebih ringkas ianya cuma seringkas tiga huruf; EGO.
Baiklah tuan, kerana ego tuan tidak dapat membayar hutang kad kredit yang sudah mencapai 5 angka, ataupun tidak dapat membersihkan nama buruk tuan dalam senarai CCRIS. Malah ego juga tidak dapat membayar bil pembentungan rumah tuan.
Maka buanglah ia sekarang sebelum meneruskan pembacaan tuan. Ya, buangnya jauh sekarang.
Sudah?

Bagus, Alhamdulillah.
Ada empat (4) kategori tabiat manusia berkaitan kewangan. Seperti saya, tuan akan mendapati salah satu kategori ini akan lebih dominan berbanding kategori yang lain. Maka, jangan toleh lagi ego yang sudah dibuang tadi, kita teruskan membaca sekarang.

Kategori #1 – Penyimpan

Mungkin ramai juga yang perasan yang dirinya dalam kategori ini. Mereka yang di dalam kategori ini tidak semestinya mempunyai simpanan yang banyak, tetapi dia semestinya sukar mahu berbelanja.
Contohnya, untuk satu pembelian yang mudah, dia akan berfikir berpuluh kali bukan kerana mahu membanding harga, tetapi untuk menyediakan alasan penolakan untuk memilih supaya tidak membeli. Memilih menu makanan di kedai makan contohnya; sangat sukar.

Selain itu, Si Jimat ini tidak suka sangat berlabur kerana padanya lebih baik menyimpan. Kadangkala mereka yang berada di dalam kategori ini bersifat sangat bertanggungjawab.
Mungkin kerana latarbelakang keluarganya, anak sulung, kakak atau sebagainya. Pada mereka, lebih baik duit yang mereka ada dapat dimanfaatkan untuk kebaikan keluarga, adik beradik, ibu bapa dari dibazirkan tidak tentu hala.
Lebih baik disimpan.

Kategori #2 – Pemboros

Ramai senyum apabila kategori ini diumumkan. Saya yakin tidak perlu huraian panjang lebar untuk menjelaskan kategori ini. Orang kata,
‘Tepuk dada, tanyalah kad ATM’
Ini kerana, mereka akan kerap ke mesin ATM kerana banyak pembelian tidak dirancang berlaku. Ataupun tanyalah ‘kad kredit’ mereka, kerana merekalah (kad kredit) adalah saksi utama kejadian.
Biasanya mereka yang di dalam kategori ini disenangi rakan-rakan, bukan kerana baik sopan tutur kata, tetapi kerana mudah mendapat tempias dibelanja. Pantang ada duit lebih sedikit sahaja skrip ini akan kedengaran bila keluar bersama mereka: “Tidak mengapa, biar aku bayarkan.”
Mereka yang berada di dalam kategori ini akan mendapati yang mereka sudah banyak kali terlanjur membeli banyak benda, yang akhirnya tidak digunakan langsung ataupun terlalu sedikit digunakan.
Tidak percaya, cuba perhatikan almari baju anda. Teliti juga rak-rak di dapur anda. Juga lihatlah di laci-laci pejabat anda. Ataupun lihatlah sekitar di ruang simpanan kereta anda. Selain kerana ia adalah belian spontan, ia juga adalah kesan kejayaan para pengiklan di media.

Kategori #3 – Tidak Peduli

Perkataan yang biasa kedengaran daripada mereka yang berada dalam kategori ini ialah:
  • “Nantilah”,
  • “Tidak mengapa”,
  • “Tidak kisah” dan
  • “Sayang, mana bil elektrik rumah ini, sudah lama abang tidak nampak.”
Mereka yang berada dalam kategori ini biasanya tegar menangguh perkara berkaitan kewangan. Biasanya melibatkan bayaran ansuran, bil dan yang melibatkan rutin seperti menghidupkan lesen memandu dan sewaktu dengannya.

Mereka sangat gemar membuat bayaran apabila perkhidmatan itu diputuskan. Contohnya bil Astro dan talian telco. Malah mereka tidak pernah mempedulikan bil, sehingga mereka tidak pernah membuka pun bil-bil tertentu yang sudah diketahui isi perutnya.
Malah lebih ekstrem selagi tiada perintah mahkamah, ataupun ugutan dari surat peguam mereka tidak terlintas pun membayar ansuran berkenaan.
Dan lebih menghairankan lagi, mereka tidak sedar pun bila mereka menyimpan ataupun bila mereka berbelanja.
Tahu-tahu sahaja duit sudah habis dibelanja.

Kategori #4 – Sami

tabiat kewangan
Mereka yang di dalam kategori ini tidaklah bermaksud mereka yang hari-hari ke tempat kerja berkaki ayam, memakai kain lilit badan dan membawa tasbih besar.
Skrip pilihan mereka yang berada di kategori ini ialah:
  • “Ini dunia semata-mata”,
  • “Bukannya boleh bawa masuk kubur’,
  • “Susah hendak jawab dengan malaikat nanti kalau banyak sangat duit” dan
  • “Kalau kaya tidak bahagia pun tidak berguna juga”.
Mereka yang berada di dalam kategori ini cepat membezakan ini dunia dan ini akhirat. Mereka cenderung untuk tidak melibatkan diri dalam hal ehwal kewangan kerana menganggap mereka kurang beragama, atau kurang soleh, atau kurang iman, atau kurang baik jika terlalu banyak mengurus atau mengambil tahu urusan kewangan.

Mereka rasa bahagia dan sempurna jika langsung tidak berurusan dengan duit.
Nah, itu dia empat (4) kategori tabiat manusia tentang kewangan. Dari empat pilihan, pilih dua yang hampir dengan diri anda. Sekarang ambil masa, tarik nafas perlahan-lahan, nilai secara adil, pilih satu yang lebih dominan dengan diri anda.
Tidak mengapa jika anda boros, ramai juga yang boros sedang tersenyum di luar sana. Tidak mengapa jika anda sami, kerana ia tidak melibatkan akidah, ia hanya satu cara muhasabah diri berkaitan kewangan.
Baik, sekarang isytiharkan diri anda.
Saya bernama _________________________. Tabiat kewangan saya ialah _______________________.
Lega bukan? Alhamdulillah.
Persoalannya, apa perlu saya isytiharkan diri sebegini?
Ini kerana ketahuilah tabiat itulah yang selama ini mengawal rasional tuan di dalam membuat keputusan kewangan.
Ini kerana tuan akan mendapati yang tuan perlahan-lahan menjadi sama 100% atau sebaliknya 100% dari ayah dan ibu tuan-tuan.
Ini kerana jika tuan mendapati tabiat sedia ada tuan merugikan, tuan boleh pilih untuk membiasakan diri dengan tabiat yang lebih baik dan menguntungkan masa depan tuan.
Ini ironinya tuan, hayati ayat-ayat akhir artikel ini.

Transformasi Tabiat Kewangan Hari Ini

Jika tuan mendapati tuan ialah penjimat, tuan menyedari sendiri alangkah baik jika tuan boleh sedikit berbelanja bagi berhibur dan menghargai diri sendiri.
Jika tuan ialah pemboros, tuan akan menyedari alangkah baiknya jika tuan dapat beringat sedikit, dan menyimpan untuk kehidupan masa hadapan serta demi kelapangan fikiran tuan sendiri.

Jika tuan jenis yang tidak peduli, tuan akan menyedari alangkah baiknya jika tuan dapat menyimpan, dan berbelanja dengan teratur dan sistematik demi kehidupan yang lebih realisitik.
Jika tuan seorang sami, tuan akan mendapati alangkah baiknya jika tuan dapat mengerjakan haji lebih awal dan membuat wakafan seperti yang digalakkan. Hanya jika tuan tahu bagaimana untuk menyimpan dan menggandakan pendapatan yang ada.
Pasti ada caranya. Ada dikalangan mereka di luar sana yang boleh menyimpan dalam masa yang sama berbelanja dengan bebas, berbelanja dalam masa yang sama beramal.
Itulah yang Allah beritahu kita dalam ayatnya Az-Zumar 39:9;

“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.

Thursday, 14 November 2013

Dari Bilik Tidur Kepada Pejabat Kecil

Dari Bilik Tidur Kepada Pejabat Kecil

Kebanyakan pelajar IPTA yang menjadi usahawan berjaya mula berkembang menerusi cara ini. Dalam masa 2 hingga 3 tahun, bisnes mereka sudah semakin stabil. Sekurang-kurangnya mampu memberikan pendapatan bulanan 4 angka kepada mereka.
Apabila sampai ke tahap ini, jangan cepat berpuas hati. Keinginan membuak-membuak untuk memiliki kereta mewah, gajet canggih atau membeli pakej pelancongan eksklusif ke luar negara harus ditangguhkan terlebih dahulu.
Sebaik-baiknya, gunakan keuntungan yang diperolehi untuk kembangkan lagi bisnes tersebut. Pelbagaikan produk atau tambahkan lagi saluran pemasaran. Menahan nafsu terhadap simbol-simbol kekayaan adalah cabaran paling besar kepada pengusaha bisnes muda yang sudah mula berjinak-jinak dengan duit banyak.
Usaha seterusnya ialah dengan menaik taraf daripada bisnes keseorangan, menjadi sebuah organisasi kecil dengan cara memilih individu sesuai untuk dijadikan rakan kongsi. Selepas memilih rakan kongsi, usahakan pula untuk belajar mengagihkan kerja kepada staf supaya tidak lagi menghabiskan masa membuat kerja-kerja teknikal. Bisnes boleh berkembang dengan pantas apabila operasi bisnes itu tidak lagi diuruskan secara ‘one man show.’

Daripada ulasan kami di atas, golongan muda terutamanya yang masih menuntut di IPTA boleh belajar bagaimana membina bisnes kecil-kecilan sehingga sedikit demi sedikit menjadi besar. Daripada beroperasi di bilik tidur, ia berkembang menjadi satu organisasi kecil yang memiliki staf dan pejabat. Selamat berusaha!

Penyelesaian Isu Kekurangan Modal

Kedua-dua kategori ini mempunyai isu yang sama – tidak ada modal mencukupi untuk kos pemasaran.
Apakah solusi untuk mengatasi isu ini?
Solusi untuk golongan kategori A:
Cari 5 hingga 10 orang bakal pelanggan dan tawarkan servis percuma kepada mereka. Usahakan untuk beri servis terbaik.
Apabila -pelanggan-pelanggan awal ini berpuas hati, mereka akan berfungsi sebagai ejen tidak rasmi yang akan mempromosikan servis anda. Bermula dari situ, pelanggan semakin bertambah dan duit poket kita menebal sedikit demi sedikit
Solusi untuk golongan kategori B:
Apabila tidak mempunyai kemahiran teknikal, diri sendiri boleh menjadi orang tengah mempromosi servis yang ditawarkan oleh golongan kategori A tadi. Contohnya, kos untuk satu tugasan fotografi ialah RM 500. Promosikan dengan harga RM 600 dan lebihan RM 100 itu sebagai komisen.
Selain itu, anda juga boleh menjadi orang tengah dengan cara menjadi ejen menjual produk fizikal seperti pakaian lelaki, busana muslimah, tudung, produk kecantikan, kerepek, aksesori lelaki dan wanita dan lain-lain.
Apabila ada sedikit keuntungan, laburkan balik untuk belajar ilmu-ilmu pengurusan bisnes, pemasaran dan jualan. Contohnya anda boleh sertai seminar yang dianjurkan oleh pakar bisnes dan pemasaran. Selain itu, anda juga disaran untuk membeli buku, e-book, DVD berkaitan perniagaan dan pemasaran.
Di peringkat awal, utamakan strategi pemasaran melalui Internet berbanding pemasaran konvensional kerana kosnya lebih jimat, sasaran pelanggan lebih spesifik dan lebih mudah diautomasikan.
Ilmu dan skil yang dipelajari boleh terus dipraktiskan untuk meningkatkan keuntungan bisnes sedia ada.
tirisan perbelanjaan

CABARAN BISNES DI USIA MUDA

Menurut laporan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), hanya 2.4% graduan memilih untuk menjadi usahawan selepas keluar dari universiti. Majoriti yang menjadi usahawan ini ialah mereka yang sudah pun belajar selok belok bisnes dan mengusahakannya sejak di bangku universiti.
Apabila tamat belajar, bisnes mereka sudah dapat memberikan pulangan lumayan menyebabkan mereka tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Lazimnya, pendapatan bulanan mereka lebih tinggi daripada jumlah gaji yang ditawarkan kepada graduan baru.
Semasa dijemput memberikan ceramah keusahawanan di salah sebuah IPTA, Tim Majalah Niaga pernah diajukan soalan ini daripada salah seorang pelajar, ” Tuan, jika semua mahu berniaga, siapa pula yang mahu makan gaji?”
Sebenarnya, apabila melihat peratusan graduan baru menjadi usahawan hanya 2.4%, kita sudah dapat mengetahui ‘planet’ mana yang masih luas untuk diceburi dan ‘planet’ mana yang sudah hampir tepu untuk dimasuki. Hampir 98% memilih untuk makan gaji. Ini bermakna, berlaku lambakan serius di ‘planet makan gaji’ menyebabkan pasaran kerja tidak dapat menampung semua golongan pencari kerja.
Ini dibuktikan dengan laporan daripada Kementerian Sumber Manusia yang mencatatkan jumlah pengangguran sebanyak 411, 400 orang sehingga Ogos 2013.
Soalan yang lebih wajar ditanya ialah, “Jika hampir 98% memilih makan gaji, siapa pula mahu berniaga?” Lebih tinggi peratusan menjadi usahawan, lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran.
siswa
Namun, memulakan bisnes sendiri di usia muda tambahan pula ketika masih menuntut di universiti tidak semudah yang disangka. Pengalaman Tim Majalah Niaga terlibat dengan program keusahawanan IPTA dan IPTS seluruh negara membolehkan kami menghuraikan isu bisnes di kalangan pelajar. Antara soalan yang kerap ditanya mereka ialah…
“Apakah langkah awal untuk memulakan bisnes dengan keadaan kami kekurangan modal?”
Soalan ini ialah soalan paling popular. Kami membuat kesimpulan, majoriti golongan muda di IPTA yang ingin memulakan bisnes sendiri terbahagi kepada dua kategori.
Kategori A: Memiliki kemahiran teknikal. Contohnya juru foto, pereka laman web, pereka grafik, melukis kartun atau baik pulih komputer.
Kategori B: Tidak memiliki kemahiran teknikal seperti di atas. Majoriti berada di dalam kategori ini.

Tuesday, 29 October 2013

Asas Pemasaran berkesan

ASAS PEMASARAN BERKESAN

1. Rancang dan laksanakan pemasaran dengan berkesan. Sentiasa tekun mendekati prospek pasaran dengan apa jua cara dan berusaha menguasai pasaran tanpa mudah berputus asa. Jangan menidakkan kehendak pelanggan, selagi praktikal dan selagi mampu.


2. Uruskan rekod yang sistematik. Maklumat pelanggan perlu dikemaskini dan disusun supaya mudah dicari dan dikenal pasti untuk kegunaan seluruh organisasi.


3. Dapatkan “referrals” atau perkenalan melalui pelanggan. Pelanggan anda boleh menjadi saluran pemasaran tidak langsung yang amat berkesan. Layanlah pelanggan anda dengan baik supaya pelanggan anda akan “membawa mulut” dan menyebar maklumat dan mengembangkan perniagaan anda.


4. Anda sendiri menggunakan produk anda. Anda harus menggunakan produk yang akan anda pasarkan supaya anda lebih yakin dan dapat memahami lebih banyak kebaikan produk tersebut. Ini memudahkan anda meyakinkan pelanggan.


5. Perkayakan pengetahuan anda tentang produk. Sentiasalah membaca semua maklumat berkenaan produk serta mengikuti sebanyak mungkin seminar atau sesi penerangan yang berkaitan.


6. Sediakan bahan persembahan produk. Anda perlu menyediakan segala kemudahan untuk tujuan persembahan, termasuklah testimonial dan potongan akhbar jika ada.


7. Sediakan senarai nama bakal pelanggan. Cuba dapatkan sebanyak mungkin nama-nama pelanggan dan tentukan alamat dan nombor telefon mereka dicatat dan disimpan dengan baik.


8. Usahakan perjumpaan dengan pelanggan. Buat appointment dengan semua bakal pelanggan dan berjumpa mereka di masa yang ditetapkan.


9. Seboleh-bolehnya dapatkan jualan tunai. Tetapkan matlamat untuk uruskan jualan anda secara tunai.



10. Tumpukan perbincangan kepada hal-hal perniagaan. Matlamat perbincangan anda hendaklah tertumpu kepada usaha menarik perhatian pelanggan terhadap produk atau khidmat anda dan akhirnya berlaku penjualan. Elakkan membincangkan hal-hal peribadi atau membuat perbincangan rambang.


11. Bersikap yakin diri. Bayangkan diri anda adalah yang terbaik di dalam bidang anda kerana sifat yakin diri ini merupakan pendorong motivasi utama yang sangat berkesan.


12. Biasakan diri dengan percakapan positif. Latih diri untuk sentiasa melahirkan kata-kata yang positif. Seboleh-bolehnya, buat latihan ini di hadapan cermin.


13. Serius dalam membuat keputusan. Selalulah membuat keputusan dengan serius, kerana keputusan yang serius akan melahirkan komitmen yang tinggi dan mendorong anda mengubah masa depan anda.


14. Kenal pasti kelemahan teknik jualan. Kelemahan dan kekurangan kemahiran di dalam jualan perlu dikenal pasti. Ambil tindakan atau buat rancangan bagi menutup kelemahan dan kekurangan itu.

15. Jaga kesihatan diri. Anda memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja keras, berkejar ke sana sini untuk menemui pelanggan dan pembekal.


16. Gunakan kata-kata yang dapat ‘menjual’. Contoh: anda/ kamu, sihat, wang, mudah, percuma, ya / betul, pantas / cepat, berfaedah, banyak manfaat, gembira
/ seronok, terbukti, selamat, jimat, baru, selesai, sayang, cantik, lawa, tahan lama.

Wednesday, 23 October 2013

Motivasi Usahawan

Motivasi Usahawan:

Tiada manusia siuman yang hanya akan memulakan perjalanan setelah semua lampu isyarat sepanjang jalan yang akan dilaluinya hingga ke destinasi dalam keadaan hijau.

Dalam perniagaan, mulakan dengan apa yang ada.

Jangan tunggu semuanya telah bersedia barulah ingin bermula.

Selamat berniaga.

Tuesday, 22 October 2013

Asas perakaunan untuk sme dan iks

Asas perakaunan untuk sme dan iks

Akaun bisnes kecil cara mudah

Ramai usahawan baru atau pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak dengan bisnes part-time, menghubungi saya untuk bertanya mengenai bagaimana menyimpan akaun perniagaan. Mereka ini terdiri daripada peniaga kecil yang berniaga produk-produk seperti cupcake, pakaian bayi, tudung, aksesori wanita, secara kecil-kecilan sama ada online atau offline.
Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana anda semua berani menceburkan diri ke alam perniagaan. Bukan senang nak buat perniagaan walaupun kecil. Saya menyokong niat suci anda dan mendoakan perniagaan anda berjaya.
Saya ingin menceritakan di sini bahawa penyimpanan rekod dan akaun perniagaan adalah suatu yang mudah. Tak perlu lah anda risau melampau takut diaudit oleh LHDN atau pening kepala kerana tak pandai buat akaun. Menyimpan akaun ini boleh dilakukan walaupun perniagaan anda masih kecil, hatta jika anda menjual barang di eBay sekalipun.
Mereka (peniaga kecil) merungut kepada saya bahawa mereka pernah bertanya soalan ini kepada kawan-kawan mereka yang belajar jurusan accountancy. Para akauntan ini memberikan jawapan yang rumit mengenai sistem akaun seakan-akan peniaga ingin membuka perniagaan jutaan ringgit. Perlu ada general ledger, double entry bookkeeping system, this and that statement, etc. sehinggakan kakak yang ingin menjual tudung di ofis pun jadi takut mengenai akaun.

Saya ingin menghuraikan cara mudah menyimpan akaun dan rekod perniagaan anda. Dengan menyimpan rekod yang lengkap, anda dapat melihat perkembangan perniagaan anda dan membuat rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya.
(DISCLAIMER: segala yang ditulis dalam entri ini adalah cadangan peribadi penulis semata-mata. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala yang berlaku natijah daripada anda mengikuti cadangan penulis).
Berikut adalah langkah-langkah menyimpan rekod perniagaan dengan mudah, tanpa memeningkan kepala mempelajari sistem perakaunan yang susah-susah:

1. Akaun bank berasingan

Walaupun anda berniaga kecil-kecilan tanpa mendaftarkan syarikat, anda sepatutnya mengasingkan duit peribadi anda daripada duit perniagaan. Jika anda sudah mendaftarkan perniagaan (samada bentuk pemilik tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd), maka lebih wajiblah anda membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya.
Jika anda tidak mendaftarkan perniagaan, buka akaun bank kedua atas nama anda untuk menyimpan tunai yang terhasil dari perniagaan anda.
Simpan semua rekod transaksi bank tersebut. Penyata bulanan bank anda adalah dokumen terpenting dalam perniagaan anda. Dengan penyata inilah anda dapat melihat tahap “kesihatan” perniagaan anda. Untuk yang nak memohon kemudahan kewangan daripada bank atau agensi kerajaan, penyata bank adalah dokumen utama yang disemak oleh pegawai pinjaman.
Adalah sangat penting anda mengasingkan duit perniagaan dengan duit peribadi. Setiap transaksi antara kedua-dua akaun tersebut mestilah dicatat. Jangan campur aduk wang peribadi dengan perniagaan. Ini adalah langkah pertama yang anda perlu ambil untuk menyimpan rekod perniagaan yang bersih.

2.  Kos inventori (Belian)

Perkara kedua yang perlu anda buat setelah membuka akaun bank ialah membeli barangan yang akan dijual atau inventori. Barangan ini boleh jadi dalam bentuk bahan mentah (tepung, gula, icing, etc jika anda membuat cupcake) atau bahan siap (contoh: beg tangan, kasut).
Rekod kesemua kos tersebut dengan lengkap: tarikh, item, kuantiti, harga, nama penjual. Itu sahaja. Pastikan anda menyimpan resit bagi semua transaksi yang anda buat.
Catat semua belian anda di dalam satu jadual (hardcopy atau Excel). Column yang perlu ada ialah tarikh, item, kuantiti, harga, dan penjual.
Saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai, bukannya kredit. Perniagaan kecil biasanya menggunakan tunai sahaja.

3. Jualan

Sekali lagi, saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai (jika tidak, mungkin entri ini tak sesuai untuk anda). Tunai adalah “lifeblood” bagi perniagaan kecil, jadi pastikan setiap jualan anda dilangsaikan dengan tunai tanpa ada tempoh hutang.
Untuk setiap jualan, anda perlu mencatit maklumat berikut: tarikh, item, kuantiti, harga, diskaun (jika ada), nama pembeli. Pastikan setiap transaksi direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran.
Catat semua jualan anda di dalam satu jadual (hardcopy atau worksheet Excel). Sekarang kita sudah ada dua jadual, Belian dan Jualan.

4. Kos-kos lain (Expenses)

Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam perniagaan selain daripada kos membeli bahan mentah dan menghasilkan produk siap untuk dijual. Ini termasuklah pengangkutan, postage, printing, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat, gaji pekerja, marketing, packaging, dan sebagainya.
Sekali lagi, saya menganggap setiap kos-kos tersebut dilangsaikan dalam bentuk tunai (sesuai untuk perniagaan kecil). Catat setiap expenses tersebut dan rekod dalam satu jadual hardcopy atau Excel worksheet. Ini adalah jadual ketiga anda, selepas Belian dan Jualan.

5. Ambilan dan Modal

Ambilan dan Modal adalah pertukaran wang/produk antara akaun peribadi dan akaun perniagaan. Contohnya, jika anda ingin mengambil satu pasang pakaian bayi dalam inventori anda untuk digunakan oleh anak anda sendiri, ini dikira sebagai ambilan. Begitu juga jika anda ingin mengambil wang daripada akaun perniagaan untuk digunakan secara peribadi. Ini juga wajib direkod.
Modal adalah sebaliknya: menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan, atau menggunakan perkakas peribadi untuk kegunaan perniagaan. Ini juga perlu dicatat.
Setiap duit yang bertukar tangan antara akaun peribadi dengan akaun perniagaan anda mesti dicatat, sama ada sebagai ambilan (perniagaan –> peribadi) atau sebagai modal (peribadi –> perniagaan).

_______________________________________
Sekarang kita sudah ada 5 Jadual: Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Ini sudah cukup untuk kegunaan peniaga-peniaga kecil yang membuat all-cash transaction, iaitu tiada belian atau jualan kredit, atau pinjaman.

Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank dengan kerap supaya baki bank anda melambangkan wang yang dimiliki oleh perniagaan anda dengan tepat. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun anda.
Saya pernah berborak dengan seorang taukeh kedai Mamak di KL yang memberitahu saya bahawa beliau mempunyai seorang staff yang kerjanya pergi ke bank setiap 30 minit untuk deposit semua wang tunai yang diterima di cash register machine.

Kurangkan simpan duit dalam bentuk petty cash (di luar bank) melainkan untuk beberapa expenses yang tertentu sahaja. Menyimpan petty cash yang banyak boleh meningkatkan nafsu anda untuk mengambil duit itu untuk berbelanja untuk kegunaan peribadi. Dengan ini, tunai bisnes anda akan berkurang.
Guna cek untuk membayar bil, gaji pekerja dan supplier untuk meningkatkan aktiviti akaun bank anda. Kos sekeping cek ialah lebih kurang RM0.50.

Kadangkala anda diminta untuk memberi akaun kewangan yang lengkap untuk disemak. Akaun kewangan lengkap terdiri daripada tiga dokumen: income statement, cashflow statement, dan balance sheet. Anda akan diminta menyiapkan ketiga-tiga dokumen ini kalau anda ingin membuat pinjaman, atau ingin memohon geran.
Anda boleh membina ketiga-tiga dokumen tersebut dengan 5 Jadual yang saya huraikan tadi — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Tak perlu pening-pening kepala, cuma tunjukkan 5 jadual tersebut kepada rakan anda yang pernah belajar accountancy, nescaya rakan anda itu boleh menghasilkan IS/CF/BS untuk perniagaan anda.

Anda seharusnya membiasakan diri anda menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan anda masih kecil (e.g. menjadi pengedar produk atau menjual barangan di pejabat secara part-time). Dengan menyimpan rekod perniagaan, anda dapat mengkaji untung rugi perniagaan anda, disamping membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

Menyimpan rekod bagi perniagaan kecil adalah mudah, tak perlu degree accountancy atau pergi kursus-kursus yang mahal. Anda cuma perlu simpan 5 Jadual sahaja — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Semua transaksi yang penting dalam perniagaan kecil terkandung dalam kelima-lima jadual tersebut.
Jika perniagaan anda dah besar nanti, baru anda perlu fikir mengenai sistem perakaunan yang canggih-canggih. Untuk peniaga kecil, fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. Gunakan sistem menyimpan rekod yang mudah dahulu.
Semoga berjaya!

Thursday, 17 October 2013

Tips Bisnes

Perkongsian ilmu.. 

Tips Bisnes: Cuba biasakan buat istikharah 7 malam berturut-turut sebelum buat keputusan nak buat bisnes apa atau nak bisnes dengan siapa..... Mudah-mudahan keputusan kita mendapat pimpinanNya!

Friday, 11 October 2013

Resepi kejayaan

Perkongsian lagi!

Perbezaan seseorang yang berjaya dengan tidak adalah terletak pada ILMUnya, KEBERANIAN BERTINDAK LUAR BIASA dan KEBIJAKSANAAN STRATEGInya.

Tuesday, 8 October 2013

Tips dalam perniagaan

Jangan mulakan bisnes dengan modal duit yang banyak apatah lagi pinjaman. Duit tidak menjamin kejayaan anda di dalam bisnes tetapi the right Attitude, the right knowledge, the right system/ strategies & the right action yang akan memudahkan perjalanan bisnes anda. Mulakanlah di mana anda mampu mulakan. Tidak ada ilmu? Hadir sesi saya yang percuma jika tidak mampu yang berbayar tetapi dengan syarat, bertindak dengan ilmu tersebut walaupun sedikit lebih baik daripada tidak ada ilmu dan tidak bertindak apatah lagi ada ilmu dan tidak bertindak!

Friday, 4 October 2013

Tips UNTUK anak muda

Tip dan nasihat untuk anak muda berniaga::

1. Bekerjalah untuk timba pengalaman dan jika sudah berpengalaman berniagalah untuk memajukan diri sendiri , ugama, bangsa dan negara.

2. Pelanggan lebih penting dari untung. Jagalah pelanggan sebaik mungkin dan jangan ambil untung banyak sangat dengan meletakan harga yang melampau.

3. satu mangkuk mesti dapat 5 mangkuk semula, satu untuk keluarga, satu untuk simpanan dan 3 untuk pusaingan balik berniaga.

4. Jika ditawarkan pinjaman, tanyalah berapa bunganya jangan risau berapa ansurannya.

Moga berjaya.

Lapan tip jurujual hebat

Lapan tip jurujual hebat

1. Anda hanya dapat menjual jika anda percaya dengan barangan tersebut
Kepercayaan kepada barangan dan produk untuk anda jual adalah satu perkara kemestian. Sebelum menjual, gunalah, pakailah dan fahamkan seadanya barangan yang nak dijual tadi. Jika anda sudah percaya, saya percaya anda boleh menjualnya dengan hebat.

2. Be clear and direct
Barangan tu selalunya memang dah anda tahu kegunaan nya. malangnya pengguna belum tahu lagi kebaikan nya, kesesuaian nya. anda perlu menerangkan dengan baik dan semudah yang boleh. This is important because the biggest problem in sales is client confusion.

3. kenali pelanggan anda sebelum menjual.
Sebelum menjual ada baiknya anda mengetahui secara asas bakal pelanggan anda dan menjualkan mereka lebihkan skop kelebihan untuk kegunaan mereka.

4. Harga barang terletak siapa yang menjual, bukan kualiti barang.
ini semua adalah bagaimana pelanggan melihat presentation anda, fahamkan ..semuanya termasuk pakaian, cara menyampaikan hingga kertas kerja yang di sediakan. tip menjadi jurujual yang hebat

5. buat presentation anda menarik dan bersemangat
kebiasaannya saya menghadapi masalah dengan salesman yang membuat persembahan yang membosankan. buat persembahan anda menarik, tarikan yang menarik ianya berjangkit seperti menguap.

6. Jika anda tidak tahu, jangan jawab.
Ramai orang tersilap, menjual bukan seperti ilmu ahli politik yang semua soalan perlu jawapan. jika anda tidak tahu dengan jawapan kepada soalan yang di tanya jangan kelentong kerana perbohongan sahaja yang boleh menutup pembohongan seterusnya. menjadi jurujual hebat anda perlu dipercaya tinggi, lebih tinggi anda dipercaya lebih besar angka jualan anda.

7. Mulakan dengan Humor dengan menukarkan suasana ceria.
Saya berikan satu idea, selalunya untuk memulakan meeting selalunya ramai yang akan menukar business card, anda perlu ambil peluang ini. buat dan cipta business card yang mempunyai unsur humor, tetapi anda haruslah melihat suasana. anda jadikan perkara itu sebagai ice-breaker menyebabkan mereka mungkin ingat dengan lawak anda dan membuatkan anda lebih mudah kenal mereka.

8. You can always be better
Ilmu menjual adalah seni bukan ilmu sains maksudnya ianya boleh berubah dan sentiasa ada sahaja perkara baru dalam seni menjual. anda perlu belajar dan terus belajar.

Wednesday, 2 October 2013

pinjaman perniagaan


Apa itu SABAR??

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SABAR ITU SUSAH TAPI INDAH..

Jadikanlah SABAR seperti sabarnya ulat yg menanti menjadi kepompong dan kepompong pun harus bersabar untuk menjadi seekor kupu2 yang indah..


Jadikanlah SABAR seperti sabarnya kaktus yg bertahan dipadang pasir yg panas menanti mekarnya kuncup bungai sebagai penghiburnya..


Jadikanlah SABAR seperti sabarnya bumi menanti hujan yg turun dari langit untuk menumbuhkan biji2an dalam perutnya,

SABAR..

Bukan bererti lemah..

Bukan pula bererti kalah..


Justeru SABAR.....

Adalah benteng keselamatan dari keputusasaan, bertawakal atas segala ujian dari-Nya..